Rabu, 30 April 2008

Pengusaha burung layang-layang pertikai tindakan MPSP

SUNGAI PETANI, 30 April - Pengusaha burung layang-layang sekitar Sungai Petani terkejut dengan tindakan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk) mengeluarkan notis agar semua pengusaha mengemukakan plan dalaman pengubahsuaian dalam masa 14 hari sebelum tindakan diambil.
Rata-rata kesal dengan sikap MPSPk yang tidak semena-mena mengeluarkan notis sedangkan sebelum ini mereka tidak bertindak sedemikian.
Petang semalam, kira-kira 100 daripada 500 pengusaha dari seluruh Sungai Petani berkumpul di restoran di Taman Nilam, bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, Dr. Hamdan Mohamed Khalib yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Dalam pertemuan tersebut pengusaha terbabit menyampaikan rasa tidak puas hati pengusaha terbabit terhadap MPSPk serta tindakan drastik setelah Kerajaan Negeri pimpinan PAS berjaya menawan Kedah pada pilihanraya umum lepas.
Bagi mereka ada dua kemungkinan boleh berlaku dalam MPSPk samada mahu memburukan pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) atau ia memang usaha MPSPk dengan persetujuan Kerajaan Negeri.
Penaung Persatuan Pedagang-Pedagang Burung Layang-Layang Malaysia, David Lim menegaskan, jika usaha MPSPk dengan persetujuan Kerajaan Negeri ia amat memalukan kerana selama pemerintahan Barisan Nasional (BN) mereka tidak pernah mengeluarkan arahan seumpama itu.
Jika seandainya bermatlamat memburuk-burukan Kerajaan Negeri mereka berharap Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil tindakan terhadap Yang DiPertua MPSPk, Adzami Din kerana membelakangkan pandangan kerajaan.
"Jika andaian kedua terbukti sila bertindak segera pada YDP MPSPk yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan notis tanpa pengetahuan exco atau kerajaan PR, " jelasnya.
Beliau yang juga peneraju masyarakat Cina dalam usaha meningkatkan sokongan pada PAS dalam pilihan raya umum lalu mahukan, Kerajaan Negeri masuk campur segera kerana kebanyakan masyarakat cina di situ termasuk pengusaha berkenaan memberi undi pada Pakatan Rakyat.
Mereka sambungnya, percaya hanya PAS boleh melakukan perubahan untuk mengembalikan pemerintahan mengikut landasan yang betul.
Kerajaan Kedah patut memberi kebenaran kerana selain pengusaha membeli rumah kedai yang tidak terjual mereka juga penjana ekonomi hasil penjualan sarang burung layang-layang itu.
"Kerajaan Kedah hendaklah meniru langkah kerajaan Perak khasnya di Manjung yang meluluskan permohonan mereka melaksanakan pemeliharaan berkenaan, " ujarnya.
Sementara itu, Dr Hamdan ketika mengulas kejadian ini meminta pengusaha tersebut membawa modul dari Manjung, Perak untuk diketengahkan kepada Kerajaan Negeri.
Mudah-mudahan hasilnya, Kedah pula berjaya menjadi negeri contoh dalam usaha mempergiatkan perniagaan ini pada masa depan.
"Apa pun yang penting ialah modul yang diperkatakan oleh para peniaga yang bertanggungjawab agar dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri mudah-mudahan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan, " katanya dalam pertemuan tersebut.
Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan MPSPk supaya isu ini tidak berlarutan sehingga menimbulkan keresahan pada peniaga tersebut.
Pemeliharaan burung layang-layang menjadi satu 'trend' kini di kalangan masyarakat Cina apabila pasarannya begitu melonjak terutamanya dari Negara China. Sekitar Sungai Petani terdapat 500 pengusaha manakala seluruh Kedah sebanyak 2000 orang yang menjalankan perniagaan tersebut.

Ahad, 27 April 2008

Perlawanan Bolasepak Liga Super

Perlawanan bolasepak TM Liga Super antara Kedah menentang Pahang yang berkesudahan Kedah 1 - Pahang 0 di Stadium Darulaman malam tadi. Majlis penyampaian hadiah kepada Juara TM Liga Super 2007/2008 iaitu pasukan Kedah Darulaman turut diadakan dan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muazam Shah, Sultan Negeri Kedah dan Jajahan Takluknya. Majlis bersejarah itu turut menyaksikan Menteri Besar Y.A.B Ustaz Azizan Razak turut sama menyampaikan cenderahati kepada pemain dan pegawai pasukan.
Antara kelainan yang dapat dilihat disekitar stadium adalah khemah khas yang didirikan untuk para penonton yang hadir menunaikan solat bagi menampung ruang terhad yang disediakan di surau sedia ada. Alhamdulillah, rakyat Kedah akan terus sejahtera dan mendapat nikmat yang dapat dirasai semua.





Kejohanan Wushu Jemputan Kebangsaan


Sungai Petani: 26 April; Persatuan Wushu Negeri Kedahj dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Kejohanan Wushu Jemputan Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sin Kuang di sini.
Kejohanan ini dianjurkan sebagai acara pra-Sukma yang telah menerima penyertaan dari beberapa buah negeri termasuk Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.
Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan , Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Dr Hamdan Khalib.
Dalam ucapannya beliau berharap dimasa akan datang sukan wushu akan turut menarik minat kaum lain selain kaum tionghua yang begitu sinonim dengan sukan bela diri itu. Menurut beliau lagi, kerajaan negeri akan berusaha supaya sukan ini akan turut diberi perhatian untuk dimajukan sepertimana sukan-sukan lain.
Dalam majlis itu juga disampai elaun kepada atlet kontinjen negeri Kedah yang akan beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 di Terengganu penghujung Mei depan.


Program Jabatan Kebudayaan Negeri Kedah

Turut menerima jemputan ke program Jabatan Kebudayaan Negeri..



Sabtu, 26 April 2008

Khamis, 24 April 2008

Album SUKMA

Kunjungan dari Persatuan Tae Kwan Do Gabungan Kedah dalam persiapan menghadapi SUKMA Ke-12 di Terengganu...

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tg Dawai

Dalam kesibukan bertugas sebagai EXCO, kawasan perlu juga dijengok. Bersama kakitangan PKWR di Pekan Merbok dan beberapa orang penduduk setempat yang datang mendapatkan khidmat.

Rabu, 23 April 2008

Melawat SRJK (Cina) Pekan Merbok

Melawat SRJK(Cina) Pekan Merbok yang mengalami musibah apabila pagar sekolah runtuh akibat kerja halai-balai kontraktor..

Bersama Sebahagian Kontinjen Sukma Kedah

Macam ni la bila jadi EXCO Sukan, kena meluangkan masa jengok sebahagian Kontinjen Sukma Kedah yang akan bertanding di Sukan Malaysia di Terengganu penghujung Mei depan..

Dari atas: Bersama pasukan Sepak Takraw, Tinju, Bola Sepak dan Kayak


















Isnin, 21 April 2008

Menziarahi rakyat di DUN Tg Dawai




















Pesakit buah pinggang di Pengkalan Bujang
























Ibu tunggal yang menderita kencing manis dan terpaksa menjaga ibunya yang lumpuh dan nyanyuk sedangkan kakinya sendiri telah dipotong..

Melayan Rombongan Pemuda Kelantan

Sebahagian anggota rombongan Pemuda PAS Kelantan yang melawat Kedah 19 April lalu..

Ahad, 20 April 2008

Diari Exco Belia dan Sukan

Meluangkan masa menziarahi pemain bolasepak Kedah, Syafiq Jamal yang cedera di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star bersama YB Dr Ismail Salleh, EXCO Kesihatan.

Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Merbok

Sekitar majlis kesyukuran PAS Kawasan Merbok..


Kebakaran di Tanjung Dawai

Delayed :Bahan ini lewat diterima.







Ujian kepada rakyat dan dugaan bagi pemimpin..

Sabtu, 19 April 2008

Kenangan PRU12














Bersama YB V Arumugam dan YB Dato Rashid Din selepas pengumuman keputusan PRU















Dijulang oleh penyokong dari kalangan kaum india















Bersama sebahagian Team "ThisIsTheTime'














Sempat menziarahi pengundi yang uzur


Bersama wakil calon yang juga YDP PAS Kawasan Merbok

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Tg Dawai atas sokongan dan undi yang diberikan. Penghargaan tidak terhingga kepada semua petugas dipelbagai peringkat UPU-UPU, MTD Tg Dawai dan seluruh AJK, PAS Kawasan Merbok, Wakil Calon penyumbang-penyumbang dan Team 'ThisIsTheTime'. Hanya ALlah yang dapat membalas jasa anda atas anugerah kemenangan ini. Sama-samalah kita berdoa semoga kita dapat melaksanakan amanah ini dan memberi khidmat yang terbaik kepada seluruh penduduk di Tg Dawai khasnya.

Jumaat, 18 April 2008