Sabtu, 30 Januari 2010

30 Januari 2010 - Perlawanan Bolasepak Liga Super diantara pasukan Kedah menentang pasukan T-Team. Dalam perlawanan in pasukan krnari telah berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 1. Semoga dengan kejayaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat para pemain untuk lebih berusaha demi negeri Kedah yang dicintai.

30 Januari 2010 - Kebakaran deretan kedai di Pekan Merbok berdekatan dengan kawasan Pasar Pekan Merbok. Kejadian berlaku jam 9.30malam, namun dengan bantuan pantas Pasukan Bomba Sukarela Merbok/Bedong/Gurun, api kebakaran dapat dikawal, tidak merebak ke bangunan rumah kedai yang berdekatan.Pihak Ahli Majlis MPSP akan mengadakan mesyuarat dengan mangsa-mangsa yang terlibat untuk berbincang mengenai pembinaan semula kedai-kedai tersebut.

Menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada pemilik-pemilik kedai yang terlibat.

Gambaran daripada kedai kopi berhadapan lokasi kebakaran.


29 Januari 2010 - Kemeriahan suasana Perayaan Thaipusam bermula. Bersama-sama dengan YB Manikumar melihat kemeriahan Sambutan Hari Thaipusam di Sungai Petani. Gambar menunjukkan sambutan Perayaan Thaipusam di Kuil Utama di Jalan Kuala Ketil. Pengerusi Jawantankuasa Kuil meraikan kehadiran wakil daripada Kerajaan Negeri Kedah.




26 Januari 2010 - Perlawanan ke-6 Pasukan Liga Super Kedah menentang Pasukan Liga Super Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan yang berkesudahan dengan Pasukan Kedah telah berjaya mengutip 3 mata penuh setelah berjaya menewaskan Pasukan Pulau Pinang dengan jaringan gol 3 berbalas 0.


26 Januari 2010 - Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke Istana Negara untuk menjalankan tugas sebagai Pemangku Yang DiPertuan Agong.


25 Januari 2010 - Menghadiri Istiadat Perlantikan Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman di Istana Anak Bukit.


23 Januari 2010 - Majlis Perasmian Penutup Latihan Pusat Athlit Acara Individu Kontigen Kedah untuk SUKMA XIII MELAKA 2010.


23 Januari 2010 - Perlawanan ke-5 Pasukan Bolasepak Liga Super Kedah menentang Pasukan Liga Super Perak di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Pasukan Kedah telah berkongsi mata dengan pasukan lawan di mana perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1 - 1.

Jumaat, 22 Januari 2010

20 Januari 2010 - Sumbangan peralatan sukan berupa sepasang tiang gol dan bola kepada Maktab Mahmud.


20 Januari 2010 - Di Pengkalan Permatang Binjal, meninjau keadaan surau yang sedang dibaikpulih dan membuat sumbangan peralatan sukan sepak takraw kepada masyarakat di sana.


20 Januari 2010 - Sumbangan peralatan sukan bola tampar dan bola sepak kepada Madrasah Az-Zubaidiyah, Kedah DarulAman

Khamis, 21 Januari 2010

19 Januari 2010 - Perlawanan ke-4, TM Liga Super pasukan Kedah telah bertandang ke negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Perlawanan berkesudahan dengan pasukan Kedah telah berjaya menewaskan pasukan Kelantan dengan jaringan 1 - 0. Gol kemenangan diperolehi pada masa-masa akhir separuh masa kedua. Tahniah diucapkan, diharap dengan kemenangan ini dapat menyuntik semangat kepada para pemain supaya terus meningkatkan mutu permainan pada perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri.

Rabu, 20 Januari 2010

19 Januari 2010 - Menghadiri jemputan ke Majlis Penyerahan Bapa Angkat Jabatan Angkat dan Pasukan Sorak kepada negeri-negeri dan persatuan-persatuan sukan yang terlibat dalam SUKMA XIII Melaka 2010.


18 Januari 2010 - Majlis Santapan DiRaja Sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah yang ke-82 di Dewan Santapan Istana Anak Bukit, Alor Setar.


18 Januari 2010 - Makan nasi bungkus bersama petugas-petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tanjung Dawai


18 Januari 2010 - Dalam kesibukan tugas-tugas sebagai EXCO/ADUN, sempat juga menghantar anak seramai 3 orang (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 4) ke Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Cempedak, sambil meninjau kemajuan pembinaan bangunan baru di SAIF.


17 Januari 2010 - Istiadat Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-82.

Perbarisan Tabik Hormat Regimen Askar Melayu DiRaja Malaysia di perkarangan hadapan Balai Besar Alor Setar.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran di Istana Anak Bukit


16 Januari 2010 - Perlawanan ke-3, TM Liga Super Kedah bertemu Johor FC di Stadium Darul Aman yang berkesudahan dengan Johor FC menewaskan Kedah. Gol kemenangan Johor FC telah dijaringkan pada minit terakhir masa tambahan separuh masa kedua. Kesedihan terpapar di wajah-wajah peminat-peminat hijau kuning. Kepada para pemain, diharap dapat memantapkan lagi permainan mereka dan semoga kita akan berjaya ketika bertemu Kelantan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV di Kota Bahru pada 19 Januari 2010.


16 Januari 2010 - Menghadiri Walimatulurus anak kepada Encik Elias Bin Ibrahim Ahli Majlis Perbandaran Sg Petani merangkap Pegawai Khas kepada EXCO Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan dan Penerangan.


Sabtu, 16 Januari 2010

15 Januari 2010 - Persembahan dikirbarat Kumpulan Halim Yazid telah diadakan untuk menghiburkan para penduduk Pekan Tanjung Dawai.


15 Januari 2010 - Program Bubur Asyura Perdana di Pekan Tanjung Dawai anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung Dawai. Sebanyak 10 kawah bubur Asyura ala Kedah ... 5 kawah bubur Asyura ala Kelantan/Terengganu disediakan seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Terima Kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh seluruh penduduk Pekan Tanjung Dawai dan kampung-kampung berdekatan ... setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada mereka yang telah meyumbangkan dana untuk menjayakan program ini. Setelah berpenat lelah di siang hari, pada sebelah malamnya terimalah persembahan kebudayaan dikirbarat Kumpulan Halim Yazid.