Selasa, 12 Jun 2012

Sumbangan Skim Kafalah RM 500.00


            Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Janji kita tersu tunaikan. Setiap keluarga berpendapatan rendah yang telah kematian ahli keluarga layak menerima sumbangan Skim Kafalah daripada Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM 500.00 sebagai salah satu langkah meringankan beban dan mengubat kesedihan ahli keluarga. Ini bukan hak wakil rakyat, tapi hak rakyat. Justeru, kita kembalikan kepada rakyat. Sumbangan Skim Kafalah di PKWR DUN Tanjung Dawai sehingga Februari 2012 telah melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM 131 000. Ada waris yang menangis menerima sumbangan ini. Mungkin terharu dengan sumbangan ini dan mungkin juga terkenangkan arwah yang telah meninggal dunia. Apa pun, saya berdoa agar semua roh muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia ditempatkan dalam kalangan para solehin,,amin.. Al-fatihah






Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012


Pusat Khidmat Wakil Rakyat (DUN) Tanjong Dawai sekali lagi meneruskan program tahunan iaitu Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012. Kali ini, Pekan Merbok menjadi destinasi sambutan selepas Pekan Semeling dan Tanjung Dawai menjadi lokasi sambutan bagi tahun-tahun sebelum ini. Sambutan kali ini dimulakan selepas Solat Maghrib dan menggamit kehadiran masyarakat Merbok tidak kira bangsa termasuk masyarakat sekitar. Sambutan kali ini seperti biasa diserikan denga tarian singa yang menyambut kehadiran para tetamu. Antara pimpinan yang hadir ialah ADUN Sidam merangkap Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Negeri Kedah, YB Tan Chow Kang dan Pimpinan Pakatan Rakyat lain iaitu Ir Zamri Yusof. Majlis tamat pukul 11 malam dan anak-anak cukup gembira dengan sumbangan ang pow yang diterima.