Isnin, 26 Disember 2011

Klinik Wakaf Sejahtera


Ibarat belut pulang ke lumpur. Setinggi mana pun kedudukan seseorang, hakikatnya, kedudukan kita adalah sama. Walaupun saya menjadi seorang wakil rakyat, namun bidang yang sebati dengan saya adalah perubatan. Saya akui, ramai penduduk desa khususnya dalam DUN Tanjong Dawai memerlukan rawatan dan ubat-ubatan yang mampu memelihara kesihatan mereka. Saya merasakan inilah masanya untuk saya berbakti kepada masyarakat. 

Saya menerusi Yayasan Kebajikan Syazmin mengadakan Klinik Wakaf Sejahtera iaitu klinik bergerak setiap hari Khamis menjengah ke seluruh pelusuk DUN Tanjung Dawai bermula di Tanjung Dawai, Sg Gelam, Semeling dan Sungai Layar.
Konsepnya mudah, saya bertemu masyarakat dengan memberikan rawatan, khidmat nasihat dan bekalan ubat-ubatan secara PERCUMA. Saya yakin, Allah Maha Kaya dan akan memudahkan segala urusan kita jika kita berbakti kepada masyarakat.



Sumbangan Ramadhan dan Deepavali 2011


Hubungan antara pemimpin dengan rakyat adalah ibarat seperti pemimpin berada di puncak bukit manakala rakyat berada di bawah bukit. Pemimpin melihat rakyat hanya insan kecil di bawah dan begitu juga rakyat melihat pemimpin di atas bukit hanya manusia yang sama tarafnya.

Justeru, saya merasakan tidak ada perbezaan antara saya dengan rakyat. Bagi meraikan rakyat yang kurang bernasib baik, saya melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjong Dawai melaksanakan penyampaian sumbangan bagi masyarakat Muslim yang menyambut Ramadhan dan masyarakat Hindu yang menyambut Deepavali. Insya Allah, Tahun Baru Cina nanti saya akan turut membantu sedaya upaya saya. Semoga pemberian ini memberi seribu makna kepada semua. Banyak Tandanya Ada, Sedikit Tandanya Ingat.



Ahad, 4 September 2011

Jamuan Idul Fitri


SELURUH LAPISAN RAKYAT DIJEMPUT HADIR
KE JAMUAN IDUL FITRI 
ADUN TANJONG DAWAI
dan PAS KAWASAN MERBOK

DI PEKAN TANJONG DAWAI
PADA 8 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)
JAM 3.00 HINGGA 6.00 PETANG

Sabtu, 2 Julai 2011

Pelancaran Gerakerja MTD Bukit Selambau


Dato' YDP PAS Kawasan melancarkan Gerakerja MTD Bukit Selambau


Setiausaha JPN Kedah menyampaikan taklimat kepada wakil wakil UPU


antara wakil-wakil UPU yang hadir

Selasa, 28 Jun 2011

Iringi Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum

images/stories/Jun2011/sungaibatumerbok 046.jpg
Merbok - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani.


Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar,  Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).

“Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya.

Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.

Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.

“Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa,” ujarnya.

Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib. 

Rabu, 22 Jun 2011

Seminar Kepimpinan PAS Merbok

Majlis Perasmian Penutupan Kem Belia Sejahtera 2011

PADANG TERAP, 21 Jun - Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk program Kem Belia Sejahtera di Sungai Petani bagi melatih belia-belia berusia antara 18 hingga 26 tahun dalam pelbagai sudut kehidupan bagi menghadapi cabaran gejala sosial.
http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/kem1.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan YB Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata demikian ketika mewakili YAB Menteri Besar Kedah pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Belia Sejahtera 2011.

“Kami dari bidang perubatan sangat tersentuh dengan gejala sosial kerana bidang  perubatan yang kami ceburi dipertanggungjawabkan untuk melakukan pengesahan  kecederaan dan kematian secara terperinci.

“Dengan melihat keadaan, kami sudah kenal pesakit yang dibawa itu sama ada jenazah, dadah, gila atau mangsa rogol. Kalau orang lain boleh cakap berdasar fakta tetapi doktor menghayati, merasai pilu dan  kepedihan untuk memberi laporan dan seterusnya apabila dipanggil menjadi saksi di mahkamah,” katanya.

http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/kem.jpgBerikutan itu dengan wujudnya kem ini beliau mengharapkan kerjasama serta sokongan daripada para peserta dan ibu bapa untuk hadapi gejala sosial yang melanda rakyat Kedah terutama yang beragama Islam.

“Kita ada cadangan perluaskan peserta kepada bukan Islam kerana modul yang diperkenalkan dalam program ini meliputi semua aspek kehidupan pembinaan generasi yang berkualiti dan tahan diuji,” katanya pada majlis itu di lokasi sementara di Dusun Minda Resort.

Katanya, walaupun Kerajaan Negeri menghadapi kekangan kewangan tetapi bagi pihak YAB Menteri Besar beliau sedaya upaya melaksanakan yang terbaik untuk rakyat semua lapisan usia termasuklah para belia ini.

Untuk mencegah kemungkaran sebagai orang Islam kita berbalik kepada ajaran agama kita dan kurikulum yang diajar di dalam kem ini adalah pembinaan ilmu yang berasaskan kepada ajaran Islam.

Menurutnya lagi, modul yang diperkenalkan ialah kemahiran hidup supaya para beliau ada daya kreatif pergerakan minda secara ekfektif.

Seramai 118 remaja termasuklah 38 belia mengikuti latihan Kem Belia Sejahtera yang julung kali diadakan selama sebelas hari. Turut hadir pada majlis itu Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ismail Salleh, Komandan Kem Jabatan Latihan Khidmat Negara Kem Dusun Minda Resort, para ibu bapa dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan semua daerah dalam Kedah

Sabtu, 18 Jun 2011

Program Simulasi PRaya di UPU-UPU

17 Jun 2011
  • Bermula dari jam 9 pagi hinggalah ke jam 5 petang, Program Simulasi ini berjalan di semua UPU-UPU.
  • Alhamdulillah, maklumbalas daripada para penduduk (pengundi) adalah memberangsangkan.
  • Semoga ALLAH memberkati perjuangan "Jihad PilihanRaya" ini dan "Melaknati" sebarang kejahatan dan penipuan dari musuh-musuh Islam. 
  • Terima Kasih kepada semua perayu-perayu undi yang terlibat.




Klinik Wakaf Sejahtera di Tmn Sri Tanjung, Sg. Layar

16 Jun 2011
  • Hari Khamis Minggu ke-3, Klinik Wakaf Sejahtera Yayasan Kebajikan Syazmin beroperasi di Taman Sri Tanjung, Sg. Layar.





Isu Tanah di Semeling

17 Jun 2011
  • Berbincang dengan para penduduk yang terlibat dengan isu tanah di Kg. Telaga Cina, Semeling.

Perlawanan Liga Super 2011 - Kedah vs Negeri Sembilan

14 Jun 2011 
  • Menyaksikan perlawanan Liga Super 2011 diantara Kedah vs Negeri Sembilan di laman sendiri. Kedah dan Negeri Sembilan berkongsi mata.( seri 1 - 1)


Ziarah KAFALAH di sekitar DUN Tanjong Dawai

14 Jun 2011
  • Menyerahkan sumbangan KAFALAH kepada waris-waris yang telah kehilangan orang yang tersayang. 
  • Bermula dari Tanjung Dawai sehingga-lah ke Bedong.


















Perlawanan Liga Super 2011 - Kedah vs FELDA United

06 Jun 2011 
  • Menyaksikan perlawanan Liga Super 2011 diantara Kedah vs FELDA United di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kedah menang 2 - 1.