Khamis, 9 April 2009

Kejohanan Futsal Terbuka Sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Kedah Ke 81

Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah akan menganjurkan kejohanan futsal terbuka sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-81 yang akan diadakan pada April nanti. Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kejohanan tersebut terbuka kepada semua pasukan di negeri Kedah dan seluruh negara serta tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai kejohanan tersebut.
Menurutnya, lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan bertanding di peringkat negeri, pertandingan akan dijalankan secara kalah mati di peringkat zon dan secara liga di peringkat negeri."Kejohanan futsal terbuka tersebut dibahagikan kepada peringkat zon dan negeri di mana peringkat zon utara akan diadakan di Sport Planet, Alor Setar pada 11 April, zon selatan di Kulim Arena Futsal & Sport, Padang Serai pada 12 April manakala bagi zon selatan akan diadakan di Gurun Jaya Sport Centre, Gurun pada 18 April ini.
"Bagi kejohanan peringkat negeri pula akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada 25 April nanti," katanya.Mohd Firdaus berkata, tarikh tutup penyertaan ialah dua hari daripada tarikh kejohanan bermula, manakala yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM70 untuk satu pasukan yang hanya dikenakan pada pertandingan peringkat zon sahaja.
Di peringkat zon, johan akan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta medal dan barangan Figos, naib johan RM500 beserta medal, ketiga RM300 beserta mesal, keempat RM150 beserta medal dan tempat ke lima hingga lapan hanya akan menerima wang tunai RM70 sahaja.
Manakala hadiah di peringkat negeri, di mana johan akan menerima wang tunai sebanyak RM3000 beserta piala iringan dan barangan Figos, naib johan RM2000 serta piala iringan, ketiga RM1000 serta piala iringan dan tempat keempat akan membawa pulang wang tunai RM500 serta piala iringan.
Kepada peminat futsal untuk menyertainya mereka boleh menghubungi wakil zon utara, Faizal (012-4626286), zon selatan, Syaiful (017-5689267) dan zon tengah, Shubihi (019-4433171).

Tiada ulasan: