Selasa, 25 Januari 2011

24 Januari 2011 - Menziarahi Majlis Kematian sebuah keluarga Tionghua di Pekan Merbok. Ucapan takziah kepada keluarga mendiang.


23 Januari 2011 - Sebelah malamnya pula, menghadiri Majlis Jamuan Menjunjung Kasih sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di Dewan Besar Kompleks Sukan LADA, Langkawi.


23 Januari 2011 - Sebelah petangnya, merasmikan Liga Jemputan Bolasepak Veteran Langkawi di Padang Matsirat. Bintang lama seperti Sdr Zainal Abidin Hassan juga turut serta memeriahkan liga yang dianjurkan ini.


23 Januari 2011 - Sebelah pagi dijemput ke Majlis Pelepasan/Penamat Le Tour De Langkawi (LTDL) Peringkat Pertama di Langkawi. Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Khamis, 20 Januari 2011

20 Januari 2011 - Hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman kepada 3 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Persendirian). Setiap sekolah menerima RM60,000.00. Sumbangan disampaikan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Sri Mentaloon.


19 Januari 2011 - Sebelah malamnya, hadir ke Program Motivasi Pasukan Liga Super 2011 Negeri Kedah di Pantai Merdeka Resort. Sempat juga menyampaikan hasrat Persatuan Bolasepak Kedah KFA agar para pemain dapat memberikan yang terbaik untuk membawa kejayaan kepada Negeri Kedah dan memenuhi hasrat seluruh peminat-peminat HijauKuning.


19 Januari 2011 - Menghadiri Program Bicara Tokoh di Dewan Besar Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Satu program intelektual yang sebaiknya menjadi agenda penting universiti.


16 Januari 2011 - Sebelah malamnya, merasmikan Persatuan Belia Sejahtera Padang Serai (BESTARI) dan menyaksikan persembahan Konsert Kesenian Islam di Dewan Putra, Kulim Kedah Darul Aman.


16 Januari 2011 - Istiadat Menyembah Tahniah Dan Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran (Hari Pertama), sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang ke-83 di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit. Telah menerima anugerah DATO' SETIA DIRAJA KEDAH (D.S.D.K) daripada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan memartabatkan AgamaNYA ...


16 Januari 2011 - Pada jam 8.30 pagi telah berlangsung Istiadat Perbarisan Kehormat di Dataran Balai Besar, Alor Setar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang ke-83.


15 Januari 2011 - Acara Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang ke-83, dimulakan dengan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa serta Jamuan Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan di Masjid Zahir, Alor Setar.



Pada pagi 15hb Januari, sempat juga menziarahi pusara arwah anakanda Syazmin
.... Al-Fatihah ....

Jumaat, 14 Januari 2011

13 Januari 2011 - Singgah untuk beramah-mesra di Program Bacaan Yaasin Muslimat di Kg Hilir, Merbok. Sumbangan juga disampaikan kepada mereka yang memerlukan.


11 Januari 2011 - Program ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di Kg Bendang Dalam, ..... Sebuah basikal untuk anak ini .....