Isnin, 31 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Peringkat Negeri

31 Ogos 2009 - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Peringkat Negeri Kedah diadakan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman

KDYMM Tuanku Sultan Kedah sedang menyampaikan Titah Kemerdekaan

Perutusan Kemerdekaan daripada YAB Dato' Seri Ustaz

dari pentas utama

from blackberry

Ahad, 30 Ogos 2009

Sumbangan Ramadhan 7

30 Ogos 2009 - Sumbangan Ramadhan diteruskan lagi..


Ketua Kampung Sg Layar yang juga Pengerusi Surau Al Islah, meneima sumbangan untuk moreh dan juga penduduk miskin dalam kawasan jagaannya
bersama Mr Chandra, Ketua MKK Thye Eng Estate yang turut sama membantu mengenal pasti penduduk beragama islam yang menyambut ramadhan di dalam penempatan ladang tersebut.
seorang penerima dari Pulau Tiga

penerima di Sungai Layar Hujung

juga di Sungai Layar Hujung

bersama Ketua MKK Sg Jagung, Sdr Junaidi memasuki kampung menemui rakyat yang memerlukan..

memberi sedikit sumbangan kepada seorang ibu tunggal..

di Kampung Teluk

Mr Silan, Ketua MKK Seri Tanjung sedang memerhati seorang makcik di kawasan jagaannya menerima bantuan..

hmm... ranap kereta exco

Bang Yeh dengan seluar jean lagi..

makcik ni tinggal sebatang kara di Kg Hj Ibrahim, Sg Layar

lecah jalan ni.. selut2 yang melekat di kaki ni lah yang akan menjadi saksi..

bersama Pak Tam, MKK memberi sumbangan untuk warga emas

Jumaat, 28 Ogos 2009

Program Berbuka Bersama Mu

Program Berbuka Bersama Mu di rumah Din Bakar.

dapat juga merasia keinsafan tentang betapa beruntungnya kita berbanding mereka..

persiapan berbuka puasa.. wartawan Sinar turut bersama membantu

Sumbangan Ramadhan 6

27 Ogos 2009 - Hari ini Program Sumbangan Ramadhan diteruskan bersama MKK kampung-kampung di sekitar Semeling


bersama Abang Md Zuki, MKK Paya Suri
menuju ke rumah/pondok usang Tok Saad di Kg Gok Arang, Semeling
bersama MKK, En Lim Kim Lai menyampaikan sumbangan kepada Tok Saad.
"Tok tak mau pindah mana-mana dah, Tok suka dan sihat di sini.."
bersama MKK Bang Man di Kg Gok Arang juga

bersama MKK Permatang Samak, Awang Nan menyampaikan sumbangan kepada makcik ini..


pada sebelah petang hujan lebat, terus juga sampaikan sumbangan di Kampung Siam, Bedong bersama MKK Bang Mad

Khamis, 27 Ogos 2009

Majlis Berbuka Puasa di Seri Mentaloon

26 Ogos 2009 - Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan GLC

YAB Dato' Seri Ustaz sedang berucap




ADUN Lunas gugur, Kulim exco baru

Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee.
Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.

Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia, mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata majlis angkat sumpah pelantikan Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan exco yang kosong itu, akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio exco berkenaan.

"Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

Rabu, 26 Ogos 2009

Lagi Ragam PRK Permatang Pasir

Lagi gambar-gambar sekitar PRK Pengkalan Pasir


kewujudan Barung SPR menjadikan suasana pilihanraya hambar

Haa yang ni kalau bangkit confirmed "phantom voters" ramai ni..


Dato' Seri tak berapa nak senyum nii.. Dato' Zahid tak bagi hadiah kot.. Hard Luck..

emm.. yang ni baru rumah ku syurga ku... takbirr!!

di PRK kali ini setiap peti undi wujud 'candid camera' konon?? hmm hang pun aku candid kan dulu..

kemeriahan dirasa..

di sana sini..

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.
"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.
"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.
Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.
Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.
Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.
"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.
Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.
Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya ? kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 ? 80 rotan jumlahnya, kata beliau.
Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat ? samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya ? adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _

Sumbangan Ramadhan 5

25 Ogos 2009 - Sebelum meninjau ke kawasan PRK Pengkalan Pasir, sempat meneruskan program Sumbangan Ramadhan di Kg Sungai Layar, Sungai Jagung, Kampung Keda, Kampung Che Bema, Taman Seroja dll

Sungai Layar
Kampung Keda
anak-anak yatim di kampung Che Bema
Bersama Bang Lid, MKK Batu Hampar/kg Pondok
sampaikan sumbangan untuk Masjid Kampung Tempoyak .. Imam Ustaz Hj Rejab Sudin

Ragam PRK Pengkalan Pasir

25 Ogos: Ragam Hari Pengundian pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir
memang macam nak menang ja suasananya
suasan di Peti undi Sama Gagah.. pure PAS ni
posing daripada kawan-kawan keselamatan

yang ni buang duit rakyat je

terima kasih kepada sahabat daripada PAS Cawangan Pekan Sungai lalang

Peti Undi ini PAS Kedah jaga.. cuma Saluran 1 kalah sikit, saluran lain sapu bersih.. TAKBIR!!


salam.. sahabat ana.. terima kasih.. teruskan perjuangan

PAS menang dengan majoriti 4 ribu lebih menewaskan BN..

THANK YOU ALLAH