Ahad, 24 Ogos 2008

Peminat akan diraikan

Penyokong pasukan Hijau Kuning akan berpeluang melihat dari dekat piala ini dan dua lagi yang telah dimenangi apabila program bersama peminat diadakan di seluruh negeri tidak lama lagi.
Harap semua dapat bersabar, insyaAllah semua akan berpeluang untuk sama-sama berkongsi kegembiraan setelah bergelar 'Double Treble Champion'

KEDAH CIPTA SEJARAH

Skuad KEDAH mencipta satu lembaran sejarah dalam arena bolasepak tempatan apabila mencipta "Double Treble". Ini bermakna Kedah telah berjaya merangkul enam piala dalam masa dua tahun. Kedah melengkapkan misi menyapu bersih kesemua kejohanan utama negara apabila menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi Final Piala Malaysia malam tadi.
Biarpun ketinggalan hasil jaringan Frank Seator pada minit 18 namun Kedah bangkit dengan tiga gol menerusi Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Fadly Baharom pada minit ke 31,32 dan 37. Selangor hanya mampu membalas satu gol lagi menerusi Safee Sali pada minit ke-77.
Disaksikan oleh kira-kira 50 000 penonton, ternyata penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai lebih 40 000 orang berbanding penyokong Selangor yang dianggarkan 10 000 orang.
Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, meraikan kemenangan itu dengan perasaan bercampur baur.
“Anak buah saya berjaya mencipta sejarah yang tidak mudah untuk diulangi. Kedah menjuarai tiga gelaran sekali gus buat dua musim berturut-turut, iaitu enam piala dalam masa dua tahun. Pada masa yang sama saya menujukan kemenangan ini kepada sifu saya, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil yang meninggal dunia bulan lalu.

Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana tengahari hari perlawanan Kedah mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus.

Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-
Penjaga Gol Terbaik : Mohd Helmi Eliza Elias.
Pertahanan Terbaik : Victor Andrag.
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Khyril Muhymeen Zambri.
Penyerang Terbaik : Liew Kit Kong.
Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James.
Pemain Harapan Terbaik : Mohd Fadly Baharom.
Pemain Paling Bernilai : Helmi Eliza Elias.
Kelab Penyokong Terbaik : Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik : Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik : Mohd Azraai Khor Abdullah.

KEDAH: Mohd Helmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Sabree Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak)
Khidmat 3 tonggak import ini tidak akan dapat dilihat lagi musim depan.

Gaya Usain Bolt..

Isnin, 18 Ogos 2008

Kalah! : Tetapi Tetap Ke Final

Dengan bekalan selesa 3 gol tanpa balas dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama di Stadium Darulaman bagaimanapun belum menjamin langkah mudah untuk ke final. Tentangan sengit pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak yang mempunyai kapasiti kira-kira 60000 penyokong memantaskan degupan jantung penyokong Kedah di sana..Ketiadaan pembesar negeri Terengganu di Stadium maka kami bersantai di tempat duduk biasa
Sampai perlawanan tamat, muka Radhi Md Din masih gabra..
Badi rekod tanpa kemenangan di Terenganu diteruskan apabila pasukan Hiaju Kuning ditewaskan oleh pasukan tuan rumah. Serangan bertali arus pasukan jolokan penyu itu menyentap pertahanan mental pemain Kedah apabila berjaya memperolehi gol seawal minit keenam. Lihatla bilangan penyokong Kedah yang setia hadir di stadium. Nasib baik bawa modal 3-0, kalau tidah habislah.

Ahad, 17 Ogos 2008

Sesi Bersama Pemain Hijau Kuning

sempat bagi kata-kata perangsang kepada pemain Kedah yang akan beraksi menentang Terengganu dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia
Insentif bagi memotivasikan para pemain untuk terus berjuang menjulang nama Kedah
berbincang dengan Jurulatih Kedah Mohd Azrai Khor Abdullah.

Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Berang - Kuala Terengganu

Walaupun Muktamar Agong PAS Ke 54 belum selesai, terpaksa pula bergegas ke Kuala Terengganu untuk menyaksikan saingan Separuh Akhir Kedua, Kedah menentang Terengaanu.


