
"..hello YB, saya rasa ini air sungai semakin merbahaya la.." kata wakil penduduk Sungai Batu. Ketika hujan lebat beberapa hari lalu, air sungai Tupah melimpah ke kawasan perumahan berhampiran. Keadaan dibelakang rumah di Sg Batu ini agak merbahaya kerana arus deras menghakis tanah dan tidak sampai 3 meter dari dinding belakang rumah penduduk tersebut.


Bagi penduduk Permatang Tok Sora, keadaan ini biasa saban tahun ketika musim hujan, namun bahayanya tetap ada terutama bagi kanak-kanak dan warga tua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan