Rabu, 31 Disember 2008

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988

Seksyen 5 :
Kesalahan melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam. Bukan suami isteri dan bukan mahram.
Contoh :
• Berdua-duaan dan ada sentuhan di taman bunga/pantai.
• Duduk bersentuhan di bangku.
• Berpegangan tangan sambil berpelukan ketika berjalan.
Hukuman:
Denda RM1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 9 :
Bersekediaman, bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama dengan wanita bukan isteri atau mahram.
Bilangan tidak disyaratkan, mungkin seorang sama seorang atau secara ramai.
Contoh:
• Bersama-sama di hotel, rumah, mana-mana bilik.
• Berduaan di dalam kereta ditempat sunyi waktu malam atau siang.
• Taman rekreasi yang tersorok atau jauh dari pandangan ramai.
Hukuman:
Denda RM2,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 7 (Pondan):
Lelaki berpakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Hukuman :
Denda RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (1) :
Minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan.
Hukuman :
Denda RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (2) :
Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.
Hukuman :
Denda RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selasa, 30 Disember 2008

Kejohanan Bolasepak Piala YB Johari

BALING: Seringkali acara berkaitan hiburan dan sukan mengesampingkan aspek syariat
di dalam pelaksanaannya. Namun berbeza dengan Kejohanan Bola Sepak 9 Sepasukan merebut Piala YB Johari Abdullah, Adun Kupang anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, bukan sahaja aspek syariat diberi penekanan, malah syiar Islam juga menghiasi keunikan program tersebut.

Selain diwajibkan kepada semua pihak yang terlibat dengan kejohanan itu menutup aurat, penganjur turut menghidupkan kemeriahan pertandingan dengan juruhebah dan pengulasnya menggunakan tiga bahasa sepanjang kejohanan berlangsung iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Malah nasihat agar pemain bermain dengan penuh semangat kesukanan serta mengikut peraturan permainan selain meminta penonton mengawal semangat mereka diulang ingat sepanjang program itu.

Manakala saat masuknya waktu solat, azan dilaungkan dari khemah urusetia dan permainan dihentikan seketika. Penganjur juga membuat seruan untuk menunaikan solat. Selain itu hadirin turut berpeluang menunggang kuda yang merupakan kenderaan pahlawan Islam zaman dahulu dengan sedikit bayaran dikenakan oleh pihak penganjur.

Kejohanan yang menawarkan hadiah berupa wang tunai, piala, medal dan sijil untuk lapan pasukan terbaik itu telah diadakan selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Disember di dua tempat itu iaitu Padang Awam Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling dan Padang Awam Keda, Kupang. Ternyata penganjuran kejohanan itu telah berjaya menarik penyertaan ramai pasukan. Bagaimanapun pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada 64 pasukan sahaja.

Pasukan Badang FC dari Kupang muncul sebagai johan edisi sulung kejohanan ini setelah menewaskan pasukan Glokid FC dari Tanah Periuk pada perlawanan akhir yang disaksikan kira-kira 5,000 penonton.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Adun Kupang, Johari Abdullah. Dr Hamdan turut menghadiahkan Badang FC tiket untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan Kedah menentang pasukan Selangor di Stadium Darulaman, 3 Januari 2009.

ehsan: harakah
YB diarak dengan kereta antik
Dr Hamdan diperkenalkan kepada pemain-pemain pertandingan akhir

Azan dilaungkan dan permainan dihentikan sebentar..


Menyampaikan Piala ADUN Kupang kepada pemenang

Bergambar bersama pasukan yang menang

Isnin, 29 Disember 2008

Malam Kesenian Islam Taman Melor

Merbok, 18 Disember - Badan Kebajikan Islam Taman Melor, Sungai Layar, Sungai Petani dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjong Dawai telah menganjurkan Malam Kesenian Islam sempena menyambut Maal Hijrah 1430 di sini.

Majlis yang diadakan selepas solat Isyak di perkarangan dewan orang ramai Taman Melor menampilkan beberapa acara menarik diantaranya adalah persembahan nasyid dari kumpulan Dzil Afnan, bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Juara Akademi Al Quran TV9 Musim Ketiga Sdr Fakhrul Razi, persembahan marhaban oleh kumpulanAl Mujahidin, Taman Melor dan ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Jamnul Azhar Mulkan.

Program keagamaan yang berbentuk hiburan ini merupakan alternatif yang terbaik untuk diketengahkan kepada masyarakat yang sememangnya sentiasa cenderung ke arah hiburan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib, Exco Belia dan Sukan, Kebudayan, Kesenian dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau amat berterima kasih atas penganjuran program sebegini dan berharap semua pihak dapat berganding bahu dan menyokong semua usaha bagi mengatasi masalah seperti gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat. Beliau berharap dengan adanya hiburan alternatif seperti ini, pemuda- pemudi mempunyai pilihan yang terbaik untuk mereka.

Dalam majlis itu juga beliau bermurah hati menyampaikan sumbangan peribadi dan cenderahati kepada beberapa orang pelajar cemerlang dari Taman Melor.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430
Semoga kita dapat menghayati erti sebenar HIJRAH

Ahad, 28 Disember 2008

Pelancaran Skuad Amar Ma'aruf Nahil Mungkar KUIN

Dr Hamdan merasmikan pelancaran Skuad Amar Ma'aruf Nahil Mungkar bagi peringkat IPT yang akan bergerak di bawah Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

sebahagian pelajar yang hadir

s
siswi juga tidak ketinggalan



MTB OFF-ROAD CHALLANGE

Berucap merasmikan MTB Off-Road Challage di Kuala Ketil

Menerima cenderahati daripada penganjur

Melepaskan perlumbaan mountain bike dalam MTB Off-Road Challange

Bergambar bersama urusetia dan YB Cikgu Md Zuki, ADUN Kuala Ketil

Khamis, 25 Disember 2008

Kereta YB Dr Hamdan Dipecah

25 Dis 08, Sg Petani - Kereta rasmi EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib yang diletakkan diluar rumahnya di sini telah dipecah oleh pencuri dipercayai dilakukan pada lewat malam. Kejadian hanya disedari pada sebelah pagi keesokan harinya. Cermin disebelah tempat duduk pemandu dipecahkan dan hasil pemeriksaan sepasang kasut serta smart tag milik Dr Hamdan telah dicuri.
Menurut pihak Polis, mereka menolak kejadian ini sebagai perbuatan khianat kerana sebuah lagi kereta milik jiran berdekatan tempat kejadian turut mengalami keadaan yang sama. Penjenayah hanya mencuri barangan berharga yang terdapat di dalam kereta tersebut



Rabu, 24 Disember 2008

Pelancaran Kembara Ilmu

Bersama Menteri Besar YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak melepaskan konvoi Kembara Ilmu Bersama Celcom yang terdiri daripada beberapa buah kenderaan Perpustakaan Bergerak.  Program ini adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Celcom.


Program Kenari Kid

Bersama Program Kenari Kid, salah satu usaha pembangunan bolasepak yang mendapat perhatian

Selasa, 23 Disember 2008

Sumbangan Bola dan Jersi di Thye Eng Estate, Bedong


Menyampaikan Sumbangan Bola kepada Penduduk Thye Eng Estate


Tidak lengkaplah kalau tak ada jersi sekali,
Rakyat tidak mengira bangsa menerima pembelaan

Isnin, 22 Disember 2008

Motivasi Pelajar India


Sebahagian pelajar-pelajar kaum india dari keluarga berpendapatan rendah seluruh negeri Kedah mengikuti kursus pemantapan Bahasa Inggeris


Memberi sedikit motivasi kepada pelajar india terbabit

Ahad, 21 Disember 2008

Pembukaan Cawangan Baru


Bersama sebahagian AJK PAS Kawasan Merbok menghadiri Mesyuarat Penubuhan PAS Cawangan Kg Pengkalan Langgar, Bujang


Beramah mesra dengan pemuda cawangan

Sabtu, 20 Disember 2008

Melawat Kampung Buku di Langkawi

Kesempatan berada di Langkawi sempena Jelajah Skuad Liga Super Kedah tempoh hari memberi peluang kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah untuk melawat Kampung Buku di Lubuk Semilang , Langkawi

Kurangnya perhatian menyebabkan keadaan tempat ini seperti selepas perang!

Lagi Gambar Lawatan ke Nakhon Si Thammarat


Bersama Rombongan dan Kakitangan Muzium Nakhon SI Tammarat


Melihat Meriam Kedah

Jumaat, 19 Disember 2008

Dr Hamdan Rasmi Jambori Unit Amal Kedah

Merbok, 18 Dis - Jambori Unit Amal Negeri Kedah Kali Ke-9 telah diadakan di Merbok Chalet di sini selama tiga hari bermula 18 Disember hingga 20 Disember 2008. Program tahunan itu telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib yang juga merupakan Penasihat Unit Amal Kedah.
Program tahunan itu telah berjaya menghimpunkan hampir 200 orang peserta, ALP dan Petugas Unit Amal dari seluruh Negeri Kedah.
Ucapan perasmian di pentas yang dibina khas

Perbarisan Unit Amal


Dr Hamdan menyampaikan sumbangan kepada Pengarah Jabatan Amal Negeri Kedah

memeriksa perbarisan

Rabu, 17 Disember 2008

Merbok Indoor Games

Dalam kesibukan sempat juga melayani pemuda Merbok dalam Progaram Merbok Indoor Games. Satu program santai yang menarik untuk diteruskan kerana berjaya menghimpun peminat-peminat sukan dalam dewan.
Merbok Indoor Games yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Merbok sempena pembukaan Gelanggang Badminton PUTIM menyediakan beberapa acara menarik seperti badminton, pingpong, catur, dam dan karum.

Selasa, 16 Disember 2008

Program Landas Semakin Mendapat Perhatian

SUNGAI PETANI – Pihak Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah telah mengadakan Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) pada 15-16 Disember 2008 di Sungai Petani Kedah. Seramai 6 orang penggerak dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datuh, Perak dan 7 orang muslimat aktivis LANDAS dari Negeri Sembilan dan Kedah telah berjaya mengikuti latihan secara teori dan praktikal.
Secara praktikalnya, semua aktivis dakwah telah dibawa ke lapangan untuk melihat secara dekat masalah gejala sosial di kawasan Bandar Sungai Petani dan kawasan persekitarannya. Agenda pertama telah dimulakan dengan taklimat dan pengisian secara teori kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dakwah lapangan ketika berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial remaja dan belia.
Selepas pendedahan secara teori dilaksanakan, peserta juga telah dibawa ke lokasi hidu gam dan minum arak di persekitaran bangunan PKNK dan belakang Wisma Bandaran sungai Petani. Kemudian perserta juga di bawa melihat dan berintraksi dengan beberapa orang remaja dan belia di tingkat 5 Central Square. Aktivis muslimin dan muslimat juga telah cuba berkomunikasi dengan beberapa orang remaja yang mabuk dengan memberikan nasihat supaya tidak terus menerus melakukan dosa besar dan akibat menjadi penagih arak.
Sebelah malamnya pula mereka telah menjalankan dakwah secara praktikal mendekati remaja dan dewasa yang berada di Kafe Bar dan pusat Karaoke. Pada mulanya mereka terasa tidak begitu selesa suasana di tempat tersebut dengan botol-botol arak dan gelas arak yang terhidang di atas meja. Sesi akhirnya perserta juga telah merancang agenda bertindak kerja-kerja lapangan untuk dilaksanakan di negeri Perak, khususnya di kawasan Bagan Datuh.
Akhir sekali pada sebelah petangnya sebelum peserta pulang ke negeri masing-masing, mereka juga sempat bertemu dan mendengar penerangan serta berdialog dengan YB Dr Haji Mohamed Khalib, Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan, Negeri Kedah Darul Aman.

Ahad, 14 Disember 2008

Program Seni Silat Gayong

ALOR STAR - Seni Silat Gayong yang diasas daripada ilmu gayong atau Silat Seni Sendi Harimau merupakan himpunan seni silat asli bangsa Melayu yang dipusakai daripada pahlawan-pahlawan Melayu sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka.
Ilmu persilatan ini juga telah diamalkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika berjuang menentang penjajah di tanah air.
Antara pahlawan-pahlawan gayong yang terlibat dalam perjuangan tersebut ialah Syed Zainal Syed Idris Al-Attas, Dato' Mat Kilau, Orang Kaya Semantan, Dato' Bahaman, Dato' Maharajalela, Dato' Megat Terawis dan Daeng Embok.
Berucap di majlis perasmian Mandi Minyak Silat Seni Gayong, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata kerajaan negeri sedia memberi bantuan kepada industri seni mempertahankan diri kerana kegiatan-kegiatan seperti ini dapat mencegah gejala sosial daripada terus merebak.
Katanya lagi, elemen-elemen sihat yang terdapat dalam pertubuhan Silat Seni Gayong akan dapat membentuk generasi yang cergas dan Islamik.
"Kerajaan negeri akan berusaha untuk mempromosi seni mempertahankan diri yang terdiri daripada silat, silambam dan seni wushu seperti program penjelajahan bolasepak di setiap daerah," kata YB Dr Hamdan
Sebelum itu dalam ucapan aluan, Gurulatih Tertinggi Gayong, Cikgu Abd Majid Mat Isa menekankan agar anak-anak gayong sentiasa ikhlas dalam perjuangan dan mengekalkan perpaduan sebagaimana yang telah dipelopori oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman.
Sempena Majlis Perdana Mandi Minyak Silat Seni Gayong, Cikgu Abd Majid Mat Isa menganugerahkan Sandang bagi kategori Waris Beradat, lima orang, Khalifah Muda Gayong 12 orang dan seorang Ketua Jurulatih.
Cikgu Abd Majid Mat Isa turut menganugerahkan Sandang Waris Beradat kepada YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib, YB Haji Mahfuz Omar dan YB Haji Md Rohsidi Osman yang turut hadir di majlis itu.
Pada Majlis Mandi Minyak Silat Seni Gayong itu dihadiri 200 orang anak-anak gayong dalam Parlimen Pokok Sena, Gelanggang Tertinggi Gayong di Gurun, seluruh cawangan anak-anak Gayong Pulau Pinang dan sebilangan kecil daripada Perlis.
Kemuncak aturcara majlis ialah upacara mandi minyak yang disempurnakan oleh Cikgu Abd Majid Mat Isa dan YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib terhadap anak-anak Gayong yang hadir.

Merasmikan Mandi Minyak Perdana


memakaikan sandang kepada penerima anugerah

Ketua Guru Latih Gayong, Cikgu Majid memakaikan sandang

Jumaat, 12 Disember 2008

Sepak Raga Tuju

Bercakap dalam program sepak raga tuju di Dewan MCA Merbok

sebahagian peserta yang menyertai