Sabtu, 31 Januari 2009

Jengok-jengok Orang Tanjong Dawai

Jumaat, 30 Januari - Melawat kawasan

Bersama dengan penduduk-penduduk di Kg Batu Hampar, program membantu membina rumah seorang sahabat OKU dan juga membina Markas PAS Bt Hampar yang baru secara bergotong-royong..syabas untuk usaha mereka ini.

Sebahagian daripada golongan muslimat, penduduk di Kg Sg Baru, yang hadir dalam program meraikan kemenangan Pas/Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu. Juga mereka diberikan sedikit taklimat mengenai Palestine, perkembangan di sana

Program menyerahkan sumbangan set jersi untuk team bolasepak di Semeling..Kg Matahari Naik. Semoga pemuda di kampung tersebut akan terus menyokong team Hijau Kuning kita

Alamak YB, macam Jersi Selangor aje ni...takpalah kami tetap sokong Kedah.

Jumaat, 30 Januari 2009

Sambutan Tahun Baru Cina

Album:


bersama YB Dato' Mahfuz dan David Lim di Majlis Jamuan Tahun Baru Cina YB Nasir Mustafa




Temubual dengan Wartawan Siasah

Dr Hamdan minat kerja amal hingga ke Gaza

KHIDMAT masyarakat memang tumbuh membekas kukuh di dalam jiwanya. Berasaskan bidang profesionalnya, Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib tidak boleh memisahkan dirinya dari kerja-kerja amal itu meskipun kini sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Jika dulu sebagai pengamal perubatan, Dr Hamdan memberikan khidmatnya pada masyarakat hanya di dalam bilik kliniknya sahaja namun selepas itu, bila bergiat di dalam Unit Perubatan Yayasan Amal Malaysia, medan khidmatnya menjadi lebih luas.
Beliau baharu sahaja pulang dari menyertai Pasukan Relif Yayasan Amal Malaysia ke Gaza, Palestin bermula dari 15 hingga 24 Januari 2009. Menurut catatan di dalam blog peribadinya, sehingga kini sebanyak 15 misi perubatan yang besar telah disertainya.

Antaranya bantuan untuk mangsa:-
1. Peperangan Afghanistan - Misi di sempadan Iran dan Afghanistan. Tiada masalah birokrasi Kerajaan. Masuk ke Herat. Satu-satunya NGO dari Gerakan Islam yang berjaya masuk ke dalam Afghanistan.
2. Gempa bumi BAM Iran - misi melalui Iran. Tiada halangan kerajaan. Bantuan Perubatan di lapangan, kewangan dan barangan asas dan kewangan kepada anak yatim dan sekolah-sekolah.
3. Tsunami di Aceh - misi sampai pada hari keempat atas arahan PAS Pusat.
4. Bantuan pada mangsa peristiwa Tsunami di dalam negeri seperti di Kedah dan Pulau Pinang, juga ke Sri Lanka dan Phuket. 5. Gempa bumi di Kashmir (Balakot, Muzaffarabad dan Bagh).
6. Gempabumi di Jogjakarta dan letusan Gunung Merapi - bantuan perubatan di lapangan dan bantuan kewangan - kerajaan tiada masalah, hubungan dengan gerakan Islam PKS.
7. Gempabumi di Padang dan Bengkulu - bantuan perubatan di lapangan, kewangan dan barangan, kerajaan tiada masalah, hubungan bersama PKS.
8. Peperangan Hezbollah-Israel di Lebanon - misi bantuan kewangan dan perubatan lapangan. Kerajaan tiada masalah, bertemu Hamas di Syria
9. Taufan/Siklon SIDR di delta Bangladesh - misi bantuan perubatan di lapangan dan kewangan serta barangan asas. Kerajaan tiada masalah, hubungan dengan Jamiat Islami Bangladesh.
10. Misi ke Myanmar dan China dengan membawa wang daripada Kerajaan Selangor. Masalah dengan kerajaan. Bantuan kewangan dan barangan hanya dengan pihak kerajaan Junta Myanmar dan China. Tugasan perubatan pun masalah untuk dilaksanakan.
11. Mindanao - Bantuan perubatan lapangan, kewangan dan korban Hari Aid Adha. Tiada masalah dengan kerajaan, hubungan dengan Bangsa Moro Development Agency, Bangsa Moro Medical Society dan 12 NGO Islam yang lain. Kini sedang menyediakan laporan Kesan Peperangan dan cadangan Pembangunan Semula Masyarakat Mindanao kepada IDB.
12. Islam Selatan Thailand - ibadah Korban bersama Youth Muslim of Thailand.
13. Kemboja - Ibadah korban dan aktiviti Khatan beramai-ramai, hubungan dengan Jabatan Mufti, Persatuan Imam, Persatuan Perubatan Islam Kemboja.
14. Sabah dan Serawak - Ibadah Korban dan Perubatan Lapangan bersama JAKIM dan MAIS
15. Misi ke Palestine.

Beliau berkata, terlalu banyak halangan yang dihadapi untuk ke Palestin antaranya halangan birokrasi Kerajaan Mesir seperti arahan berhelah. Setiap hari arahan di pintu sempadan berubah-ubah untuk sukarkan bantuan masuk.

"Urusan Kedutaan Malaysia pula mesti melalui Wisma Putra dan kerjasama kedutaan di Mesir, dalam pada itu urusan dengan Ikhwan dan Hamas diteruskan juga.

"Namun kami tetap nyatakan keutamaan kita untuk beri bantuan kewangan kepada Hamas, Hizbollah dan Ikhwan Muslimin untuk membawa amanah umat Islam di Malaysia," tegasnya.

Meskipun begitu, beliau yang juga Adun Tanjung Dawai, Kedah mengucapkan terima kasih pada semua pihak terlibat termasuk jemaah pelajar Mesir yang terlibat dalam perancangan ke sana.

Beliau yang dari awal penglibatan dalam khidmat masyarakat ini memang kukuh dan tegap bersama dengan Yayasan Amal Malaysia yang baginya adalah NGO Gerakan Islam dan NGO Naungan PAS, menggerakkan misi bantuan kemanusiaan dalam dan luar negeri, laksanakan misi atas amanah masyarakat, kewangan adalah limitasi utama dan sifat Sukarelawan- Fisabilillah.

Dr Hamdan terus menyatakan hasratnya untuk terus beramal demi Islam bersama Yayasan Amal Malaysia. Ketika hendak meninggalkan bumi Palestin, katanya, hati terasa sangat sayu untuk tinggalkan bumi Palestin walaupun mereka hanya dapat membantu di sempadan.

"Aku berjanji kepada Allah untuk kembali ke bumi Palestin ini sekali lagi. Ku pohon restu-Mu Ya Allah. Selamatkanlah saudara-saudaraku di bumi Gaza. Hancurkanlah musuh agamaMu- Yahudi LaknatulLah.

"Untuk kita di Malaysia, teruskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam, jangan main-main dalam perjuangan ini terutamanya kepada pimpinan seperti saya sendiri. Berani kerana Islam. Jangan banyak berdalih lagi..Takbir! - IBH

Ikuti Temubual bersama Wartawan Siasah, Ismail Hashim

Masyarakat menyaksikan bagaimana YB telah berperanan sebagai seorang wakil rakyat dengan baik sekali. Tahniah dan agar terus kuat bersama dengan rakyat.

Siasah: Berkhidmat pada masyarakat memang telah berakar umbi dalam jiwa YB Apa perasaan bila mendapat peluang beramal dalam masyarakat ini, jika dulu masih kecil ruangnya, kini medannya sudah semakin membesar?

Dr Hamdan: Salam, terima kasih atas keperihatinan pihak tuan terhadap Amal Malaysia dan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.
Saya merasakan kerja-kerja amal amat berkait rapat dengan profesion saya sebagai seorang doktor perubatan. Kerja-kerja amal ini melangkaui batasan sempadan negeri atau negara, agama dan bangsa. Namun untuk kita bersama dengan kerja-kerja amal ini, kita mesti mampu untuk korbankan tenaga, masa, wang ringgit malah kadang-kala mesti sanggup menghadapi apa saja risiko yang terkait dengannya.

Contoh, semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Lebanon, kami dibom oleh Israel ketika bertemu dengan pimpinan Hezbollah. Tapi apa yang pasti, saya merasakan, semua misi yang saya lalui memberikan semangat kepada saya untuk terus bersama lagi dalam mana-mana misi kerana di sana saya akan merasai kebesaran Allah dalam menduga kesabaran umat-Nya.

Siasah: Jika sudah minat, semua kerja menjadi. Kini YB telah diberikan amanah yang banyak dan bertindan. Bagaimana YB dapat bahagikan masa untuk menjayakan semua yang dipertanggungjawabkan.

Dr Hamdan: Emm... soalan yang popular untuk mana-mana orang yang diberi amanah menjadi pemimpin. Sebenarnya, semua kita ini diutuskan oleh Allah ke dunia ini sebagai khalifah. Sekecil-kecil Khalifah adalah sebagai ketua keluarga.

Masa sehari ada 24 jam; itu bukan tanda pengukurnya. Sebenarnya amanah itu perlu kita kongsikan bersama untuk kita menguruskan kerja-kerja kita supaya ruang masa tidak menjadi persoalannya.

Contoh dalam pengurusan rumahtangga, isteri saya banyak berkorban, juga dengan anak-anak..tanpa kerjasama mereka, saya tidak mampu uruskan urusan keluarga..sokongan mereka akan menjadi saya lebih bertenaga.

Dalam urusan pentadbiran kerajaan, saya mesti mendapatkan kerjasama daripada pegawai-pegawai dan rakan-rakan untuk bekerjasama bagi melaksanakan program. Tapi apa-apapun perancangan utama untuk apa saja tanggungjawab mesti kita rangkakan dengan baik mengikut rangka-masa yang kita tetapkan.

Akhirnya dalam menguruskan masa ini, saya meletakkan di atas segala urusan ini adalah doa kepada Allah agar Allah membantu dalam mempermudahkan urusan kita ini.

Siasah: Kita sedia maklum, persepsi orang lain ada yang berbeza. Bagaimana YB dapat menghadapi semua pandangan jengkel atau negatif terhadap usaha-usaha amal sebegini?

Dr Hamdan: Sudah tentu dalam usaha kerja amal kita, mesti ada org yang akan memberi berbagai komentar sama ada berbentuk membina ataupun sebaliknya. Untuk mereka yang masih tidak memahami gerakerja amal ini, menjadi tugas kita menerangkan kepentingannya.

Kalau boleh bawa mereka bersama untuk merasai nikmat melakukan kerja-kerja amal ini. Mudah-mudahan mereka akan menjadi lebih hebat beramal untuk kepentingan masyarakat. Kesimpulannya, jangan jadikan alasan untuk kita tidak melaksanakan misi amal kita disebabkan komentar sinis mereka yang tidak memahami kepentingan melakukan amal kebaikan ini.

Soalan: Ya kita terus berubah ke aras terbaik setiap hari. Apa komen Dr terhadap penerimaan masyarakat dan rakyat terutamanya dengan penampilan stail baru pimpinan Kerajaan PR sekarang?

Dr Hamdan: Umum mengetahui Pilihan Raya 2008, rakyat Kedah telah melakukan perubahan sehingga tumbang kerajaan BN. Kini diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR)

Sudah tentu kehendak rakyat yang melakukan perubahan sangat tinggi. Saya melihat kita ada banyak perkara yang perlu diselami bersama dalam 'kegilaan' perubahan ini:-

1) Interaksi kerajaan PR dengan institusi Istana, ada perkara-perkara yang tersirat dan tersurat di dalamnya,

2) Interaksi kerajaan PR dalam mendekati institusi Pegawai Kerajaan Negeri (KCS) sebab mereka sudah lama terbiasa dengan cara BN, bagaimana pengubahsuaian dapat berlaku. Unsur-unsur sabotaj perlu difikirkan. Namun sangka baik kepada mereka perlu ada, namun apa-pun kita mesti berhati-hati, teruskan doa kita kepada Allah, agar Allah lindungi kita daripada bahaya musuh-musuh kita.

3) Menjaga keamanan di tengah masyarakat berbilang bangsa, mengadaptasikan perubahan melalui pendidikan, kita perlu segera didik masyarakat tentang konsep Islam yang mampu memberikan keadilan untuk semua.

Jadi, masyarakat di Kedah perlu kita berikan keyakinan bahawa kita menghadapi kesemua ini dengan keadaan berhemah. Namun kita sebagai kerajaan juga kena bekerja kuat, kerana semua perkara di atas kalau terlalu lama kita mengambil masa untuk selesaikan, banyak yang akan menikam belakang kita semula.

Saya menyeru kepada diri saya, dekatkan diri kita kepada Allah, bermunajat kepada-Nya agar segala tindak-tanduk kita dipelihara oleh-Nya. Hatta dalam keadaan kita menghadapi apa jua tekanan nanti.

Syaratnya sama seperti saudara kita di Gaza laungkan, 'Selagi mana kami tidak lakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, selagi itu Allah akan membantu kami menentang kekejaman rejim Yahudi Laknatullah'...samalah dengan kita disini, kena yakin dengan bantuan Allah, cumanya kita jangan banyak berhelah dalam perjuangan ini.

Siasah: Rasa tidak puas hati mesti ada dalam jiwa sesiapa. Apa plan yang YB ingin lakukan untuk menaikkan lagi graf khidmat masyarakat terutama untuk rakyat khasnya?

Dr Hamdan: Pada saya, kita di Kedah,mesti bersama-sama berusaha untuk mengajak masyarakat untuk bersama-sama menjaga negeri Kedah.Kita jangan angkuh, berubah menjadi individu yang tidak seperti kita dahulu..bongkak, tidak dapat mendengar nasihat dan teguran, pendek-kata letakkan diri kita sama seperti org lain, berani kerana Islam, jangan banyak berdalih dalam bekerja.
Program mendekati masyarakat mesti diutamakan, ekonomi negeri kita makmurkan untuk semua, hak semua kaum kita berikan..di masa yang sama kita juga kena ingat, jangan sampai menjadi 'Walaupun kita pemimpin yang baik, tapi kalau tak buat apa-apa, ini akan menjadikan kejayaan untuk kejahatan yang menunggu kita..'

Khamis, 29 Januari 2009

MBAS HAPUSKAN PUSAT MAKSIAT

ALOR SETAR – Apabila disebut Lorong Petani, pasti dibayangkan sarang pelacuran yang telah beroperasi sejak 50 tahun lalu. Baru-baru ini, sarang tersebut telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam satu operasi dengan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Agama Islam Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar, Jabatan Bekalan Air Kedah, Tenaga Nasional Berhad serta Keretapi Tanah Melayu Berhad.
Menurut Pengarah Operasi Runtuh, Encik Md Nayan Bahari, kawasan tersebut turut dijadikan tempat kegiatan tidak bermoral seperti penagihan dadah.

Wartawan turut dimaklumkan bahawa kegiatan tersebut melibatkan pelajar belasan tahun serta warga emas lingkungan 40-an dalam menawarkan khidmat pelacuran dan ‘pelanggan’ di kalangan warga tempatan serta pekerja asing.

“Selain bertujuan membanteras kegiatan tidak bermoral, operasi kali ini juga merobohkan beberapa buah rumah setinggan yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api berkembar.

“Walaupun tempat ni dah roboh beberapa kali, ia tetap beroperasi semula kerana tanah tersebut terbiar dan kawasan tersebut turut dikawal oleh tonto yang memberi maklumat jika ada sebarang serbuan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Dalam operasi yang bermula seawal jam 8 pagi, pondok serta peralatan yang digunakan dalam kegiatan pelacuran tersebut telah diroboh serta dibakar bagi mencegah daripada dibina semula.

“Kami turut merobohkan kandang peliharaan binatang ternakan yang dibina secara haram serta kami dapati sebuah rumah yang dikatakan menjadi ‘master mind’ kepada kegiatan tersebut.

“Rumah yang terlibat untuk dirobohkan telah diberikan notis sebelum ini agar mereka dapat mengosongkan tempat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan,” ujar beliau.

Tambah beliau, diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan dengan satu tujuan membanteras gejala sosial serta maksiat daripada terus berleluasa membunuh anak-anak bangsa kita

Rabu, 28 Januari 2009

Rombongan ke Gaza dirai MB Selangor

PETALING JAYA, 28 Jan - Anggota Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ke Gaza telah diraikan dalam majlis Malam Prihatin Palestin baru-baru ini.
Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ,mendapat sambutan ramai apabila lebih 500 orang memenuhi setiap kerusi di auditorium dewan berkenaan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba di majlis tersebut,sebelumnya sempat menyalakan lilin (vigil) bersama lebih 100 orang untuk mengutuk serangan Israel ke atas Palestin.
Dalam himpunan ringkas di pekarangan dewan tersebut,Tan Sri Khalid sempat berucap dengan melaungkan kecaman ke atas Israel dan kezaliman ISA.
"Syukur anda semua dapat hadir berhimpun,walaupun ada halangan daripada polis tetapi kehadiran anda semua cukup bermakna.
"Himpunan malam ini bukan sahaja untuk mengecam tindakan Israel tetapi juga untuk melahirkan tentangan kita ke atas undang-undang kejam seperti ISA dan OSA.Kita bantah ISA,OSA,"laungnya sambil disambut oleh orang ramai.
Dalam majlis tersebut,anggota Yayasan Amal Malaysia yang diketuai oleh Adun Meru,Dr Abdul Rani Osman telah diberi kesempatan untuk membuat tayangan 'slide show' aktiviti dan peristiwa yang sempat dirakamkan oleh Yayasan Amal semasa ke Gaza.
Selain tayangan 'slide show' Dr Rani telah memberikan penerangan pada hadirin mengenai pelbagai rakaman peristiwa yang dialami oleh anggota Yayasan Amal ke Gaza.
Selain tayangan tersebut, majlis turut diserikan dengan alunan lagu nasyid daripada Rabbani dan Yassin.
Anggota Yayasan Amal Malaysia yang diraikan dalam majlis malam tersebut adalah Presidennya,Hussin Ismail;Timbalan Presiden,Jamuliddin Elias;Naib Presiden II,Dr Hamdan Mohamed Khalib; Pengerusi Yayasan Amal Selangor,Dr Ahmad Yunus dan wartawan Harakah,Mohd Khalil Abdullah. Selain Tan Sri Khalid antara hadirin di majlis tersebut adalah Ketua Umum KeADILan,Dato' Seri Anwar Ibrahim,Presiden KeADILan,Dato' Seri Dr Wan Azizah dan pimpinan KeADILan,PAS dan DAP

Selasa, 27 Januari 2009

Program Solat Hajat dan Ceramah Perdana Isu Palestine

Alor Setar, 26 Jan - Lebih 30000 orang membanjiri Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti bagi menyertai program Solat Hajat dan Ceramah Perdana membantah kekejaman Rejim Zionis di Gaza. Antara yang hadir menyampaikan ceramah adalah Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah, Yb Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Wakil Palestine.
Antara agenda utama program selain membantah kekejaman rejim Israel adalah bagi mengumpul dana bagi membantu mangsa perang di Gaza. Menurut Yb Dr Hamdan yang berkesempatan bertemu dengan wakil Hamas di Mesir, ketika ini bantuan yang amat diperlukan adalah berbentuk kewangan bagi membeli barangan makanan dan ubat-ubatan untuk diberikan kepada mangsa perang. Sehingga kini jumlah yang berjaya dikumpulkan dalam Tabung Sukarelawan PAS Kedah adalah sebanyak RM 200 ribu.
Abang Mat di pentas ceramah

wakil Palestine turut berceramah

Yb Dato'Seri Tuan Guru Presiden turut hadir menyampaikan ceramah

Isnin, 26 Januari 2009

Mengunjungi Aktivis Kaum Cina

Dalam kesibukan dan keletihan selepas pulang dari Misi ke Rafah, rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina tidak dilupakan. Meluangkan masa bersama keluarga mengunjungi rumah Mr David Lim, salah seorang aktivis yang banyak membantu dalam menjalani tugas sebagai wakil rakyat terutamanya membabitkan kaum cina..

Ahad, 25 Januari 2009

Gaza: Misi tercapai,Palestin terima bantuan

Misi kita tercapai,bantuan dapat diberikan dan kita telah dapat merintis jalan untuk ke Gaza."
Demikian pandangan Presiden Yayasan Amal Malaysia,Hussin Ismail apabila menerangkan sejauhmana kejayaan yang diperolehi oleh Yayasan Amal dalam misi yang dibawa ke Gaza.
"Kita sebenarnya adalah misi tinjauan awal untuk merintis jalan bagi pasukan-pasukan lain untuk tiba di Gaza.
"Sehingga kini kita telah dapat merintis jalan ke Gaza.Kita telah kenal pasti laluan yang boleh dilalui oleh pasukan misi kita untuk masa akan datang dan yang penting bagi pasukan akan datang perjalanan mereka akan lebih lancar sebab kita telah kenal pasti setiap kelemahan yang ada,"jelasnya kepada Harakahdaily sebelum berangkat ke Kaherah semalam.
Sementara itu, Ketua Relif Yayasan Amal Malaysia, Dr Abdul Rani Osman yang bertanggungjawab dan mengetuai anggota perubatan dalam misi ini berkata,matlamat mereka tercapai.
"Walaupun kami tidak sampai ke Gaza,namun segala bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia termasuk daripada kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid telah dapat disampaikan.
"Bantuan yang berupa ubat-ubatan dan makanan telah dapat kita salurkan kepada wakil Palestin di El-Arish dan insya-Allah rakyat Palestin terutama di Gaza akan menerimanya,"tegas Dr Rani yang juga merupakan Adun Meru.


Tambahnya, sememangnya agak sukar ketika ini untuk menembusi pintu sempadan kerana oihak berkuasa Mesir di bawah pimpinan Hosni Mubarak sentiasa berubah polisi sepanjang masa.
"Contohnya,hari pertama kami ke sempadan mereka kata pintu sempadan hanya dibuka untuk doktor berbangsa Arab.Mereka suruh kami datang esok.
"Bila kami tiba esok mereka kata hanya petugas media dibenarkan masuk, dan keesokkannya pula kami dihalang lagi apabila dimaklumkan mereka hanya benarkan pakar-pakar perubatan tertentu sahaja dibenarkan seperti pakar mata,"jelasnya yang kecewa dengan sikap kerajaan Mesir yang seolah-olah ingin menghalang rakyat Palestin daripada mendapat bantuan.
Walau bagaimanapun katanya,Yayasan Amal tidak berputus asa dan akhirnya dapat menyalurkan bantuan yang dibawa atas amanah rakyat Malaysia dan kerajaan negeri Selangor dengan menyampaikannya kepada wakil Palestin di El-Arish.
"Walau apa pun misi kita tercapai.Jalan telah dirintis,kita tahu segala prosedur dan kaedah untuk sampaikan bantuan kepada Palestin dan bantuan yang dibawa juga telah disampaikan,"tegasnya lagi.

Sabtu, 24 Januari 2009

Cabaran Misi Kemanusiaan Luar Negara

Misi Bantuan Kemanusian ke Palestine..'Helah Kerajaan Hosni Mubarak seumpama Yahudi..utk menyekat bantuan ke Palestine..'kata seorang aktivitis sukarelawan berbangsa Mesir.
Misi-Misi Luar Negeri yang lalu/kini:
1. Peperangan Afghanistan - Misi disempadan Iran dan Afghanistan..tiada masalah birokrasi Kerajaan.Kita masuk ke Herat..satu2nya NGO/Gerakan Islam yang masuk ke dalam Afghanistan.Bantuan Perubatan Lapangan/ Kewangan/ Barangan Asas. (Lajnah Antarabangsa PAS Pusat)..hubungan melalui Kerajaan Iran/Imam Khomeini Foundation/Iran Red Cresent Society.
2. Gempa bumi BAM Iran - misi melalui Iran.Tiada halangan kerajaan.Bantuan Perubatan di lapangan/ Kewangan dan barangan asas/ Kewangan kpd anak yatim/sekolah2.(Lajnah Antarabangsa PAS Pusat)..hubungan dengan Kerajaan Iran dan Iran Red Cresent Society.
3. Tsunami di Aceh - misi sampai pada hari keempat atas arahan PAS Pusat..misi tiada halangan daripada kerajaan, bantuan perubatan di lapangan, kewangan dan barangan asas. Misi di Aceh bermula dengan penglibatan Yayasan Amal Malaysia pada misi kedua dan seterusnya di Aceh..hubungan dengan PKS terutamanya.
4. Bantuan lagi atas peristiwa Tsunami adalah dalam negeri di Kedah dan Penang, juga ke Sri Lanka (dgn Serendib Foundation of Sri Lanka) dan Phuket.
5. Gempa bumi di Kashmir (Balakot/Muzaffarabad dan Bagh)..Kerajaan tiada halangan, hubungan dengan Jamiat Islami/Al-Khidmat Foundation.. layanan sangat baik berbanding dengan MERCY..
6. Gempabumi di Jogjakarta dan letusan Gunung Merapi - bantuan perubatan di lapangan/bantuan kewangan - kerajaan tiada masalah, hubungan dengan gerakan islam PKS.
7. Gempabumi di Padang/Bengkulu - bantuan perubatan di lapangan, kewangan dan barangan, kerajaan tiada masalah, hubungan bersama PKS.
8. Peperangan Hezbollah-Israel di Lebanon - misi bantuan kewangan dan perubatan lapangan..kerajaan tiada masalah, bertemu Hamas di Syria..arrangement antara Hamas dan Hezbollah..pertemuan dgn pimpinan Hezbollah di Central Beirut, kita dibom..misi kedua lancar..atas urusan Gerakan Islam.
9. Taufan/Siklon SIDR di delta Bangladesh - misi bantuan perubatan di lapangan/kewangan/barangan asas..kerajaan tiada masalah, hubungan dgn Jamiat Islami Bangladesh.
10.Misi ke Myanmar dan China...membawa wang daripada kerajaan Selangor...masalah dengan kerajaan..bantuan kewangan dan barangan hanya dengan pihak kerajaan Junta Myanmar dan China...tugasan perubatan pun masalah utk dilaksanakan.
11. Mindanao - Bantuan Perubatan Lapangan/ Kewangan/ Korban Hari Aid Adha/ tiada masalah dengan kerajaan, hubungan dengan Bangsa Moro Development Agency, Bangsa Moro Medical Society dan 12 NGO Islam yang lain.( Sedang menyediakan laporan Kesan Peperangan dan cadangan Pembangunan Semula Masyarakat Mindanao kepada IDB)
12. Islam Selatan Thailand - ibadah Korban bersama Youth Muslim of Thailand.
13. Kemboja - Ibadah korban dan aktiviti Khatan beramai-ramai, hubungan dengan Jabatan Mufti, Persatuan Imam, Persatuan Perubatan Islam Kemboja.
14. Sabah dan Serawak - Ibadah Korban dan Perubatan Lapangan bersama JAKIM dan MAIS.
15. Misi ke Palestine.
Halangan:
A) Birokrasi Kerajaan Mesir - arahan berhelah. Setiap hari arahan di pintu sempadan berubah2 utk sukarkan bantuan masuk.
B) Urusan Kedutaan Malaysia - mesti melalui Wisma Putra dan kerjasama kedutaan di sini.
C) Urusan dengan Ikhwan/Hamas diteruskan.
D) Urusan kemasukan ke Gaza..berhelah secara Perubatan atau Media.
E) Nyatakan keutamaan kita untuk beri bantuan kewangan kepada HAMAS/ HIZBOLLAH/ IKHWAN MUSLIMIN utk membawa amanah umat Islam di Malaysia.
F) Perancangan ke sini juga dibantu oleh jemaah pelajar Mesir.
Sifat Yayasan Amal Malaysia.
1. NGO Gerakan Islam.
2. NGO Naungan PAS.
3. Melibatkan dgn misi bantuan kemanusiaan dalam dan luar negeri.
4. Laksanakan misi atas amanah masyarakat.
5. Kewangan adalah limitasi utama.
6. Sifat Sukarelawan- Fisabilillah.
Saya akan terus beramal demi Islam bersama Yayasan Amal Malaysia..
Dr Hamdan bin Mohamed Khalib.

Jumaat, 23 Januari 2009

Update from Rafah 5

Ini mungkin maklumat terakhir, kerana karenah birokrasi, Pasukan Amal Malaysia hanya dibenarkan setakat sempadan Rafah Mesir-Palestine sahaja, kerana keadaan di Gaza City tidak mengizinkan untuk masuk..jadi khidmat team Amal Malaysia setakat bertugas di sempadan, beri sumbangan ubat2an melalui Arab Medical Union sebanyak 200,000 pounds Egypt dan sumbangan terus kepada Ikhwan Muslimin dan Hamas..

Esok akan keluar ke Cairo..flight balik jam 2.30am 24/1..hati terasa sangat sayu untuk tinggalkan bumi PalestIne walaupun cuma di sempadan..Aku berjanji kepada Allah utk kembali ke bumi Palestine ini sekali lagi..

Ku pohon restuMU Ya Allah..Selamatkanlah saudara2ku di bumi Gaza..Hancurkanlah musuh agamaMU..Yahudi Laknatullah..

Untuk kita di Malaysia, teruskan perjuangan utk mendaulatkan Islam, jangan main-main dalam perjuangan ini..terutamanya kepada pimpinan seperti saya sendiri..Berani kerana Islam..jangan banyak berdalih lagi..Takbir!

Bersama masuk..Dr Sheikh Muzaffar (angkasawan kita..belakang saya)..beliau bersama team wartawan TV3.
Bersama dengan team Global Peace..di Rafah.


Khamis, 22 Januari 2009

Update From Rafah 4

Aktiviti Rombongan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia

1. Bantu di hospital
2. Bertemu wakil Hamas secara rahsia..serah bantuan kewangan dan barangan ubat2an.
3. Cuba utk ke Gaza jika diizinkan..sahabat Hamas akan bawa sekiranya keadaan selamat..
Gencatan senjata dah masuk 4 hari dah..

Rombongan ini akan berangkat pulang ke tanahair pada 24 Januari 2009 dan akan sampai di KLIA pada jam 11.30mlm.
Pada sebelah mlm 25/1...Kerajaan Selangor akan meraikan rombongan dan akan bertolak ke Pulau Pinang dari KLIA jam 11.35pg 26/1..insyaAllah.

Masih di border, cuma dalam Rafah Palestine..sahabat Hamas akan bawa ke Gaza City sekiranya keadaan mengizinkan..gencatan senjata masuk hari ke-4..


Bilik Bedah/Operation Room..mobile unit di Rafah Palestine..


Sedang mendengar penerangan drp Dr Anaest/Bius tentang mobile unit tersebut..

Rabu, 21 Januari 2009

Update From Rafah 3

Memberi sumbangan hamper makanan kepada pesakit daripada Palestine yang dirawat di Hospital di sempadan..
Lagi gambar2 bersama anak2 Palestine di sempadan Rafah...terus tersenyum walaupun dalam tragedi...

Contoh Kad Pengenalan rakyat Palestine..pelik juga ya..sebelah tulisan Arab, sebelah lagi tulisan Yahudi..







Selasa, 20 Januari 2009

Update From Rafah 2

Latest update from Rafah


Tiba di pintu sempadan Rafah Mesir...hari dah agak gelap..Kerajaan Mesir tak benarkan masuk dulu..minta kita hubungi semula Wisma Putra utk dapatkan surat kebenaran ke Gaza..hari ni kita cuba selesaikan..masih di Rafah..cuba akan masuk semula ptg ini..doakan kami..

Bersama anak2 Palestine di sempadan..hebat sungguh anak2 ini..semangatnya tinggi sungguh..ada cerita daripada Pakar di Hospital El-Areesh, kanak2 perempuan yang kehilangan kedua2 belah kakinya,..semangatnya sungguh tinggi, dia kata ' Tuan Doktor, saya bersyukur kpd Allah kerana kedua2 belah kaki saya telah mendahului saya utk ke Syurga..'


memuatkan barangan ubat-ubat untuk dibawa bersama..




Isnin, 19 Januari 2009

Update From Rafah

Mendengar penerangan daripada Pengarah Hospital El-Areesh, Dr Ahmad Al Laban tentang operasi di hospital tersebut.Antara yang mengejutkan,bom kimia yang digunakan adalah dari jenis terbaru..seolah-olah Israel menguji senjata ini di Gaza..lebih dasyhat daripada yang digunakan Amerika di Falujjah, Iraq.


Hari ini, kami akan ke Rafah utk bawa bantuan ubatan berjumlah 100K Pound Egypt dan air mineral 200K Pound Egypt, bertolak jam 2.00pm(waktu tempatan)..lebih kurang 8.00pm(waktu Malaysia)..sekiranya diizinkan Allah akan masuk ke Rafah Palestine..doakan kami

Dihadapan Hospital El Areesh, di mana ramai doktor tetapi pesakit agak kurang kerana kerajaan Mesir menghalang kemasukan mangsa perang di Gaza




Sabtu, 17 Januari 2009

Catatan dari Sempadan Palestine

15/1 - tiba di Cairo jam 6.00am, menginap di Rumah Pelajar Selangor.

16/1 - melakukan pertemuan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Cairo utk
dapatkan surat pengesahan utk misi.
- Bertemu dgn pimpinan Ikhwan Mesir iaitu Mursyidul Am Ikhwan dan
menyerahkan sumbangan utk mewakili Hamas.
- Bertemu dgn Dr Ibrahim Gen. Secretary Arab Medical Union utk urusan
pesanan barangan makanan dan urusan pendaftaran petugas utk ke
Rafah.

17/1 - Melawat mangsa peperangan di Hospital Nasser..37 mangsa diberi
hamper.
- Menyambung urusan dengan AMU,melakukan pembayaran utk barangan yang
hendak dibawa ke Rafah.
Mendapatkan surat kebenaran drp AMU utk bergerak ke sempadan.
Proses sangat lambat dari pagi sampai petang tunggu.

18/1 - Jam 12.30am..solat hajat sebelum bertolak ke sempadan menaiki
Coaster seramai 11 orang bergerak ke Rafah.
- Tiba di bandar Al-Arish 30km daripada Rafah..jam 6.30pg..

Khamis, 15 Januari 2009

Bersama YB Dr Rani di KLIA

Gambar dengan YB Dr Rani dan replika cek sumbangan Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat Palestine

Sumbangan Warga Sekolah Agama Daris untuk Palestine

14 Jan, Sg Petani - Majlis penyerahan sumbangan untuk Palestine oleh warga Sekolah Agama Daris, Sungai Petani telah diadakan di Dewan Sek Agama Daris di Sg Jagong di sini. Sebanyak RM1709 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada YB Dr Hj Hamdan bin Mohamed Khalib, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang akan berangkat ke sempadan Gaza.


Beliau mengikuti rombongan Yayasan Amal Malaysia untuk misi kemanusiaan bersama beberapa orang doktor perubatan dan aktivis sosial. Rombongan tersebut akan menyerahkan bantuan kewangan kepada wakil HAMAS dan akan memberi khidmat perubatan kepada mangsa perang di Gaza sekiranya berkesempatan. Rombongan akan bertolak dari KLIA pada jam 10 malam ini ke Mesir.

Selasa, 13 Januari 2009

Tanjung Dawai akan dibangunkan lagi sebagai destinasi pelancongan

Perbincangan mengenai pembangunan Tanjung Dawai akan dibincangkan dalam mesyuarat tindakan negeri akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib berkata, perbincangan itu adalah untuk merancang pembangunan pekan kecil itu untuk menjadi daya tarikan pelancong mengunjungi Negeri Kedah Darul Aman.
Menurutnya, hasil pemerhatiannya terhadap tahap pembangunan Tanjung Dawai, pekan kecil itu masih mempunyai beberapa perkara yang perlu dilakukan.
"Ia meliputi beberapa perkara penting yang perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum langkah lain diambil iaitu mengurangkan kemiskinan tegar masyarakat di sini yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan tahap kebersihan ditingkatkan," jelasnya.
Beliau berkata, jika dahulu banyak wang pembangunan telah dicurahkan di sini, demi menjadikan tempat ini sebagai tarikan pelancong, tetapi hasilnya masih tidak nampak.
YB. Dr. Haji Hamdan berharap masalah kemiskinan dan tahap kebersihan Pekan Tanjung Dawai diberikan keutamaan terlebih dahulu sebelum dapat dijadikan tarikan pelancong.
Ujarnya, penganjuran program seperti gotong-royong amat penting untuk membuka mata pemimpin dan masyarakat mengenai keistimewaan pekan kecil ini dan menjadikan Tanjung Dawai sebagai destinasi pelancongan di Negeri Kedah Darul Aman.
Sebagai ADUN Tajung Dawai, beliau berharap pasukan Bomba Sukarelawan di Tanjung Dawai dapat ditubuhkan dengan segera sebagai langkah membawa kepada pembangunan di situ dan memastikan aspek keselamatan lebih terjamin.

Isnin, 12 Januari 2009

Program Masyarakat Lestari di Sungai Batu

MERBOK, 10 Januari – Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan, YB. Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib merasmikan Festival Masyarakat Lestari yang diadakan di Kampung Sungai Batu Besi, Mukim Bujang, di sini.



Festival tersebut anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tanjung Dawai dengan kerjasama Pusat Giat Ilmu Kampung Sungai Batu Besi.

Dalam ucapan perasmian, YB Dr Hamdan meyatakan program seumpama ini mampu meningkatkan keyakinan diri penduduk-penduduk berpendapatan kecil bahawa dengan inisiatif, kreativiti dan sifat berdikari dapat menjamin kejayaan dan penghormatan masyarakat.

Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu membasmi gejala yang tidak sihat di kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja serta memupuk semangat kerjasama antara penduduk setempat serta dengan jabatan-jabatan kerajaan.

“Ini merupakan satu permulaan yang baik untuk masyarakat di Tanjung Dawai dan InsyaAllah kita akan bawa modul-modul ini seluruh kampung ataupun Tanjung Dawai untuk kita kongsikan bersama.

“Sebagai Exco belia dan sukan, saya ingin melihat anak-anak belia di Tanjung Dawai dan seluruh negeri Kedah akan diberi satu pengharapan baru dan kita mesti bertanggungjawab membentuk anak-anak belia kita,” ujar beliau.

Dalam majlis perasmian tersebut, adik Muhammad Safuan Mohd Fuad, 18, dari Kampung Bendang Dalam, Merbok telah terpilih sebagai penerima biasiswa daripada Universiti Sains Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke England selepas dua tahun tempoh pengajian di Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia, Y.Brs. Profesor Lim Koon Ong dan Naib Canselor Asian Institute of Medicine, Science and Technology University (AIMST Universiti), YBhg Profesor Geffrey Smith.

Penduduk kampung menghabiskan masa hujung minggu mereka dengan acara yang diaturkan pada festival tersebut. Antara programnya adalah pertandingan menangkap itik, polo air, sukaneka kanak-kanak, mencari harta karun, kempen anti dadah, kempen kesihatan, perlumbaan perahu tangkul, pertandingan memasak serta pertandingan melukis bagi kanak-kanak

Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perhutanan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia dan Asian Institute of Medicine, Science and Technology University (AIMST Universiti) terlibat dalam pameran kepada para pengunjung.

Bagi kanak-kanak, mereka begitu tertarik dengan bas yang menggunakan minyak yang terpakai bagi manggantikan bahan bakar diesel. Manakala tenaga solar digunakan bagi menghidupkan alatan elektrik yang terdapat didalamnya. Mereka berpeluang meneroka keadaan dalaman bas tersebut, di mana permainan interkatif, lampu jimat tenaga, maklumat tentang bahan api serta model litar elektrik yang boleh menjimatkan tenaga elektrik di rumah disediakan dalam bas ini.

Bas yang dinamakan C3 solar 2U ini dibangunkan oleh Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) dari Universiti Sains Malaysia.

antara acara sungai yang diadakan





Sabtu, 10 Januari 2009

Misi Kemanusiaan ke Palestine

ASSALAMUALAIKUM

YB DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB AKAN BERANGKAT KE LABENON PADA 15 JANUARI 2009 INI BERSAMA ROMBONGAN YAYASAN AMAL MALAYSIA DIKETUAI TUAN HAJI MOHAMAD SABU UNTUK MENYAMPAIKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA HAMAS DAN MISI KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU MANGSA KEKEJAMAN REJIM YAHUDI LAKNATULLAH.

KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK MENYUMBANG DAN MENDERMA UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA YANG DIZALIMI DI PALESTINE, BOLEH MENYAMPAIKANNYA KEPADA DR HAMDAN ATAU WAKIL-WAKILNYA.

SILA HUBUNGI YB DR HAMDAN : 019 547 8066
SELEWAT-LEWATNYA 14 JANUARI 2009

Isnin, 5 Januari 2009

Pi Tengok Bendang

inilah telur siput gondang mas

inilah perosak tanaman pesawah kita, walau pun dalam DUN Tanjong Dawai masalah ini tidak ada, namun untuk mengetahui masalah yang biasa dihadapi pesawah, ambil masa sedikit melawat sawah seorang kawan di Sedaka untuk melihat lebih dekat masalah rakyat Kedah


Jumaat, 2 Januari 2009

Demonstrasi Membantah Kekejaman Israel

SUNGAI PETANI, 2 Januari - Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib menyifatkan 'babi' adalah gelaran yang paling sesuai kepada rejim Yahudi.

"Saudara-saudara sekalian, rejim Yahudi laknatullah telah membunuh saudara seIslam kita di Palestin. Saya merasakan gelaran yang paling sesuai untuk mereka adalah babi!" tegasnya semasa menyampaikan pidato pada demonstrasi membantah kezaliman Zionis Israel terhadap umat Islam Palestin yang diadakan berhampiran Menara Jam Besar di sini, selepas solat Jumaat tadi.

Beliau turut mengajak para demonstrator agar menginsafi kejadian yang berlaku dan berusaha menegakkan Islam di negara sendiri. Kerana katanya, jika Islam tidak dimartabatkan, maka umat Islam di Malaysia juga mungkin menerima nasib yang sama suatu hari kelak.

Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK), Adnan Saad pula mempersoalkan badan-badan dunia terutamanya PBB dan Nato yang belum mengambil tindakan ke atas Israel.

Sementara Timbalan Ketua DPPNK pula berkata, usaha yang sedang digerakkan Israel sebenarnya adalah untuk menjajah bumi Palestin dan menghapuskan rakyat Palestin.

"Kita juga menyatakan pendirian kepada mana-mana kerajaan yang mendiamkan diri termasuk Kerajaan Malaysia yang tidak mengambil apa-apa tindakan, khususnya Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan pada hari ini, tidak bertindak dengan satu tindakan yang berkesan. Ini menggambarkan bahawa mereka juga memberi sokongan kepada Israel laknatullah. Kalau inilah yang berlaku, menjadi tanggung jawab kepada kita untuk kita memerangi mereka sebagaimana memerangi Israel," tegas beliau.

Manakala Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Azman pula melahirkan rasa kesal terhadap Kerajaan Malaysia pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak menyatakan ketegasan terhadap Israel.

Demonstrasi anjuran DPPNK itu disertai lebih 1,000 peserta dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Turut serta Ahli Dewan Negara, Senator Ir Zamri Yusof, Exco Kerajaan Negeri, Abdullah Jusoh dan Tan Wei Shu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, Adun Bukit Lada, Ustaz Ahmad I'zzat Mohamed Shauki dan aktivis sosial, Kalai Vanar.
antara yang hadir

YB Nasir Mustafa


Dr Hamdan sedang menyampaikan ucapan

muslimat tidak ketinggalan

Kalimah jihad dan syahid bergema

membakar bendera sebagai tanda protes