Selasa, 28 September 2010

27 September 2010 - Menyampaikan sumbangan peralatan untuk membantu sebuah keluarga yang mempunyai 12 orang anak di Kampung Bujang bagi menambah penghasilan jualan kerisik yang diedarkan ke kedai-kedai di Kampung Bujang hingga ke Pekan Merbok.

  • Sumbangan payung untuk sebuah keluarga memulakan perniagaan mereka.
  • Sumbangan Dana Skim Kafalah Negeri Kedah.

Majlis Jamuan Aidil Fitri Di sana-sini .........
  • Jamuan Aidil Fitri Anjuran PA dan Pemandu EXCO di Tingkat 5 Wisma Darul Aman.
  • Jamuan Aidil Fitri Anjuran KFA untuk JawatanKuasa Pengelola Pertandingan Bolasepak Negeri Kedah di perkarangan Foyer Stadium Darul Aman.
  • Jamuan Aidil Fitri Anjuran TMJ Travel and Tours syarikat banyak membantu KFA.
  • Jamuan Aidil Fitri Anjuran Sekolah Agama Integrasi Faizin, sekolah dimana 3 orang anak bersekolah.
  • Jamuan Aidil Fitri Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

25 September 2010 - Meraikan Program Gotong-Royong Membersihkan Makam Sultan Muzaffar Shah di Kampung Pengkalan Langgar, Bujang. Program ini disertai oleh penduduk-penduduk kampung dan pelajar-pelajar sejarah MRSM Merbok.

  • Sempat juga meninjau perkembangan projek rumah keluarga mangsa kebakaran tahun 2008 yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

23 September 2010 - Menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada sebuah keluarga di Kampung Kepala Tanjung di Tanjung Dawai.

  • Menyampaikan sumbangan jersi dan bola kepada pemuda di Tanjung Dawai.
  • Menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Peniaga-Peniaga Arked Tanjung Dawai.
  • Menyampaikan Dana Skim Kafalah Kedah.

23 September 2010 - Hadir untuk penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Esei Sejarah Tempatan Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kota Setar Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Muzium Negeri Kedah. (Berita lanjut ada di Lawan Web Warta Kedah)


22 September 2010 - Jamuan meraikan para petugas yang membantu menjayakan program bubur kanji Ramadhan PKWR Tanjung Dawai.

Sabtu, 25 September 2010

Jamuan Idul Fitri Bersama PAS Kawasan Merbok

24 September 2010 - Majlis Jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Merbok - Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tanjung Dawai di perkarangan Taman Melor, Sg Layar. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir.

Selasa, 21 September 2010

22 September 2010 - Perkembangan terkini Piala Malaysia ...
  • 14 September 2010(Away) - Kedah (1) - Johor FC (1)
  • 17 September 2010(Home) - Kedah (2) - Perak (0)
  • 20 September 2010(Away) - Kedah (1) - ATM (1)


03 September 2010 - Tragedi kemalangan yang melibatkan anakanda Syazwan dan Syazmin berlaku pada hari Khamis, 02 September 2010 berhampiran Bukit Selambau. Keadaan Syazwan pada masa ini (21 September 2010), tahap kesedaran dan pernafasannya adalah baik cuma beliau memerlukan masa untuk pemulihan daya ingatanya agar kembali seperti sediakala. Semoga dengan izin Allah, Syazwan akan pulih sepenuhnya. Kini Syazwan berada di rumah Tok Wannya di Harvard Suasana Golf and Country Club, Gurun Kedah.


03 September 2010 - AL-FATIHAH ... Untuk Allahyarham anakanda tercinta Syazmin Bin Hamdan, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dan saya meredhai pemergiannya ... Allah pinjamkan arwah untuk bersama saya dan keluarga selama 16 tahun 2 bulan 3 hari. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat, 03 September 2010 jam 10.45 malam / malam 25 Ramadhan 1431H. Arwah Syazmin telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq Kampung Merbok pada hari Sabtu, 04 September 2010 jam 11.30 pagi.