Khamis, 30 April 2009

Bersama Rakyat : Kg Bedong

Kesempatan bertemu rakyat dapatlah disampaikan serba sedikit maklumat mengenai perkembangan negeri
warga OKU menyerahkan borang keahlian PAS

menziarahi rakyat yang susah bersama sedikit sumbangan ditemani Pengerusi MKK

melawat warga kurang bernasib baik kali ni bersama Mr Chandra Pengerusi MKK Tai Eng



meninjau kawasan sekitar rumah penduduk

mendekati rajyat yang menderita sakit.





bekerja untuk rakyat tidak kira tempat!



MPSPK kena ambik perhatian ni..

Rabu, 29 April 2009

Menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia

bersama Perwakilan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah

sempat menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia di Kuala Lumpur dan sekali lagi dipilih menjadi Naib Presiden






Majlis Menandatangani Kontrak Baru Pemain Bolasepak Kedah

Dr Hamdan dan Pengurus Pasukan, Dato Khazali Din menyaksikan pemain menandatangani kontrak baru yang kebanyakannya sehingga akhir musim depan

pengur pasukan sempat meneliti kandungan kontrak

Dr Hamdan berkata sesuatu kepada Sabri Abu sambil melihat-lihat kontrak baru pemain



Selasa, 28 April 2009

Sukan Badan Berkanun di Langkawi

Malu Alah Dengan Dasar Islam

ALOR SETAR: Dasar ‘amar makruf nahi munkar’ yang diamalkan Kerajaan Negeri Kedah telah dapat mengawal aktiviti hiburan dalam negeri ini dari penganjuran terbuka dan bertentangan syarak sekaligus membendung gejala sosial di kalangan muda-mudi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, terdapat pihak-pihak yang kurang jelas mengenai perkara tersebut datang berbincang dan mendapatkan pandangan berhubung aktiviti berkaitan hiburan.

“Ini menunjukkan mereka menghormati dan cuba memahami kita. Tetapi ada juga pihak menganjurkan aktiviti hiburan yang ‘buat-buat’ tak tahu termasuk juga dengan sengaja masih melanggar dasar itu.

“Macam program yang pernah dianjurkan di bawah dua kementerian sebelum ini. Mereka sengaja membelakangkan kita,” tegasnya ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Kelab YSP Bikerz di Mergong, di sini 26 April lalu.

Untuk itu, beliau menggesa kabinet baru Kerajaan Pusat yang berslogankan ‘Satu Malaysia’ agar dapat menghormati dasar Kerajaan Negeri Kedah kerana negeri ini dan juga Pakatan Rakyat merupakan sebahagian daripada Malaysia.

Pihak beliau juga katanya, akan memastikan agar Pentadbir Pejabat Daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau aktiviti hiburan berkenaan kerana dilaporkan masih wujud penganjuran tanpa permit.

Pada peringkat ini jelas beliau, kerajaan negeri masih menggunakan pendekatan mendidik dan menerang. Bagaimanapun katanya, dasar itu dianggap telah mengawal secara tidak langsung apabila terdapat pihak ‘malu-alah’ untuk penganjuran aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan.

“Sebagai contoh kita ambil semasa Pakatan Rakyat menerajui Perak, Jom Heboh pun ‘malu-alah’ nak masuk ke sana. Sekarang ini, di bawah kerajaan haram pimpinan Zambry Kadir, Jom Heboh pun masuk semula.

“Sedangkan program itu pernah difatwakan sebagai haram oleh Mufti Perak sendiri, sekarang beliau (mufti) pun membisu. Masa Zambry mula-mula dilantik Menteri Besar media tunjuk dia pergi jumpa Mufti itu. Kenapa sekarang buat Jom Heboh? Dia dah ‘campak’ Mufti tu ke mana?” persoal Dr Hamdan menempelak.

Beliau turut berharap dasar itu akan menyebabkan lebih banyak pihak termasuk Kerajaan Pusat agar ‘malu-alah’ dari terus menganjurkan aktiviti yang bertentangan dengan dasar tersebut di negeri ini.