Kereta ni buat hal pulak dalam perjalanan ke Cameron Highland.
Pelik pula bila kawasan peranginan tanah tinggi, makanan yang popular adalah 'steamboat', sepatutnya hidangan utama adalah daging rusa, kijang atau pelanduk panggang.
Walaupun tak berapa sejuk, namun nyaman juga rasanya bersarapan di tepi ladang teh.. best juga boleh cuti macam ni. Selepas Gua Musang kami meneruskan perjalanan ke Terengganu dan singgah sebentar melepaskan lelah di Sungai Ketiar untuk melihat dari dekat Santuari Gajah yang diuruskan oleh Perhilitan.
Anak gajah betina (yang jantan ada gading) ini berusia 8 tahun dan diberi nama Suria. Makanan yang diperlukan sebanyak 80 kg sehari melibatkan belanja melebihi RM200. Pengunjung boleh beri makan makanan yang disediakan seperti pisang, betik, tebu, keledek, roti dan batang pisang.


Sabtu, 16 Ogos 2008

Melawat Kampung Halaman

Kesempatan berada di Ipoh dan kebetulan pula diarah mewakili ayah ke majlis kenduri kahwin anak jiran lama di Kampung Tebing, pinggir Bandaraya Ipoh, tempat kelahiran..
inilah sebahagian rumah pusaka yang tinggal..
Inilah rumah zaman kecil di Ipoh.. banyak kenangan yang sukar diingat lagi..

Mengikuti Perbahasan Perwakilan

Mengikuti perbahasan oleh perwakilan muktamar bersama beberapa orang sahabat. Rasa kali ni perbahasan ada sikit kurang la..

Jumaat, 15 Ogos 2008

Kenangan Di Ipoh

YB Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat mengambil kesempatan bergambar bersama EXCO Kerajaan Negeri Kedah
Orang kuat dari Sungai Petani yang telah mencipta beberapa jenis 'bom' untuk digunakan dalam PRU yang lalu - Mr David Lim
ni kawan-kawan yang ikut sama di Ipoh, - depan Pentas Utama
layan sat Dato' Seri MB kita..

Menjadi Tetamu Muktamar

Bersama TG Hj Idris Ahmad, AJK PAS Pusat yang juga Setiausaha Dewan Ulama' sebelum memasuki dewan muktamar
Bersama sebahagian tetamu jemputan, semua orang PAS, kebetulan jadi ADUN dsb. dijemput sebagai Tetamu pada majlis perasmian oleh YB TG Dato' Seri Presiden, special la sikit
Stadium Indera Mulia, Ipoh - Penuh sesak dengan muktamirin dari seluruh pelusuk tanahair

Khamis, 14 Ogos 2008

Bertolak Ke Ipoh Sempena Muktamar PAS Ke 54

Dalam kesibukan tugas sebagai Exco dan ADUN, tanggung jawab sebagai ahli parti tidak boleh dipandang ringan.
Gambar semasa dalam perjalanan ke Ipoh sempena Muktamar Agung PAS Kali Ke 54

Terus menjeguk Stadium Indera Mulia, Ipoh, lokasi muktamar berlangsung. Sebelum itu check-in hotel Grand View (Hotel Cina)

Jumaat, 1 Ogos 2008

Bersama Naib Presiden PAS

Sedar tak sedar sudah lebih empat bulan tidak bertemu dengan pemimpin kanan PAS yang paling rapat iaitu Naib Presiden, Hj Mohamad Sabu. Banyak jugalah yang dia perli bila dah sibuk jadi wakil rakyat dan exco. Pengalaman bersama dalam beberapa misi antarabangsa iaitu misi kemanusiaan di negara-negara yang ditimpa bencana, banyak memberi pengajaran dan pendedahan penting dalam memahami rasa keperitan dan kesusahan rakyat.
Kesempatan bersama Abang Mat setelah sekian lama memberi sedikit suntikan semangat kerana sebagai antara pemimpin senior PAS, banyak nasihat beliau yang amat perlu diberi perhatian dalam menghadapi kerenah rakyat
Sempat juga berbincang mengenai isu-isu terkini dan mendapat sedikit sebanyak info dari pemimpin atasan seperti beliau.

Temasya Sukan Sungai 2008

Sempena Perayaan Jubli Emas Pemerintahan DYMM Sultan Kedah, Kerajaan Negeri tidak ketinggalan menganjurkan antara sukan yang paling digemari oleh Tuanku iaitu sukan sungai yang merangkumi beberapa kategori lumba perahu dan lain-lain. Sebagai Exco Belia dan Sukan sudah tentulah diberi peranan yang penting dalam penganjuran Temasya Sukan Sungai tahun ini selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Sebagai satu acara tahunan yang paling meriah, persiapan rapi diadakan bagi melancarkan program lebih-lebih lagi acara kali ini bersempena Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku yang ke-50.

Meninjau persiapan terakhir dan raptai penuh temasya..