Ahad, 28 September 2008

Sumbangan Eidul Fitri 1429

ibu tunggal tidak dilupakan

orang sakit sentiasa mendapat simpati

warga melayu minoriti di Ladang Thye Eng, Bedong

Sabtu, 27 September 2008

Makan More dengan Naib Presiden

Bang Mat dijamu nasi daging special di Cawangan Pekan Sg Lalang, tumpang sekaki la melayan beberapa ketul gear box

Melawat Mangsa Kebakaran di Gurun

melawat penempatan mangsa kebakaran di Gurun

menyampaikan sedikit sumbangan kepada wakil PKWR

berkongsi pengalaman dengan ADUN Gurun

Sumbangan Eidul Fitri 1429 PAS Merbok

menyampaikan sumbangan eidul fitri kepada penerima yang dibawa oleh PAS cawangan2 seluruh Kawasan Merbok

YB Arumugam pun turut serta..


Bersama Pemuda PAS Merbok Ke Hospital

Pengarah HSAH Dr Harif Fazilah turut mengiring ketika menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad
dua beranak terpaksa beraya di hospital lah nampaknya


Ahli Majlis MPSPK En Ilias turut sama melancarkan program sumbangan

menandatangani buku pelawat.

bergambar bersama kakitangan hospital dan wakil Dewan Muslimat PAS Merbok

ni la hero2 pemuda merbok

Jumaat, 26 September 2008

Majlis Berbuka Puasa bersama KFA

meraikan pengurusan dan kakitangan KFA dalam satu majlis berbuka puasa.



menyampaikan sedikit duit raya kepada pemain hijau kuning..


Meninjau Persiapan Program Sumbangan

Meninjau persiapan program sumbangan di Hospital Sulah tan Abdul Halim yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Merbok yang mencatan sejarah kerana menyediakan hampir 700 unit hamper untuk diserahkan kepada semua pesakit dan kakitangan wad di hospital berkenaan. Tahniah pemuda!

Rabu, 24 September 2008

Bersama Program Tuanku Sultan

YAB Dato' Seri Ustaz Azizan sedang memerhatikan DYMM Sultan Al Muktasim Billah Muhibbaddin Al Haj Abdul Halim Muazam Shah menandatangani plak perasmian Masjid Sultanah Haminah di Kg Dulang Kecil, Yan, Kedah. Majlis berbuka puasa turut diadakan di perkarangan masjid bersama rombongan Diraja.

Isnin, 22 September 2008

Melawat Mangsa Ribut di Tanjung Dawai

inilah yang dikatakan beratapkan langit..

sebahagian bumbung rosak dipukul ribut

" wah cerah sungguh rumah mak cik ni.." meninjau salah seorang mangsa ribut.

menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa ribut di Tanjung Dawai..

Ahad, 21 September 2008

Melayan Kunjungan Wakil HAMAS

Sheikh Mahmud Siyam wakil HAMAS yang datang ke Kedah sempat berceramah di Baling. Kerajaan negeri turut memberi sedikit sumbangan.

sempat beramah mesra dengan Sheikh Mahmud, turut bersama YB Amirudin yang berceramah bersama, YB Johari dan YB Md Zuki

Sabtu, 20 September 2008

Foto dari Bahrain

Mengambil kesempatan melawat tapak bersejarah di Bahrain
antara yang turut serta.

Pasukan Hijau Kuning bersiap sedia mencabar kelab Muharraq FC dari Bahrain

terpegun dengan pengurusan stadium National Bahrain, hanya pasang lampu limpah ketika hampir perlawanan dimulakan untuk jimatkan kos

Jumaat, 19 September 2008

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Kebajikan

Merbok, 19 Sept - Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Kebajikan telah diadakan di perkarangan Madrasah Zubaidiyah di sini telah dihadiri oleh lebih 500 tetamu jemputan. Turut sama meraikan majlis tersebut adalah YB Ahli Parlimen Merbok, YB ADUN Bukit Selambau, rakan-rakan dari PKR dan Pegawai Daerah Kuala Muda serta ketua-ketua jabatan.

Maxcare Success Sdn Berhad sebuah syarikat pengeluar minyak pelincir bumiputera telah bermurah hati menaja majlis berbuka puasa tersebut.

Terdahulu malis penyampaian bantuan kebajikan kepada 11 mangsa kebakaran di Merbok dan Tanjung Dawai beberapa bulan lalu, 64 orang fakir miskin dan anak yatim dari seluruh kawasan DUN Tanjung Dawai serta dua bua sekolah agama rakyat dalam kawasan Merbok iaitu Sekolah Agama Daris dan Sekolah Zubaidiyah telah diadakan.

Bantuan berupa wangtunai dan barangan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak sedikit memberi kelegaan kepada para fakir miskin yang akan menanti ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi.

Majlis yang diakhiri dengan jamuan malam turut dihadiri sebilangan rakan-rakan dari kaum tionghua dan india yang dijemput untuk sama-sama merasai kemeriahan acara yang diadakan.



sepuluh buah khemah padat dengan hadirin

ucapan ringkas YB bagi menghargai penyumbang

penerima bantuan
jemputan VIP di pentas utama


jamuan berbuka agak kurang lancar kerana kekurang petugas syarikat katering

majlis diserikan dengan alunan nasyid oleh pelajar Sekolah Agama Daris

kawan-kawan yang tumpang seronok

Mangsa Kebakaran Dibela

Merbok, 19 Sept - Kesemua 11 orang mangsa kebakaran di Tanjung Dawai dan Merbok beberapa bulan lalu sekali lagi mendapat habuan apabila telah menerima bantuan berupa wang tunai berjumlah RM1000 seorang daripada Pejabat Daerah Kuala Muda. Bantuan tersebut tela disampaikan oleh ADUN Tanjung Dawai dalam satu majlis yang di adakan di sini petang semalam
Walau pun kerugian yang dialami akibat musibah tersebut tidak dapat diganti sepenuhnya, namun bantuan susulan tersebut diharam dapat meringankan beban para mangsa sempena ketibaan syawal tidak berapa lama lagi. Terdahulu mangsa-mangsa kebakaran tersebut telah menerima beberapa bantuan termasuh dari ADUN Tanjung Dawai dan juga Exco Kebajikan Negeri Kedah.

Khamis, 18 September 2008

Persiapan Program Kebajikan

Mesyuarat terakhir persiapan program pertama melibatkan PKWR DUN Tanjung Dawai dan Agensi Kerajaan iaitu Pejabat Daerah Kuala Muda diadakan bai memastikan kelancaran program pada 9 September itu. Beberapa perkara yang agak penting walaubagaimanapun telah terlepas pandang oleh para petugas, namun kita berharap program itu akan berjaya dianjurkan.
Semua persiapan seperti barangan untuk sumbangan dan makanan untuk majlis berbuka sudah siap diatur. Persiapan khemah dan kerusi meja yang akan disediakan oleh pihak JKR pun sudah diatur. Senarai tetamu jemputan dan para penerima bantuan juga selesai disemak. Alhamdulillah, kita tunggulah nanti hasilnya.


Rabu, 17 September 2008

Pulang Dari Bahrain dengan 5 Gol!

MANAMA – Bahrain international midfielder Mahmood Abdulrahman scored twice as Muharraq virtually sealed their place in the last four with a 5-0 mauling of Malaysian treble winners Kedah on Tuesday. The game was scoreless for over an hour but the Bahraini champions turned on the style in the final 25 minutes to leave the visitors’ hopes in tatters.

Khaled Salmeen opened the scoring in the 65th minute and Abdulrahman added a second eight minutes later before the home side sealed an emphatic win with goals by Rico (Leandson Dias da Silva), Fahad Al Hardan and Abdulrahman again in a frantic last five minutes. Muharraq were the better side throughout the game but it was not until the 29th minute that they created their first chance as a cross by Moroccan defender Jamal Abrarou was turned wide by Mohamed Jaafar Al Zain. The home side should have opened the scoring in the 35th minute when Abdulrahman’s neat pass set up Rico only for the Brazilian striker to shoot wide. The best chance of the half arrived two minutes before the break when Rico fired in a powerful shot, which came back off the woodwork. The post again denied the home side two minutes into the second half, keeping out an effort by Abdulrahman but the pressure of the home side finally paid off five minutes after the hour when second half substitute Salmeen took advantage of a defensive lapse to beat Kedah goalkeeper Mohammed Helmi with a low shot. It was 2-0 eight minutes later when Abdulrahman met a cross from Silva with a powerful shot from inside the area. Rico netted a third for Muharraq five minutes from time and midfielder Al Hardan got into the act two minutes later, turning in a cross from Abdullah Omar with a powerful low shot to make it 4-0. There was still time for Abdulrahman to net his second goal of the night as he beat Helmi with a low shot into the bottom left corner of the net in the second minute of stoppage time

Ahad, 14 September 2008

Berlepas ke Bahrain



Bersama skuad hijau kuning berlepas ke Bahrain pagi tadi untuk perlawanan suku akhir pertaman Piala AFC menentang kelab Muharraq dari Bahrain. Nantikan keputusannya..

Perlawanan kedua di Stadium Darulaman pada 23 Sept akan datang

Sabtu, 13 September 2008

Meraikan Pasukan Keselamatan Kampung Sungai Layar

Sungai Layar, 13 September - Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat. Semangat kejiranan jitu yang ditunjukan penduduk Kampung Sungai Layar, Kg Hj Ibrahim dan beberapa taman perumahan berdekatan telah berjaya mengumpulkan lebih 60 orang sukarelawan bagi membentuk pasukan keselamatan kampung. Bertempat di Masjid Al Amin, Sungai Layar malam tadi berlanngsung satu majlis meraikan para petugas mengawal keselamatan kampung tersebut.
Masalah jenayah kecurian dan pecah rumah yang banyak berlaku menguatkan semangat penduduk untuk membentuk pasukan keselamatan sementara persediaan untuk mendaftar sebagai satu kawasan rukun tetangga dengan Jabatan Perpaduan dapat diselesaikan.
Inisiatif penduduk ini amat dipuji dan kita berharap masalah jenayah setempat dapat dikurangkan dan kita juga amat berharap ini sebagai satu langkah awal perlaksanaan amal maaruf nahil mungkar.
Jenayah sosial dan maksiat juga tidak terkecuali semakin membebani masyarakat dan dengan adanya sukarelawan yang bertugas membuat rondaan malam sebegini, sedikit sebanyak akan membantu mencegah perbuatan tidak bermoral terutama dikalangan remaja dan sebagainya.
memberi kata-kata peransang kepada penduduk kampung Sungai Layar yang masih kuat semangat kejiranannya


adalah sikit sumbangan tanda ingat, orang kata


taklimat dari seorang veteran yang merupakan teraju kuat pakatan membentuk pasukan keselamatan kampung tersebut, Pak Njang orang panggl dia.


Jumaat, 12 September 2008

Rutin Bulanan

Merbok, 12 Sept - Kepadatan jadual sebagai wakil rakyat dan tugasan negeri serta peluang merebut habuan ramadhan tidak menghalang rutin bulanan iaitu bertemu dan bermesyuarat dengan kakitangan dan jawatankuasa Pusat Khidmat ADUN Tanjong Dawai. Mesyuarat ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat semalam membincangkan bebarapa program kebajikan sempena ramadhan dan Idul fitri yang akan menjelang tiba.
Antara program terdekat yang dibincangkan adalah Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Kebajikan kepada fakir miskin dan mangsa kebakaran di Merbok dan Tanjong Dawai sedikit masa dahulu. Alhamdulillah dengan adanya sedikit penajaan dari badan korporat dan Pejabat Daerah, insyaAllah program ini akan dilaksanakan beberapa hari lagi.
Bagi petugas parti, mungkin sesetengahnya inilah kali pertama berpeluang bergabung tenaga dengan agensi kerajaan untuk mengadakan program kebajikan dan pastinya akan memberi pengalaman baru bagaimana hendak berurusan dengan pihak-pihak berwajib khasnya bagi memastikan kesejahteraan dapat dibawa kepada semua peringkat rakyat.
Walaupun perantara antara rakyat dan kerajaan seperti Majlis Ketua Kampung masih belum dapat dilaksanakan, kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli jamaah diperingkat cawangan sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua.

Khamis, 11 September 2008

Rabu, 10 September 2008

Penyelewengan GLC: Kerajaan Kedah buat laporan polis, BPR

ALOR STAR, 10 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah akan membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku dalam pengurusan sesetengah Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) di zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman sebentar tadi.
Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
Maklumnya, beliau akan meminta pihak pengurusan syarikat-syarikat berkenaan untuk membuat laporan tersebut seberapa segera yang mungkin.
Ditanya bentuk jenayah yang dilakukan, Menteri Besar sekadar memaklumkan bahawa GLC berkenaan tidak mengikut peraturan perbelanjaan dan pengurusan kewangan.
"Mungkin wang itu disalurkan ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya disalurkan sebagai contoh, atau dibayar kepada tempat yang tidak sepatut dibayar," ujarnya membayangkan maksud.
Beliau juga enggan memberikan jumlah tepat penyelewengan yang berlaku sebaliknya sekadar menyebut berjumlah puluhan juta ringgit.
Menjawab pertanyaan wartawan, beliau juga menjelaskan kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai atasan syarikat terbabit telah berhenti setelah berlaku pertukaran kerajaan. "Melalui audit dan penstrukturan semula GLC serta kajian terhadap akaun dan pengurusan kita temui perkara-perkara yang tidak telus dan perlu diberi kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut," jelasnya memberi jawapan lanjut terhadap pertanyaan media.

Selasa, 9 September 2008

Perjumpaan Dengan Jabatan Amal Kedah

Merbok, 9 Sept 2008 - Jabatan Amal Negeri Kedah telah mengadakan lawatan mahabbah ke kawasan Merbok dan bertemu dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok yang diadakan di Merbok Chalet di sini. Lanjutan dari perjumpaan itu, satu mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah diadakkan di sini selepas solat tarawikh sempena Jambori Amal Negeri Kedah yang akan diadakan di Merbok pertengahan Desember nanti.
Sebelum itu Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Kedah telah diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama AJK Pemuda Merbok. Majlis tersebut turut disertai oleh YB Dr. Hamdan yang juga Penasihat Jabatan Amal Kedah. Kesempatan itu semua yang hadir telah berpeluang beramah mesra dengan EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan diberi sedikit taklimat mengenai perkembangan semasa kerajaan negeri. Jabatan Amal juga menerima sedikit sumbangan dari YB Dr Hamdan bagi menyokong kerja-kerja amal yang akan dilaksanakan.


Lama tak jumpa Usta Z ni..
Betoi2 rasa berada dalam jamaah PAS bila berpeluang berdamping dengan anggota Unit Amal

Ceritala sikit2 pasai kerajaan kita.


Sumbangan untuk amal..

alamak jalan licin, nasib baik ada Unit Amal tolong tolak, ni memang kerja depa.

di akhir program Ustaz Zahir, Ketua Pemuda Merbok bermurah hati jamu MORE di Radix Fried Chicken, sempoi..