Selasa, 31 Mac 2009

Makam Sultan Muzaffar Shah 1 akan dipelihara

ALOR SETAR, 31 Mac: Sultan Muzaffar Shah 1 merupakan Raja yang pertama memeluk Islam dan menerima Islam pada tahun 1136 masihi dan mangkat pada tahun 1179 masihi.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dato’ Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, sebelum memeluk Islam, nama sebenar Sultan Muzaffar Shah 1 ialah Maharaja Darbar Raja dan bersemayam di Kota Bukit Meriam, Daerah Kuala Muda.

“Sultan Muzaffar Shah 1 diIslamkan oleh seorang pendakwah dari Yaman dan mangkat di Kampung Langgar, Mukim Bujang, Merbok,” jelasnya. Beliau menjelaskan, dengan adanya makam Sultan Muzaffar Shah 1, membuktikan bahawa negeri Kedah antara negeri di Nusantara ini memeluk Islam.

Sebelum ini, makam Sultan Muzaffar Shah 1 disenggarakan oleh Jabatan Muzium Arkeologi Merbok, namun kini makam itu di bawah tanggungjawab Jabatan Warisan Negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah maklum tentang keadaan makam itu yang dibiarkan usang dan ditumbuhi lalang. Sehubungan itu, beliau akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan bersama dengan Jabatan Warisan Negara melalui Jabatan Muzium Negeri Kedah.

“Kerajaan Negeri Kedah tidak mempunyai peruntukan khusus untuk memelihara warisan ini, namun pihak saya mengambil inisiatif sebagai wakil rakyat di sini untuk mengerahkan gotong-royong membabitkan penduduk kampung untuk menjaga makam berkenaan,” ujarnya.

Apa yang boleh diperkatakan, katanya, beliau akan cuba melibatkan jabatan lain seperti Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di dalam gotong-royong ini. Apa pun, ia masih di peringkat perbincangan. YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib berkata, beliau turut melihat makam berkenaan sebagai satu produk pelancongan dan warisan sejarah yang perlu dipelihara dengan sebaik mungkin.

Isnin, 30 Mac 2009

Kempen PRK N25 Semakin Rancak















Bahang PRK N25 Bkt Selambau makin terasa...melawat pos-pos lokaliti Kelab Penyokong PAS di dalam kawasan pilihanraya.














Taklimat untuk sahabat-sahabat kaum India di pos Kelab Penyokong PAS.

Ahad, 29 Mac 2009

Program Perubatan di Bukit Selambau

S. Manikumar, Calon PKR turut berkunjung ke tempat program

Ramai juga penduduk di Taman Ria Jaya yang datang mendapatkan rawatan.

Program Rawatan Perubatan Percuma bersama dgn PPI dan Papisma di Markas Kelab Penyokong Pas di Tmn Ria Jaya



Sabtu, 28 Mac 2009

Mesyuarat Dengan Persatuan Renang


Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Renang Amatur Kedah 2009, sedang berucap adalah Presiden Persatuan, Tn Hj Fakaruddin. Majlis diadakan di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.
Sebelum ni tidak pernah ada EXCO yang hadir dan ambil tahu dengan persatuan renang amatur Kedah ni..

Berkunjung ke Cawangan Baru - Kelisa Ria

mengadakan perbincangan dengan bakal2 aktivis parti di Taman Kelisa Ria yang akan ditubuhkan cawangan PAS

Jumaat, 27 Mac 2009

Mendekati Rakyat

Sepetang bersama warga Tanjung Dawai di Pekan Tanjung Dawai, bertanya khabar dan mendengar rintihan rakyat. Antara yang banyak diperkatakan adalah mengenai masalah nelayan pesisir pantai yang terjejas pendapatan kerana aktiviti menyedut siput oleh bot-bot besar di kawasan berhampiran pantai. AkKtiviti tersebut telah banyak mengganggu ekosistem dan memusnahkan tempat pembiakan dan anak-anak ikan.
menyampaikan taklimat mengenai situasi semasa

berbincang dan berdialog dengan penduduk

mendengar keluhan rakyat di dalam dewan yang umno akui sebagai pemiliknya

menyampaikan sumbangan jersi untuk golongan remaja

santai.. banyak lagi masalah rakyat

Khamis, 26 Mac 2009

Bersama Rakyat

Aktiviti ziarah kebajikan mingguan Dr Hamdan, mendekati masyarakat di Sg Layar dan Pengkalan Bujang...
Menyampaikan sumbangan serba sedikit tanda ingatan sesama kita.
Alhamdulillah, sempat juga menjalankan pemeriksaan kepada seorang penduduk di Permatang Binjal yang mengalami masalah demam dan batuk yang kronik...

Selepas diperiksa, perlu diberikan ubat untuk sembuhkan penyakit...sememangnya beg doktor dan bekalan ubat-ubatan ada sentiasa dalam kereta Dr Hamdan... kerja asas kebajikan perubatan di lapangan ini adalah merupakan aktiviti rutin dari dulu lagi...dalam dan luar negara.

Memberikan penerangan kepada pesakit tentang ubat-ubat yang perlu dimakan...mudah-mudahan dengan izin Allah bisa sembuh...

memeriksa keadaan rakyat yang menderita

bersama rakyat

melawat pesakit parkinson

Rabu, 25 Mac 2009

Perasmian Markaz Besar PAS Kedah PRK N25 Bukit Selambau

YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah hadir bersama dalam Majlis Perasmian Markaz Induk PAS untuk PRK N25 Bukit Selambau.


ribuan penyokong yang hadir

bersama pemuda PAS Bukit Selambau

PENTARAMA....pentas membelakangi dasar hiburan terbuka Kerajaan Negeri Kedah.

pentas bergerak digunakan..

Jabatan Penerangan Malaysia telah mengadakan Konsert Terbuka Pentarama dalam beberapa hari kebelakangan ini. kawasan daerah Kuala Muda ini iaitu di Taman Ria Jaya, Flat Payanahu dan Taman Wira.

Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan pada awal tahun lepas untuk tidak membenarkan Konsert Terbuka diadakan tanpa mendapat kelulusan daripada MMK, maka Jabatan Penerangan tidak menghormati dasar kerajaan ini.

Inilah sikap mereka, menganjurkan kemungkaran dan kerosakan untuk anak-anak kita dan masyarakat Kedah amnya. Kita akan ambil tindakan atas perbuatan jahat ini. Arahan untuk Pegawai Daerah Kuala Muda untuk bertindak tegas kepada program ini.

Selasa, 24 Mac 2009

Isnin, 23 Mac 2009

Ahad, 22 Mac 2009

Konvesyen Antara Kaum PAS

Hadir ke program Konvesyen Antara Kaum PAS di Kompleks Pas Kedah.. YB Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ucapan perasmian.

Sumbangan Pelajar Miskin SP Club

Program memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin anjuran Kelab Sungai Petani/Giant Hypermarket/Lion's Club...






Sabtu, 21 Mac 2009

Petronas Malaysian Cup Prix 2009

21 Mac, Alor Setar - Petronas Malaysian Cup Prix 2009 membuka tirai saingan tahun ini di Bandaraya Alor Setar. Kerajaan Negeri telah memberi kerjasama baik bagi menjayakan penganjuran sukan bermotor ini yang dibawa singgah kembali ke Negeri Kedah setelah beberapa tahun tidak tersenarai sebagai salah satu sirkit kejohanan.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan

Expert
1. Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 12:06.080;
2. Mohd Edzuan Abd Gani (Motul Yamaha YY Pang) 12:07.895;
3. Mohd Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 12:11.589;
4. Norizman Ismail (Suzuki Harian Metro Team SCK) 12:19.981;
5. Rosnizam Mohd Noor (Modenas Yuzy Pachi) 12:20.34.

Kedudukan Pasukan
1. Petronas Sprinta Yamaha Raceline 41 points;
2. Motul Yamaha YY Pang 29;
3. Petronas Sprinta Ah Hong 15;
4. Suzuki Harian Metro Team SCK 13;
5. Modenas Yuzy Pachi 11.

Novice:
1. Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprin­ta Yamaha Raceline) 10:00.771;
2. Zaidy Mohd Zai­­­faizal (Motul Yamaha YY Pang) 10:04.958;
3. Fa­rid Ahmad (Modenas Yuzy Pachi) 10:05.594;
4. Ah­­mad Abdul Kadir (Faito Boon Kui Racing) 10:08.748;
5. Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang) 10:09.045.

Kedudukan Pasukan
1. Petronas Sprinta Yamaha Raceline 31;
2. Motul Yamaha YY Pang 31;
3. Modenas Yuzy Pachi Racing 25;
4. Faito Boon Kui Racing 14;
5. Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong 8.

Wira epg
1. Mohd Azhar Abd Jalil 8:51.486;
2. Abdul Haffiz Rashid (Faito Boon Kui Racing) 8:52.371;
3. Mohd Adib Rosley 8:52.697;
4. Mohd Azzeroy Aziz 8:54.992;
5. Mohd Amin Mohd Azahar 9:12.419.

Honda icon Challenge Cup:
1. Mohd Azzi Agil 9:21.922;
2. Mohd Solehin Mohd Sukor 9:23.865;
3. Mazera Izaty Mohammad 9:27.271;
4. Mohd Haiekal Akmal Zakaria 9:31.356;
5. Mohd Syawalludin Mohd Zaki 9:34.908.


antara aksi pelumba

lagi aksi pelumba

elf: engkau lipat fullamak..



bersama crew salah satu pasukan bertanding

suasana dalam paddock



jentera yang akan beraksi

lagi jentera yang dipamerkan

YAB MB turut sudi hadir..