“Jika mereka masih teruskan bermakna mereka menganjurkan program haram dan bermakna juga slogan ‘One Malaysia’ itu menjadi satu lagi koleksi retorik Barisan Nasional,” katanya menyindir.

Isnin, 27 April 2009

Luaskan Bidang Pemotoran

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah berhasrat menjadikan bidang permotoran sebagai sebahagian program untuk golongan belia di negeri ini, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib.
Menurut beliau, pihaknya dalam rangka mengadakan siri jelajah Mini Festival Belia Sejahtera yang merangkumkan pelbagai acara termasuk sukan permotoran. Beliau berharap, ianya akan menarik minat golongan belia dan mengasuh mereka mengenai bidang permotoran. Katanya, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mendekati belia antaranya melalui sukan permotoran yang sihat.
“Hajat besar kita sebagaimana yang diminta oleh Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, kalau boleh kerajaan negeri akan menyediakan litar yang sempurna, tetapi itu merupakan perancangan yang kehadapan.
Saya juga difahamkan oleh penganjur Cub Prix baru-baru ini, kalau sekiranya di Kedah kita boleh mewujudkan sebuah litar permotoran yang baik, ia boleh memberi peluang kepada peminat-peminat sukan permotoran. “Dari selatan Thailand boleh datang ke sini dan bahagian Utara, kerana kemudahan ini belum ada di negeri-negeri sebelah Utara. Itu harapan untuk kita laksanakan di masa akan datang,” ujar beliau ketika berucap pada pelancaran Kelab YSP Bikerz di Mergong, di sini 26 April lalu.
Selain mempunyai kelab motosikal, bidang permotoran yang luas juga katanya, boleh menjalin hubungan kerjasama dengan bengkel-bengkel motosikal untuk menganjurkan program-program berkaitan permotoran kepada para belia yang berminat.
Kerajaan negeri juga ujar beliau, melihat golongan belia sebagai komuniti yang perlu diberi perhatian bersama oleh anggota masyarakat. “Kita sama-sama perlu memikul tanggung jawab membendung belia-belia kita supaya tidak terus dirosakkan dengan suasana yang ada sekarang. Saya melihat persekitaran hari ini amat berisiko untuk belia-belia kita. Kalau pun kita tidak dapat membasmi, tetapi kita mengurangkan. Seterusnya kita memberikan harapan kepada belia kita agar persekitaran di luar sana tidak menjadi begitu menakutkan,” katanya mengisi nasihat pada majlis tersebut.
Komuniti motosikal tersebut ditubuhkan di bawah YATT Spare Parts (YPS) iaitu satu-satunya syarikat Bumiputera yang menjadi pembekal alat ganti dan aksesori motosikal di negeri ini. Turut diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan motosikal cantik, kemahiran teknikal dan persembahan permotoran.
Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad, bekas juara Malaysia Cub Prix, Mohd Yasir Said, wakil Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), wakil Giat Mara dan wakil Agro Bank.

Ahad, 26 April 2009

Apa Dah Jadi Dengan Akademi Fantasia


Ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat .
Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari akademi tersebut .
Hiburan dibenarkan oleh syara' tetapi yang jadi masalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang mengundang murka Allah swt .
Sudah jadi biasa pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut Alhamdulillah , syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! sedang penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk mengiurkan.
Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat agar tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas .
Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar tidak mengundang dosa dan murka Allah swt .
Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang menyokong . tapi .... bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Sebahagian besar peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah sebahagiannya bertudung . Tentu mereka faham maksud apabila kita bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .
Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ?
Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melampaui batas yang dibenarkan oleh syara' .
Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka Allah swt .
Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan ilmu agama dan petunjuk Allah swt. Mereka mempunyai dunia dan planet mereka sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .
Jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang tidak bertuhan .
Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz - ustaz yang berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab mereka seorang muslim .
Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar - benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan memerangkap manusia dalam kepungan mungkar .
Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di akademi fantasia , tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan . Hebat manapun artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk Allah yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt . Sementara tazkirah itu satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan sesuatu yang keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt .
Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti dipatuhi . Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak memiliki kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan mungkar . Benarlah kata hukama' Manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka .
Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah salah sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis untuk menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam . Padahal Islam tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki keadaan agar menjadi baik .
Sebagai contoh , umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan . lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya . Maka kedatangan Islam bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina , sumbang mahram , rogol , lesbian , homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan membinasakan nasab keturunan .
Demikianlah jua dengan hiburan . islam datang tidak menghalang hiburan kerana memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan hiburan agar tidak cemari oleh arak , dadah , pil ectasy , pergaulan bebas , pengabaian terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang tidak memuja nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu . Selebihnya berhiburlah dan ia dibenarkan oleh syara' .
Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian orang terhadap persembahan mereka , spontan mereka menjawab syukur alhamdulillah ! tanpa izin Allah , saya tidak akan sampai ke tahap ini ! .....[ biarpun sedang ia berucap dengan kalimah demikian , pakaiannya mendedahkan separuh dada dan kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan bersilang tangan dengan teman lelaki .
Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan . Cuma kerajaan atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi keagamaan yang berkesan dan berterusan untuk mereka .
Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah swt .

Sabtu, 25 April 2009

Kekal Sebagai Timbalan YDP

Dr Hamdan Mohamed Khalib mempertahanka jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut bagi penggal kedua berturut-turut.
Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok Kali Ke 25 yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Merbok di Pengkalan Kakap pada 25 April 2009.
Mesyuarat Agung yang telah sempurna dirasmikan oleh Y.Bhg Ustaz Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan Hj Mat AKhir Thalib kekal menyandang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan. Mesyuarat agung kali ini juga menambilkan beberapa muka baru dalam pemilihan jawatankuasanya.

Selamat Menjalankan Amanah

Gambar-gambar ketika melawat Vietnam



ketika menghadiri Persidangan Librarian Asia Tenggara di Hanoi


Rabu, 22 April 2009

Ahad, 19 April 2009

Berangkat ke Hanoi

Dr Hamdan akan berangkat ke Hanoi bagi menghadiri Konvensyen Perpustakaan Asia Tenggara atau Conress of Southeast Asian Librarians(CONSAL). Diharap pemergian ini akan memberi idea-idea baru untuk memajukan perpustakaan untuk rakyat negeri Kedah.
Dijangka akan pulang ke tanahair pada 25 April akan datang.

Khamis, 16 April 2009

Kali ini AIM Pula Nak Langgar Dasar Hiburan Kedah

Anugerah Industri Muzik satu program hiburan yang akan diadakan tidak lama lagi turut memilih negeri Kedah sebagai salah satu lokasi jelajah promosinya. Program mempromosikan majlis itu dijangka akan diadakan di salah sebuah kompleks membeli belah di Sungai Petani pada 18 April ini.
Jika program ini diadakan, ia adalah kali ketiga komplek berkenaan melanggar arahan negeri supaya menghentikan sebarang persembahan terbuka. Walaupun acara hiburan itu akan berlangsung di dalam kompleks, rasanya ia adalah tempat terbuka kerana sesiapa saja boleh masuk dan melalui tempat berkenaan. Kompleks membeli belah walaupun nampak tertutup, tetapi ia adalah tempat awam dan bukan lah dewan.
Kita merasakan program-program sebegini tidak sesuai kepada umum ketika masalah keruntuhan akhlak golongan remaja yang semakin kritikal dan menjadi bualan masyarakat.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab, saya telah mengarahkan pihak berkuasa yang mengeluarkan permit supaya tidak meluluskan permit atau menarik balik jika telah pun mengeluarkannya untuk program berkenaan.
Saya berharap pihak berkuasa merujuk kembali pekeliling yang telah dikeluarkan dan kita tidak mahu berseubahat dengan program-program yang tidak memberi manafaat ke arah kesejahteraan rakyat negeri Kedah.

