Merbok, 19 Sept - Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Kebajikan telah diadakan di perkarangan Madrasah Zubaidiyah di sini telah dihadiri oleh lebih 500 tetamu jemputan. Turut sama meraikan majlis tersebut adalah YB Ahli Parlimen Merbok, YB ADUN Bukit Selambau, rakan-rakan dari PKR dan Pegawai Daerah Kuala Muda serta ketua-ketua jabatan.
Maxcare Success Sdn Berhad sebuah syarikat pengeluar minyak pelincir bumiputera telah bermurah hati menaja majlis berbuka puasa tersebut.
Terdahulu malis penyampaian bantuan kebajikan kepada 11 mangsa kebakaran di Merbok dan Tanjung Dawai beberapa bulan lalu, 64 orang fakir miskin dan anak yatim dari seluruh kawasan DUN Tanjung Dawai serta dua bua sekolah agama rakyat dalam kawasan Merbok iaitu Sekolah Agama Daris dan Sekolah Zubaidiyah telah diadakan.
Bantuan berupa wangtunai dan barangan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak sedikit memberi kelegaan kepada para fakir miskin yang akan menanti ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi.
Majlis yang diakhiri dengan jamuan malam turut dihadiri sebilangan rakan-rakan dari kaum tionghua dan india yang dijemput untuk sama-sama merasai kemeriahan acara yang diadakan.
sepuluh buah khemah padat dengan hadirin
ucapan ringkas YB bagi menghargai penyumbang
penerima bantuan
jemputan VIP di pentas utama
jamuan berbuka agak kurang lancar kerana kekurang petugas syarikat katering
majlis diserikan dengan alunan nasyid oleh pelajar Sekolah Agama Daris
kawan-kawan yang tumpang seronok
1 ulasan:
teruskan usaha murni ini...tahniah..
Catat Ulasan