Isnin, 10 Mei 2010

Malam Kesenian - Ibu dan Guru Jasamu Dikenang


PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.
Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".
"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi."Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.
Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan.Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula dalam kenyataan balasnya kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.'Kelulusan tidak berlandaskan syarat'KPKK dilaporkan berkata, agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini
"Antara yang terpenting dalam peraturan ini ialah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah."Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah," kenyataan itu dipetik, Bagaimanapun, Nasharuddin mendakwa berdasarkan kepada kenyataan balas itu, "kelulusan yang dibuat tidak berlandaskan kepada apa yang termaktub dalam syarat ketetapan kemasukan artis luar".
"Kita sedia maklum lagu hit Pitbull ialah Hotel Room Service, I Know You Want Me. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu ini di pentas konsert. "Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka," tulisan Nasharuddin dipetik.
'Lirik galak seks ramai-ramai' Nasharuddin - sambil memetik memetik lirik lagu Hotel Room Service - mendakwa lirik Pitbull "menggalakkan sesi seks beramai-ramai".
Manakala satu lirik bertajuk Sticky didakwanya menggalakkan budaya menghisap ganja dan pengambilan dadah bagi tujuan rekreasi.
Katanya, PAS difahamkan terdapat campurtangan Jawatankuasa Rayuan - bawah KPKK - telah campurtangan menggunakan kuasa veto mereka bagi membenarkan kemasukan artis tersebut walaupun kemasukan Pitbull didakwa telah dua kali ditolak oleh Puspal.
Sehubungan itu, Nasharuddin mempersoalkan bagaimana permohonan dan rayuan syarikat kedua diluluskan sedangkan syarikat pertama memohon terhadap artis yang sama ditolak."Yang menghairankan; walaupun dengan segala fakta kandungan lirik lagu Pitbull yang secara jelas berlandaskan unsur-unsur negatif; tetapi masih lagi mendapat kelulusan dari pihak Jawatankuasa Rayuan?" katanya.
Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Ia juga dilaporkan melibatkan persembahan beberapa DJ dan artis tempatan.

Ahad, 9 Mei 2010

Cabaran Tomoi Dunia Piala Diraja Kedah

Mengiringi YTM Tuanku Panglima Besar Dato' Seri Tuanku Intan Safinaz binti KDYMM Sultan Abdul Halim Muazam Shah yang berangkat menyaksikan perlawanan akhir Cabaran Tomoi Dunia Piala Diraja Kedah di Stadium SUltan Abdul Halim, Suka Menanti

Rabu, 5 Mei 2010

Sumbangan Kafalah Daerah Yan

Majlis penyampaian bantuan JKM dan Skim Kafalah Daerah Yan di Dewan Orang Ramai Guar Chempedak yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.Turut hadir Ustazah Aishah Ghazali, Dr Hamdan Khaleb, Dr Ismail Salleh, Ust Firdaus Jaafar.

Selasa, 4 Mei 2010

Kedah dengan jersi baru

kembali ke landasan kemenangan apabila membelasah Terengganu 4-0 di Stadium Darulaman Selasa lalu


Isnin, 3 Mei 2010

Inilah Bas KFA

KDYMM Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat menaiki bas KFA dalam majlis perasmian bas tersebut

Speaker DUN pun turut serta

inilah basnya..

Ceramah Bersama TG Presiden dan DS Nizar

2 Mei 2010, 10mlm - Ceramah Perdana di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaludin, Bekas MB Perak


penerangan mengenai isu dalam negeri


banyak isu umco diceritakan YB Nizar

TG Presiden menyampaikan ceramah

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok

2 Mei 2010 - Menghadiri Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok Kali ke 26 di hotel Sungai Petani Inn yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru j Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

para perwakilan kusyuk mendengar ucapan Presiden

saf kepimpinan PAS Kawasan Merbok

menjawab soalan perwakilan

sebagai Timbalan Yang Dipertua menyampaikan ucapan penangguhan

Align Centermenikmati jamuan bersama TG Presiden, turut sama YB Dato' Rashid, MP Merbok dan Ustaz Ahmad Yahya Ketua Pemuda PAS Kedah

Ahad, 2 Mei 2010

Liga Hoki Kota Setar 2010

Alor Setar, 1 Mei 2010,5 ptg - Menyaksikan Perlawanan Akhir Liga Hoki Kota Setar 2010
di Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar antara pasukan Persatuan Hoki Kota Setar melawan pasukan Universiti Utara Malaysia

bekas bintang hoki negeri Perak Bawah, merasmikan majlis penutup Kejohanan Liga Hoki Kota Setar
diperkenalkan kepada barisan pemain

Kota Setar menjadi juara dengan jaringan 2-1

bersama pasukan Kota Setar

Piala MB Zon 2

1 Mei 2010, 4ptg - Meninjau Kejohanan Liga Bolasepak Piala MB Zon 2 di Kompleks Hijau Kuning


Sukan Komuniti Bedong

1 Mei 2010,12tgh - Merasmikan Sukan Komuniti Bedong di Taman Harmoni, Bedong


menyampaikan ucapan sepatah dua


acara boling buah kelapa

fuhh.. strike!!

kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna

lucky draw..
antara yang menang..

Jelajah Malaysia - Pelepasan Peringkat Kelima

Sungai Petani- 1 Mei 2010, Meraikan upacara perlepasan pelumba Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia Peringkat Kelima, Sungai Petani - Kuala Perlis sejauh 195km di Dataran Zero Kilometerm Sungai Petani

bergambar sebelum pelumba dilepaskan

kayuhan pertama peringkat kelima

pasukan trafik siap sedia untuk bertugas

Sabtu, 1 Mei 2010

Program Rutin Wakil Rakyat

Tanjong Dawai, 30 April 2010 - Program Rutin seorang Wakil Rakyat
Bersama MKK dan Pembantu YB ke Sungai Baru, Pengkalan Bujang dan Permatang Nering

menyampaikan sumbangan kepada keluarga ibu tunggal di Permatang Nering

Bersama MKK Pengkalan Bujang menyampaikan sumbangan kepada ibu tua

malang lagi hari ni, kereta rosak pulak, naik motor sajala sampaikan sumbangan