Rabu, 15 April 2009

FAM Nak Tarik Jurulatih Kedah

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin boleh memikirkan nama lain bagi calon jurulatih skuad bola sepak kebangsaan kerana majikan ketua jurulatih skuad Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah semalam mengakui keberatan untuk melepaskannya.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya berat hati untuk melepaskan Mohd. Azraai selepas ketua jurulatih skuad bola sepak Sang Kenari itu telah lama menabur bakti termasuk membawa skuad Hijau Kuning muncul juara treble berganda.
Bagaimanapun, katanya, KFA sedia mengadakan perbincangan jika FAM benar-benar ingin melamar Mohd. Azraai yang kontraknya akan berakhir dengan persatuan itu pada hujung tahun ini. "Memanglah (berat hati).... dia sudah lama duduk sini (melatih pasukan Kedah).
"Kita 'bela' sampai hebat orang nak ambil mana boleh, tunggu dulu tengok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam. Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kedah ditanya sama ada KFA sedia melepaskan Mohd. Azraai jika FAM melamarnya sebagai jurulatih skuad bola sepak negara yang baru.
Utusan Malaysia melalui laporan Bernama kelmarin menyiarkan bahawa Mohd. Azraai mungkin merupakan calon tunggal FAM bagi mengisi jawatan tersebut. Ini kerana dua lagi nama jurulatih yang disebut-sebut iaitu K. Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda) untuk mengisi jawatan itu belum menerima tawaran secara rasmi atau tidak daripada FAM.
Mohd. Azraai pula dilaporkan telah menerima panggilan daripada FAM berhubung perkara itu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab selaku jurulatih kebangsaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang keputusan kerana masih mempunyai kontrak dengan KFA.

Selasa, 14 April 2009

Menziarahi Mangsa Kemalangan Maut di Sg Buluh

Salah seorang daripada enam orang mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri bas dua tingkat di Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungai Buluh, Selangor kelmarin adalah Allahyarham Mohd Fauzi Awang yang berasal dari Kampung Siam, Jalan Putera, Alor Setar.
Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Renang Kedah meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Semalam sempat meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham di rumah ayahnya di Kampung Siam, Jalan Putera. Hari ini, sebagai EXCO Sukan telah mengutuskan surat takziah bersama Majlis Sukan Negeri dan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham.

Sesungguhnya pemergian beliau akan dikenang kerana semasa hayatnya Allahyarham begitu komited melaksanakan tanggungjawab memajukan Persatuan Renang Kedah

Bila Umno Tak Sedaq Diri

TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DIRAJA DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR.

Berikut adalah kenyataan akhbar Setpol YAB MB


Saya sangat kesal atas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang dengan sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan DiRaja yang terdapat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Perkara ini berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan di Alor Setar pada hari Sabtu, 11 April 2009 lalu. Kedua-dua tokoh berkenaan telah menduduki kerusi (set sofa) yang dikhaskan kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Kompleks Bunga Raya, lapangan terbang tersebut. Rakaman peristiwa ini turut disiarkan dalam siaran berita TV tempatan.
Saya merujuk kepada tohmahan pihak pimpinan Umno satu ketika dahulu berkenaan isu penggunaan payung kuning yang jelas bukannya Payung DiRaja tetapi digembar-gemburkan oleh media kononnya YAB. Menteri Besar Kedah telah menghina institusi DiRaja. Padahal, sangat jelas bahawa pihak yang mengiringi YAB. Menteri Besar hanya menggunakan payung yang kebetulan berwarna kuning yang diletakkan di pintu keluar Kompleks Bunga Raya untuk mengelak dibasahi hujan pada ketika itu.
Saya ingin memberi ingatan kepada pihak UMNO dan media pro-BN khususnya TV3 yang mengembar-gemburkan ‘isu payung kuning’ supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam hal ini memandangkan kedua dua tokoh UMNO itu seolah-olah menganggap mereka setaraf dengan KDYMM Tuanku Sultan dengan menggunakan kemudahan itu.
Bukankah tindakan ini adalah satu penghinaan kepada institusi istana?Ingatan saya juga ditujukan kepada kedua-dua tokoh tersebut agar tidak menjadi seperti ‘ketam yang mengajar anak berjalan betul’.

Yang benar

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
Setiausaha Politik
kepada YAB Menteri Besar Kedah

Isnin, 13 April 2009

Sungai Petani Terputus Bekalan Air

Bekalan air di Sungai Petani telah terputus selama 3 hari. Adakah ini sabotaj kepada kerajaan baru yang memerentah. Sejak kebelakangan ini kerap berlaku masalah bekalan. Tetapi kali ini adalah yang paling teruk. Tinjauan mendapati orang ramai kebanyakannya tidak mengetahu sebab musabab masalah ini timbul. Notis yang diberikan tidak menyeluru sedangkan masalah terputus bekalan air ini berlarutan sehingga 3 hari meliputi sebahagian besar bandar Sungai Petani dan kawasan sekitar.
Masalah ini timbul adalah disebabkan kerja-kerja pemindahan paip utama dari loji air di Pinang Tunggal yang terlibat dengan tapak projek Landasan Keretapi Berkembar yang sedang rancak dijalankan.
Notis gangguan bekalan air termasuk yang disiarkan dalam laman web rasmi Jabatan Bekalan Air Kedah hanya pada 11 April 2009.
Alangkah molek kalau radio Kedah FM memberi kerjasama menyalurkan info-info berkaitan kerajaan negeri, sudah tentu orang ramai yang tidak mendapat notis tidak terpinga-pinga memikirkan sebab gangguang yang berlarutan sehingga 3 hari ini.
Walaubagaimanapun kerja-kerja berkaitan telah siap dan bekalan air akan pulih seperti biasa.

Ahad, 12 April 2009

Tuanku Sultan perkenan S. Manikumar jadi Exco


ALOR SETAR, 8 April: S Manikumar yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau kelmarin, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit pada 13 April ini.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini. Katanya, majlis angkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri itu diadakan serentak dengan Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Pingat-Pingat Kebesaran sempena sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan yang ke-81. Manakala angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri akan diadakan pada 19 April serentak dengan Mesyuarat Kali Ke Lima Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-12.
Sehubungan itu lagi ujarnya, KDYMM Tuanku Sultan sudah dimaklumkan dan berkenan dengan pelantikan S Manikumar sebagai Ahli Exco yang baru. “Saya sudah menghadap KDYMM Tuanku Sultan dan memaklumkan kemenangan S Manikumar dalam pilihanraya kecil kecil Bukit Selambau kelmarin dan Tuanku Sultan berkenan untuk melantik S Manikumar sebagai Ali Exco yang baru,” katanya.
S. Manikumar 35 tahun, akan menggantikan tempat V Arumugam yang telah meletak jawatan pada 8 Februari lalu, sebelum ini portfolio yang dipegang oleh V Arumugam telah dipangku oleh YB Mohamad Radzhi Salleh iaitu ADUN Lunas yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri.
Dalam rombakan portfolio baru-baru ini YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan sengaja mengosongkan portfolio itu menanti untuk diisi oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat juga.
Dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau S Manikumar telah menang dengan majoriti 2,403 undi, mendapat 12,632 undi menewaskan calon terdekat Datuk S Ganesan yang mendapat 10,229.

Sabtu, 11 April 2009

Skuad Kedah ke Kuala Terenggganu

BARISAN pemain Kedah akan tampil lebih waspada apabila berdepan Terengganu di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, malam ini, selepas melihat kemampuan skuad itu mengaibkan Selangor pada perlawanan liga lalu.

Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, Terengganu perlu lebih dihormati selepas menundukkan skuad Merah Kuning, Sabtu lalu yang pasti menyuntik keyakinan tinggi buat pemain tuan rumah. “Pada pusingan pertama, kami mengatasi Terengganu 3-0 tetapi pada perlawanan esok (malam ini), keadaan berlainan kerana lawan kali ini lebih mantap dan mampu membuatkan kami berputih mata.

“Pemain perlu memastikan kesilapan yang dilakukan ketika diaibkan Kelantan tempoh hari tidak berulang dan saya juga yakin anak buah saya mampu mengekalkan prestasi cemerlang selepas mengatasi lawan dari Hong Kong pada Piala AFC, Selasa lalu,” kata Azraai yang memilih untuk mengekalkan kesebelasan yang sama ketika aksi Piala AFC Selasa lalu.

Beliau berkata, Fadly Baharom yang mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya di Alor Setar minggu lalu, masih tidak dapat diturunkan tetapi penyerang muda, Faizal Abu Bakar sudah pulih daripada kecederaan untuk digandingkan dengan Khyril Muhymeen Zambri. “Selepas kehilangan tiga mata Sabtu lalu, kami tidak mampu tercicir mata lagi demi memastikan kejuaraan yang dimenangi sejak dua musim lalu tidak terlepas.Mohd Azraai Khor Abdullah

Jumaat, 10 April 2009

Orang Kampung Admin Blog Ni Jadi Menteri

Cayalah orang Sedaka..


Moga-moga beliau boleh jadi lebih hebat sikit dari Hamid Othman dan Brg Jen. (B) Hamid Zainal Abidin

Menteri Baru yang berkenaan Belia dan Sukan, Kebudayaan dan Kesenian

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan 1. Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan 2. Senator Heng Seai Kie


MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan 1. Datuk Razali Ibrahim
Timbalan 2. Wee Jeck Seng

Harap dapat bekerjasama bagi memajukan belia dan sukan serta memartabatkan kesenian dan kebudayaan kita..

Khamis, 9 April 2009

Kejohanan Futsal Terbuka Sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Kedah Ke 81

Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah akan menganjurkan kejohanan futsal terbuka sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-81 yang akan diadakan pada April nanti. Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kejohanan tersebut terbuka kepada semua pasukan di negeri Kedah dan seluruh negara serta tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai kejohanan tersebut.
Menurutnya, lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan bertanding di peringkat negeri, pertandingan akan dijalankan secara kalah mati di peringkat zon dan secara liga di peringkat negeri."Kejohanan futsal terbuka tersebut dibahagikan kepada peringkat zon dan negeri di mana peringkat zon utara akan diadakan di Sport Planet, Alor Setar pada 11 April, zon selatan di Kulim Arena Futsal & Sport, Padang Serai pada 12 April manakala bagi zon selatan akan diadakan di Gurun Jaya Sport Centre, Gurun pada 18 April ini.
"Bagi kejohanan peringkat negeri pula akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada 25 April nanti," katanya.Mohd Firdaus berkata, tarikh tutup penyertaan ialah dua hari daripada tarikh kejohanan bermula, manakala yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM70 untuk satu pasukan yang hanya dikenakan pada pertandingan peringkat zon sahaja.
Di peringkat zon, johan akan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta medal dan barangan Figos, naib johan RM500 beserta medal, ketiga RM300 beserta mesal, keempat RM150 beserta medal dan tempat ke lima hingga lapan hanya akan menerima wang tunai RM70 sahaja.
Manakala hadiah di peringkat negeri, di mana johan akan menerima wang tunai sebanyak RM3000 beserta piala iringan dan barangan Figos, naib johan RM2000 serta piala iringan, ketiga RM1000 serta piala iringan dan tempat keempat akan membawa pulang wang tunai RM500 serta piala iringan.
Kepada peminat futsal untuk menyertainya mereka boleh menghubungi wakil zon utara, Faizal (012-4626286), zon selatan, Syaiful (017-5689267) dan zon tengah, Shubihi (019-4433171).

Selasa, 7 April 2009

Hari Perhitungan

lihatlah sendiri kelaku puak2 BN ni.. sikepala merah boleh tolong jaga lagi..


sekali manis dah.... RM30 saja! jadilaaaa..

bila dah nak kalah apa saja boleh dikorbankan.. cayalah puteri!!

banyak lagi gambar2 penyokong PR seperti yang telah disiarkan dalam laman2 yang lain..

Ahad, 5 April 2009

Masalah Air di Sungai Getah dapat perhatian kerajaan negeri

BUKIT SELAMBAU, 5 April - Seramai 20 keluarga India di Kampung Sungai Getah 2 masih bergelap sehingga kini tanpa bekalan elektrik dan menikmati bekalan air bersih bila paip utama dipotong akibat tunggakan berjumlah RM16,150.40 sejak setahun lepas berbanding persekitaran lain.
Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dalam era Kedah Maju tajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tewas di tangan Pakatan Rakyat setahun lalu dalam pilihan raya umum ke-12.Malamnya kampung terbabit hanya disinari cahaya lilin dan generator bagi keluarga yang mampu.
Tetapi hari ini, detik bersejarah buat keseluruhan penduduk kampung berkenaan apabila paip utama yang dipotong akibat tunggakan itu disambung semula oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan bantuan Jabatan Bekalan Air (JBA).
Hadir sama dalam majlis penyambungan semula itu ialah Exco Pertanian, Pelaburan dan Industri Negeri, Dato' Amirudin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, Dr Hamdan Mohamed Khalib dan calon N25 Bukit Selambau, S. Manikumar.
Menurut Dato' Amirudin, Kerajaan Negeri Kedah kesal BN selama ini hanya mempermainkan penduduk yang telah lama mendiami kemungkinan disebabkan mereka pekerja estet."Kerajaan Kedah sudah berbincang dengan JBA untuk menyelesaikan masalah yang telah lama berlaku terutamanya berkaitan bekalan air manakala elektrik akan menyusul kemudian.
Beliau berharap JBA akan mengurangkan tunggakan dan memberikan potongan lagi untuk memudahkan pembayaran balik dibuat oleh penduduk yang rata-ratanya berada di tahap miskin tegar, " katanya.
Justeru itu, penduduk diingatkan agar bersabar kerana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu mengatasi masalah berkaitan ekoran ia adalah masalah asas yang wajar diselesaikan oleh mana-mana kerajaan yang berkuasa.
Ketua Kampung Sungai Getah 2, Thamothran, 39, menyifatkan penyambungan semula air ke rumah penduduk satu nikmat tiada ternilai.Jika tidak pastinya penduduk terpaksa meminum air tidak bersih kerana lumpur sering memasuki telaga penduduk bila hujan lebat.
"Tak apa biar Kerajaan Kedah selesaikan dulu masalah air dan akan membantu mendapatkan bekalan elektrik kemudian nanti. Bukan macam BN yang asyik menipu kami sejak dulu, " ujarnya

YB Dato Amiruddin ditempat penyambungan semula meter air di Ladang Sg Getah, di Bukit Selambau

Di estet Sg Getah, selesaikan masalah bekalan air yang telah lama tak dapat diselesaikan oleh BN..


Sabtu, 4 April 2009

Speaker DUN Perak Turun Berkempen

YB Speaker DUN Perak, YB Sivakumar sedang memberikan ucapan kempen di UPU Taman Desa Aman utk sasaran masyarakat Cina dan India
YB Dr Jeyakumar, Ahli Parlimen Sg Siput...turut sama berkempen di Pos Lokaliti Kg Petani Para


Masyarakat India Perlu Pembelaan

Suasana yang sering ditemui di estet-estet...

Naib Presiden PAS, Tuan Hj Mohd Sabu bertemu pengundi-pengundi di Pekan Bukit Selambau.

Kempen untuk Urusan Antara Kaum...


Bendera BN di Ladang Sg Getah, dibuang di belakang rumah penduduk di sana