Rabu, 21 Mac 2012

Penyampaian khemah untuk setiap kampung




            Aktiviti komuniti wajar disokong kerana ia medium perpaduan. Walaupun sumbangan ini kecil, namun saya berharap program di peringkat kampung dapat berjalan lancar.PKWR menyumbangkan sebuah khemah untuk setiap Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) dalam kawasan DUN Tanjung Dawai. Saya juga berharap agar setiap kampung memanfaatkan khemah yang diberikan untuk giat dan terus melakukan aktiviti kemasyarakatan agar ikatan ukhuwah sesama manusia akan terus erat dan kukuh.

Bantuan Kelengkapan Nelayan




Para nelayan dalam kawasan DUN Tanjung Dawai sememangnya sering melakukan aktiviti tangkapan hasil laut secara kecil-kecilan. Saya bersama PKWR DUN Tanjung Dawai merasakan satu keseronokan apabila para nelayan menerima sumbangan tangkul ketan dan bubu. Saya sering mengingatkan masyarakat bahawa segala wang dan sumbangan yang mereka terima sebenarnya adalah wang mereka sendiri. Saya akui bahawa sumbangan tangkul ketam dan bubu ini tidaklah mewah namun saya yakin ia memeberi semangat untuk para nelayan terus berusaha. Hendak Berjaya, kita beri joran, jangan beri ikannya kerana usaha itu tangga kejayaan.

Sukan Teras Perpaduan




Sukan Teras Perpaduan. Hakikatnya, sukan menjadi salah satu elemen dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan mendidik agar menjadi warga yang cintakan riadah. Oleh itu, saya merasakan peruntukan yang ada wajar disalurkan kepada golongan belia. Banyak pasukan bola sepak menerima sumbangan jersi pasukan dan bola sepak sebagai satu suntikan agar anak-anak muda beriadah dan bersemangat untuk bersukan. Selain itu, peralatan sukan lain turut diberikan seperti bola sepak takraw, badminton, muay thai dan lain- lain. Saya cukup gembira apabila pihak saya menganjurkan pelbagai aktiviti sukan sebagai salah satu medium menyatupadukan rakyat. PKWR menganjurkan kejohanan bola sepak, pertandingan wau, pertandingan sepak raga tuju, Mini Motor Cross Belia Sejahtera dan pelbagai lagi kejohanan sukan. Harapan semoga dengan penganjuran kejohanan dan pemberian peralatan ini mampu mencungkil bakat-bakat muda ke arah mencipta kegemilangan.

Program Santapan Mahabbah dan Mini Motor Cross Sejahtera




Tanggal 2 Disember 2011 telah berlangsungnya Program Santapan Mahabbah Di Pekan Tanjung Dawai. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai bersama Persatuan Anak-Anak Kelantan Perantauan (PERAKAN). Program yang bertujuan untuk meraikan anak-anak Kelantan yang menetap di Tanjung Dawai dan masyarakat setempat amnya turut menganjurkan beberapa pengisian antaranya Pameran oleh PKWR dan agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, jamuan rakyat dan pertunjukan silat. Serentak dengan itu, Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK) telah menjayakan Mini Motor Cross Belia Sejahtera yang menghimpunkan penunggang-penunggang handalan seluruh zon utara. Lebih membanggakan, masyarakat setempat dan peserta inginkan program Mini Motor Belia Sejahtera dianjurkan lagi kerana sambutan yang amat menggalakkan. Kemuncak program ialah Persembahan Dikir Barat Sri Manjong bersama Jen Endoro dan ceramah motivasi oleh Saudara Bob Lokman.