Ahad, 31 Mei 2009

Sunyi dan Penanti

Pondok PANAS Parti SPR

Barung ke Bar....


Alah Cikgu.. mana ada jem pun jalan..

Rileks byk kita ni...rupa2nya kalau takda BN, kurang kecoh dan kalut ....syok kita no..

Sabtu, 30 Mei 2009

Ijtimak PAS Negeri Kedah

30/5/06, hadir ke Ijtimak PAS Kedah... Kehadiran hampir 1500 orang ahli dari seluruh negeri.

view dari atas pentas


backdrop view from blackberry

Tg Dawai Dilanda RIbut Lagi

30/5/06, bencana ribut di rumah panjang di Tanjong Dawai..Dalam kejadian jam 3 pagi itu sebanyak 6 buah rumah terlibat dan mengalami rosak teruk. Kebanyakan rumah yang terlibat rosak apabila bumbung ditebangkan ribut yang melanda kawasan penempatan tersebut.

YB bertanya khabar penduduk dan mangsa ribut serta menyampaikan sedikit sumbangan peribadi


YB meninjau kawasan bencana bersama penduduk

antara kerosakan yang dialami

Ketua MKK Rumah Panjang Tg Dawai, Puan Jamaiyah turut meninjau kesan bencana tersebut seawal 3.30 pagi sebaik mendapat maklumat dari penduduk.

Jumaat, 29 Mei 2009

Program Bistari Solat di Kg Sungai Baru

29/5/06, merasmikan Program Kem Bestari Solat anjuran PAS cawangan Sg Baru..
Program 2 hari tersebut telah menarik minat 95 orang pelajar untuk menyertai kem yang akan melatih mereka supaya dapat melaksanakan solat dengan sempurna.
Dengan program seperti ini menarik hampir 40 orang ibu bapa untuk sama hadir mendengar taklimat dan motivasi dari wakil rakyat mereka sendiri dan mendekati PAS cawangan secara tidak langsung

Peserta anak-anak pelajar perempuan seramai 45 orang

Pelajar lelaki pula seramai 40 orang

Khamis, 28 Mei 2009

Jenayah khalwat semakin berleluasa

KUALA LUMPUR 28 Mei - ''Tahun 1960-an jarang-jarang. 1970-an kadang-kadang. 1980-an kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. 1990, selalu ada. Masuk alaf baru, macam cendawan tumbuh selepas hujan.''
Ungkapan pegawai pendakwa syarie, Abdul Halim Abdullah ketika mengemukakan bantahan terhadap rayuan untuk mengurangkan hukuman oleh pasangan yang dituduh berkhalwat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mampu membuatkan sesiapa yang mendengarnya tersenyum sendiri.
Bagaimanapun ungkapan tersebut bukan bermaksud gurauan sebaliknya satu kenyataan pahit kerana ia menggambarkan jenayah khalwat yang semakin berleluasa dan serius di kalangan umat Islam.
Pasangan itu adalah antara lapan pasangan yang didakwa hari ini atas tuduhan berkhalwat di sekitar ibu kota antara Disember tahun lalu dan Februari lepas.
Selain 16 orang tersebut, dua lagi tertuduh masing-masing didakwa berkhalwat bersama warga Myanmar bukan beragama Islam dan bersubahat membantu perlakuan khalwat.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan di dua Mahkamah Tinggi Syariah, seramai 12 orang mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tiga mengaku tidak bersalah dan seorang didenda kerana bersubahat membantu perlakuan tersebut.
Satu lagi pasangan iaitu Mohd. Ab. Halim Kamaruzaman, 21, dan Norizan Musa, 22, masing-masing dikenakan waran tangkap oleh Hakim Syarie, Mohd. Radzi Abd. Latif.
Waran tangkap itu akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Bagi tertuduh yang mengaku bersalah, mahkamah menjatuhkan hukuman denda antara RM2,000 dan RM3,000. Terdapat juga pesalah yang dikenakan hukuman penjara antara tiga dan 30 hari.
Yang mengaku tidak bersalah ialah Mohd. Norhafizul Mohd. Noora'ae dan teman wanitanya, Maz Iramaya Maznan dan seorang anggota tentera, Tengku Mohd. Faisal Engku Mahmood Mahedden.
Ketiga-tiga mereka dibebaskan secara ikat jamin antara RM2,000 dan RM2,500 dengan seorang penjamin setiap seorang.
Pertuduhan bagi kesalahan khalwat dibuat mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan bersubahat dalam melakukan khalwat pula, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 43(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.
Beberapa kes turut didengar oleh Hakim Syarie, Mohamad Adib Husain. Selain Abdul Halim, pendakwaan dikendalikan dua pegawai pendakwa syarie lain iaitu Amir Yahaya dan Umamuddin Yunus.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Kedah 2009

Menghadiri Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Kedah 2009 di Masjid Hidayatus Solihin, Sungai Baru, Gunung , Kedah. Kelihatan DYMM Tuanku Sultan Kedah sedang berucap merasmikan majlis penutup tersebut

Johan Qari, Sdr Fakhrul Razi sedang memperdengarkan bacaan

Selasa, 26 Mei 2009

Skuad Kenari Rebah di Stadium Perak

Skuad Kedah tewas lagi kali ini di tangan pasukan Perak 1-0. Gol mudah minit pertama babak kedua di Stadium Perak di Ipoh sebentar tadi menyaksikan Kedah tewas dua kali berturut-turut.

para pemain memasuki stadium

bersama Ustaz Norazli Musa, Penolong Pengurus Pasukan Perak

Isnin, 25 Mei 2009

Hiburan: Masyarakat kita semakin lalai dan jauh dari redha Allah

"Rancangan realiti dan seumpamanya memang dicipta oleh yahudi dan nasara untuk menjahanamkan Islam dan umatnya. Ia bermula di US dengan American Idol, dibawa ke Timur Tengah, seterusnya Asia Tenggara di mana wujud ramai umat Islam. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menjauhkan generasi Islam daripada mengagungkan pencipta mereka iaitu Allah yang Maha Esa.
Hiburan, sukan, kebajikan antara 3 Perkara yg telah diputuskan oleh Persidangan Kristian sedunia pada tahun 1903 di Kaherah untuk dibawa masuk ke negara umat islam untuk melalaikan mereka daripada bertaqwa kepada Allah. Dalam keadaan saudara seagama disembelih sana sini oleh musuh, ramai anak muda dan orang tua tak sedar diri yang mengaku Islam terkinja-kinja di pusat2 hiburan sampai ke pagi.

Tambahan pula para pemerintah sekular menghalalkan perkara sebegini demi keduniaan dan wang ringgit. Dunia mereka hanya hiburan, solat dan urusan agama diketepikan demi keduniaan yang sedang menggila dalam jiwa mereka. Dunia ini, hidup ini sekali sahaja mereka, jadi berseronoklah sepuas-puasnya. Sebaliknya kerana hidup di dunia sekali sahaja inilah kita perlu mencari bekalan untuk kebahagiaan akhirat dengan sebanyak-banyaknya demi kesejahteraan di sana nanti.

Keseronokan dan hiburan ini akan melahirkan kesan lain yang bertali-tali dn tanpa kesudahan yang positif. Jenayah syarak dan sivil seperti penagihan dadah, minuman keras, pendedahan aurat, judi, zina, mencuri dan sebagainya lagi sudah menjadi biasa dan mereka tidak lagi segan dan malu melakukannya, bahkan bangga pula.

Menutup aurat pula hanya ketika ada kematian, majlis-majlis berunsurkan Agama. Itu pun tidak mencapai standard menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran. Ke sekolah memakai tudung, balik ke rumah mengerbang semulal rambut yang berwarna- warni. Bagaimana ingin bersolat, jika air wuduk pun tak sampai ke anggota wajib.Ibadat sudah menjadi adat yang tidak mendatangkan pahala. Sedangkan dalam Islam jika uruf (adat kebiasaan) yang baik kita lakukan, kita akan berpahala.

Akhirnya kita akan kembali ke zaman Jahiliah sebagimana Arab Quraisy sebelum perutusan Nabi Muhammad S.A.W. Sungguh pun begitu, para sejarawan Islam melabelkan masyarakat Arab pada zaman tersebut dengan jahiliah kerana kekufuran mereka bukan mereka jahil dalam serba perkara.Dalam masa yang sama mereka masih mengagungkan adab-adab baik seperti menghormati tetamu, orang tua dan lain-lain.

Tetapi masyarakat Islam hari ini, anak muda terutamanya tiada lagi sifat-sifat menghormati orang tua dan berbudi bahasa mulia.Penguasa agama Islam yang bertugas dengan penuh ikhlas demi mencari keredhaan Allah ditempelak dan dilemparkan kuasa dan maruah mereka ke tong kehinaan, sekaligus melemparkan Islam dan menghina peraturan Allah dan peraturan yang mereka sendiri menciptanya. Masyarakat semakin bersifat individualistik. Tegur menegur bukan lagi darah daging dan budaya baik yang boleh di terima oleh semua orang. Seandainya kita menegur, kita pula dimarahi oleh ibu bapa anak muda dan remaja tersebut. Paling menyakitkan hati, bila anak tersebut menjawab: "ayah saya pun tak pernah marah dan tegur saya, mengapa pakcik sibuk?"

Segala-galanya berkaitan perkara di atas perlu diterap ke dalam jiwa dan prlakuan generasi islam sejak mereka di rumah dan ia merupakan masa yang cukup sesuai, kerana unsur-unsur negatif luar belum meresap ke dalam jiwa mereka.Rasulullah berpesan kepada kita dalam sebuah hadith baginda yang cukup masyhur bermaksud:" Setiap anak yang lahir adalah seumpama kain putih, maka ibu bapanyalah akan mencorak dan menjadikan yahudi, majusi atau nasrani"

Pemerintah juga perlu berperanan untuk mewujudkan generasi al-Quran supaya kehidupan bermasyarakat akan lebih terurus, tenang dan negara lebih sejahtera.Maksud Firman Allah:"Setiap daripada kamu adalah pemerintah, dan setiap pemerintah akan dipersoalkan dengan apa yang ia laksanakan"

Dengan penguatkuasaan undang-undang yang mengikut syariat, terus memperkasakan "man power" dalam perlaksanaannya, ibu bapa turut memainkan peranan penting, masyarakat kembali bermasyarakat dengan membuang sifat individualistik, Insyaallah kita kan sejahtera di dunia dan di akhirat."

Ahad, 24 Mei 2009

Sukan: Aurat lelaki sering diremehkan

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.


Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?


Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu?


Jawapannya ialah tidak sah.


Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa.


Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.


Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya? Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.


Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.


Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.


Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.


Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.


Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?


Cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.


Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

Kedah Tumpas di Shah Alam

Kedah mendahului S'gor 1-0 dalam separuh pertama, namun keputusan penuh, Kedah tewas 1-3 kepada Selangor.... 'Hard-luck Kedah'..

Para pemain sedang mendengar arahan akhir drp Coach sebelum masuk ke padang di bilik persalinan Stadium Shah Alam

Sabtu, 23 Mei 2009

Merasmikan Karnival Sukan PASTI Negeri Kedah

Karnival Sukan PASTI Negeri Kedah 2009
23 Mei 2009
Padang Awam Taman Kucai, Lunas
berucap merasmikan Karnival Sukan PASTI Negeri Kedah yang berlangsung di Padang Awam Taman Kucai, Lunas. Program tahunan yang menampilkan peserta dari semua 15 PASTI Kawasan-kawasan ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Acara sukan yang dipertandingkan adalah bolasepak dan bola jaring untuk pelajar PASTI.
Diperkenalkan dengan semua kontinjen yang mengambil bahadian, bersama pasukan dari Kawasan Kuala Kedah.
antara orang kuat PASTI Negeri Kedah yang menjayakan Kanival Sukan kali ini

antara aksi anak-anak PASTI

Jumaat, 22 Mei 2009

Membantu Rakyat Bersukan

Kampung Kuala Segantang Garam

menyampaikan sumbangan bola dan jersi
bergambar bersama pasukan Serombong FC

memberi sedikit taklimat kepada pemuda Kampung Kuala Segantang Garam

ramai penduduk termasuk kanak-kanak memanfaatkan padang tersebut untuk aktiviti riadah

meninjau pula tapak gelanggang sepak takraw di Kampung Sungai Gelam..

mendengar penerangan dari penduduk Kampung Teluk Che Lela
dan MKK mereka mengenai cadangan memajukan sebuah padang permainan di tanah milik Jabatan Hutan yang ingin dipohon, kini dipenuhi belukar dan semak samun

apa pun terimalah bola ni dulu sebelum dapat kita usahakan padang untuk pemuda-pemuda di sini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Wakil Rakyat dan Rakyat

Menyampaikan sumbangan sebuah basikal untuk kegunaan adik Solehuddin Othman ke sekolah. Keluarganya tinggal di Kg Sg Jagong.

Gambar bersama dua keluarga yang diziarahi..menghidapi penyakit kronik



Rabu, 20 Mei 2009

Kedah tewas di Bangkok namun layak ke peringkat seterusnya

Terima kasih kepada para penyokong Kedah yang setia daipada Padang Pusing, Pendang..diberikan tiket percuma kepada mereka yang kita perolehi daripada pihak tuan rumah ...syok habih depa semua....

pegawai AFC memeriksa nama pemain

gelagat pemain dalam bilik persalinan

sesi latihan ringan di perkarangan Hotel Redisson, Bangkok

aksi dalam stadium

Kedah layak menyertai 16 pasukan terakhir Piala AFC walau punn tewas 1-3 kepada pasukan Chonburi dari Thailand dalam perlawanan terakhir di Supachalasai Stadium. Kedah akan berhadapan kelab Binh Duong dari Vietnam dalam pusingan seterusnya.

Selasa, 19 Mei 2009

Operasi Landas di Langkawi

Baru tiba

LANGKAWI - Tagline ‘pemimpin berjiwa rakyat’ telah dibuktikan oleh EXCO dan YB Kedah. Seramai 5 orang EXCO dan YB yang terdiri daripada Dato’ Fakhrurazi EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Hamdan EXCO Belia Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan, YB Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap, YB Yahya Abdullah ADUN Jeneri dan YB Nasir Mustapa ADUN Kubang Rotan, telah bersama-sama dengan aktivis LANDAS Langkawi meninjau pusat hiburan di Langkawi.

Antara pusat hiburan yang dimasuki oleh para aktivis pada malam tersebut ialah, Para Bara di Langkawi Fair, Top 10 di Tiara bersebelahan dengan Hotel Bella Vista, Dangdut Nagoya atau lebih dikenali dengan jolokan mini hatnyai Malaysia dan beberapa lagi pusat hiburan disekitarnya.
Daripada hasil tinjauan tersebut didapati banyak pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen. Manakala pengunjung pusat-pusat hiburan majoritinya adalah dari kalangan Melayu selain warga asing.
Dilaporkan Dr Hamdan selaku EXCO turut bertemu dengan pemilik salah sebuah pusat hiburan tersebut dan menyoal pemilik pusat hiburan mengenai status lesen pusat hiburan yang beroperasi itu tadi.
Melalui hasil temubual yang dibuat ke atas para aktivis LANDAS Langkawi yang diketuai oleh Encik Ali dan Ustaz Tarmizi, beberapa pusat hiburan disyaki menyediakan khidmat pelacuran. Hal ini kerana ketika tinjauan dilakukan ke atas beberapa pusat hiburan, terdapat wanita-wanita yang berpeleseran dikaki-kaki lima pusat hiburan yang disyaki menunggu pelanggan. Begitu juga wanita-wanita yang berada didalam premis.
Daripada hasil tinjauan pada malam 15 Mei yang berlansung sehingga subuh 16 Mei, Langkawi berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal. Dan para aktivis juga mengambil kesempatan melalaui pertemuan dengan EXCO dan YB mempersoalkan mengenai status pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen. Selain itu, para aktivis juga menimbulkan kemusykilan jika berlaku salah laku dalam kalangan penguat kuasa tempatan dalam menjalankan siasatan. Dan kemusykilan ini berasas kerana terdapat pusat hiburan ini beroperasi tanpa lesen bertahun lamanya tanpa boleh dikesan oleh pihak penguasa tempatan.


Ketika ditanya kepada Encik Ali selaku penyelaras LANDAS Langkawi mengenai komitmen para EXCO dan YB pada malam tersebut, beliau dengan berseloroh berkata inilah pemimpin yang kita mahu. Tambah beliau lagi, pemimpin masyarakat mesti tahu masalah rakyat dan kepada YB dan EXCO khususnya di Kedah supaya peka dengan masalah yang diperjuangkan oleh aktivis LANDAS di Langkawi.

Aktivis LANDAS sentiasa terbuka dalam memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam memerangi masalah jenayah dan sosial khususnya di Langkawi.
Diharap selepas ini, aktiviti mendekati golongan sasaran akan terus diperkembangkan dan kerjasama antara aktivis dengan kerajaan negeri boleh lebih dieratkan lagi.

Isnin, 18 Mei 2009

Menghadiri Majlis Perasmian Hari Muzium Se Dunia di Muzium Negeri Terengganu.

Menghadiri Majlis Perasmian Hari Muzium Se Dunia di Muzium Negeri Terengganu.


Bersama Pemangku Pengarah Muzium Negeri Kedah, di hadapan Ruang Pameran Muzium Kedah sempena Hari Muzium 2009.

pameran semangat padi






Bersama Pemangku Pengarah Muzium Negeri Kedah, di hadapan Ruang Pameran Muzium Kedah sempena Hari Muzium 2009.

Ahad, 17 Mei 2009

Program Wakil Rakyat dan Rakyat

Gambar-gambar disekitar program sumbangan yang diadakan di Semeling Jumaat lalu,

sedikit tanda ingat

walau tak seberapa, penerima tetap gembira
YDP PAS Kawsan Merbok turut hadir

Naib YDP Ust Fakhrudin dan Sdr Ilias Ibrahim
orang ramai yang hadir

muslimat pun ramai