Isnin, 26 Disember 2011

Klinik Wakaf Sejahtera


Ibarat belut pulang ke lumpur. Setinggi mana pun kedudukan seseorang, hakikatnya, kedudukan kita adalah sama. Walaupun saya menjadi seorang wakil rakyat, namun bidang yang sebati dengan saya adalah perubatan. Saya akui, ramai penduduk desa khususnya dalam DUN Tanjong Dawai memerlukan rawatan dan ubat-ubatan yang mampu memelihara kesihatan mereka. Saya merasakan inilah masanya untuk saya berbakti kepada masyarakat. 

Saya menerusi Yayasan Kebajikan Syazmin mengadakan Klinik Wakaf Sejahtera iaitu klinik bergerak setiap hari Khamis menjengah ke seluruh pelusuk DUN Tanjung Dawai bermula di Tanjung Dawai, Sg Gelam, Semeling dan Sungai Layar.
Konsepnya mudah, saya bertemu masyarakat dengan memberikan rawatan, khidmat nasihat dan bekalan ubat-ubatan secara PERCUMA. Saya yakin, Allah Maha Kaya dan akan memudahkan segala urusan kita jika kita berbakti kepada masyarakat.



Tiada ulasan: