Ahad, 17 Ogos 2008

Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Berang - Kuala Terengganu

Walaupun Muktamar Agong PAS Ke 54 belum selesai, terpaksa pula bergegas ke Kuala Terengganu untuk menyaksikan saingan Separuh Akhir Kedua, Kedah menentang Terengaanu.


Kereta ni buat hal pulak dalam perjalanan ke Cameron Highland.
Pelik pula bila kawasan peranginan tanah tinggi, makanan yang popular adalah 'steamboat', sepatutnya hidangan utama adalah daging rusa, kijang atau pelanduk panggang.
Walaupun tak berapa sejuk, namun nyaman juga rasanya bersarapan di tepi ladang teh.. best juga boleh cuti macam ni. Selepas Gua Musang kami meneruskan perjalanan ke Terengganu dan singgah sebentar melepaskan lelah di Sungai Ketiar untuk melihat dari dekat Santuari Gajah yang diuruskan oleh Perhilitan.
Anak gajah betina (yang jantan ada gading) ini berusia 8 tahun dan diberi nama Suria. Makanan yang diperlukan sebanyak 80 kg sehari melibatkan belanja melebihi RM200. Pengunjung boleh beri makan makanan yang disediakan seperti pisang, betik, tebu, keledek, roti dan batang pisang.


Tiada ulasan: