Rabu, 16 Februari 2011

17 Februari 2011 - Menziarahi keluarga Tn Haji Mohd Sabu yang kehilangan bonda tercinta, allahyarhamah telah kembali ke sisi ALLAH pada subuh 14 Rabiulawal 1432H ... Semoga rohnya dicucuri rahmat, ... AL-Fatihah ...


16 Februari 2011 - Menyampaikan Sijil Keahlian PAS kepada Cawangan Simpang 3 Sg. Pial, di hari Mesyuarat Agong Kali-1 cawangan tersebut. Tahniah kerana kini anda semua menjadi pendokong agama ALLAH ... Takbir !!!! ...


15 Februari 2011 - Sebelah malamnya, menyaksikan perlawanan Liga Super 2011 antara Kedah vs Perak di Stadium Darul Aman yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.


15 Februari 2011 - Bersama dalam Program Hari Kanak-Kanak Islam Sempena Maulidur Rasul 1432H di Kompleks SP Plaza, Sungai Petani. Program dianjurkan oleh Kiosk Palestine di bawah kelolaan Cikgu Azmi Abdul Hamid.


.... Di pagi Maulidur Rasul, menziarahi pusara arwah anakanda Syazmin, Al-Fatihah ....

Isnin, 14 Februari 2011

13 Februari 2011 - Menghadiri Majlis Menjunjung Kasih KDYMM Tuanku Presiden FAM di Atas Kejayaan Pasukan Kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.


12 Februari 2011 - Kedah berkunjung ke Sabah untuk perlawanan Liga Super 2011 perlawanan yang ke-3. Kedah kecundang dengan keputusan 0 - 1. Semoga Kedah akan berjaya pada perlawanan-perlawanan seterusnya.


10 Februari 2011 - Menghadiri Majlis Perkahwinan sahabat dari kaum India di Dewan SRJK (T) Saraswathy, Sg. Petani.

Khamis, 10 Februari 2011

10 Februari 2011 - Sebelah paginya, bersama warga kerja Muzium Negeri Kedah di Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena Ulangtahun Muzium ke-54. Sebelah petangnya, bersama Pegawai UPEN dan Pejabat Daerah Kuala Muda turun melihat jetty nelayan Kg Kuala Sg Gelam dan Surau Kg Sg Air Nasi Semeling yang perlu diberikan perhatian untuk dibaik-pulih.


09 Februari 2011 - Majlis Sambutan Tahun Baru Cina DUN Tanjong Dawai anjuran Pusat Khidmat dan MKK Tanjong Dawai/Sg Pial di Dewan Tokong Cina Pekan Tanjong Dawai. Selain daripada memberi angpow, sumbangan untuk Tokong dan Persatuan Bomba Sukarela Merbok juga disampaikan.


07 Februari 2011 - Sebelah paginya, merasmikan Seminar Perancangan Strategik Pembangunan Sukan Negeri Kedah 2014 di Merdeka Resort, Pantai Merdeka. Sebelah petangnya, menghadiri Program Hi-Tea Muzium Negeri bersama Pihak Media/Persatuan Pemandu Pelancong dan Pengusaha Hotel-hotel Kedah di Muzium Padi.


06 Februari 2011 - Kejohanan Bolasepak 8-sebelah Piala Dato' Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib anjuran sekretariat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjong Dawai. Sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan ini dan telah dimenangi oleh Pasukan Indra Utara dan Bujang FC mendapat tempat ke-2.


06 Februari 2011 - Sebelah pagi, menziarahi dan merawat pesakit-pesakit di Kg Bujang dan Kg Segantang Garam.


05 Februari 2011 - Sebelah malamnya, berkunjung ke rumah Mr. David Lim sempena Tahun Baru Cina.


05 Februari 2011 - Merasmikan Festival Beliawanis Abad Ini anjuran Persatuan Belia Setia Kuala Nerang di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang.


03 Februari 2011 - Menziarahi ibu mertua di Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.


02 Februari 2011 - Sebelah malamnya, menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Kuil di Semeling.


02 Februari 2011 - Majlis Pertemuan dengan Ketua-ketua Kampung/Komuniti sesi 2010-2012 dan penyerahan banner Klinik Wakaf Sejahtera kepada MKK Tanjong Dawai, Sg Gelam, Sg Layar dan Semeling.


01 Februari 2011 -
  • Sebelah Pagi/Petang :
- menghadiri penganugerahan bintang di Istana Anak Bukit.
- Mempengerusikan Mesyuarat Festival Kebudayaan Negeri Kedah.
- Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.
  • Sebelah Malam :
- Memberikan ceramah penerangan bersama YB Ustaz Abdul Ghani
di Dewan Seri Tanjung, Sg Layar.
- Keputusan Perlawanan Liga Super 2011 - Kedah vs KL-FELDA -
berkesudahan dengan Kedah menang 1 - 0 .


30 Januari 2011 - Sebagai Pengurus Pasukan Futsal Kebangsaan, menghadiri sesi pemilihan pemain-pemain untuk mewakili pasukan Futsal Kebangsaan di Kompleks Sukan Triways, Shah Alam.


29 Januari 2011 - Sebelah malamnya, menyaksikan Perlawanan Pembukaan Liga Super Musim 2011, antara Kedah vs T-Team dengan berkesudahan seri tanpa sebarang jaringan.


29 Januari 2011 - Merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bowling Tertutup Belia Sejahtera Negeri Kedah 2011 di Pusat Bowling, STAR Parade Alor Setar.


28 Januari 2011 - Pada sebelah petangnya pula, meneruskan program menyampaikan kad sambutan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua di Pekan Tanjong Dawai.


28 Januari 2011 - Pada sebelah paginya, menyampaikan kad sambutan Tahun Baru Cina 2011 untuk masyarakat Tionghua di Pekan Semeling.


27 Januari 2011 - Mengedarkan kad sambutan Tahun Baru Cina 2011 kepada masyarakat Tionghua di Pekan Merbok.