Rabu, 30 September 2009

Konvensyen ICC Perpustakaan Se Malaysia

27 September 2009 - Menghadiri Konvensyen ISS Perpustakaan Semalaysia di Kota Kinabalu, Sabah

Majlis Perasmian Kejohanan Kabaddi Remaja Asia

25 September - Majlis Perasmian Kejohanan Kabaddi Remaja Asia oleh wakil MB, YB Dato' Amirudin Hamzah





bersama pasukan dari Iran, lawa dan kuat

Selasa, 29 September 2009

Rumah Terbuka Idul Fitri ADUN Tanjong Dawai

Rumah Terbuka Idul Fitri ADUN Tanjong Dawai

Tarikh : 2 Oktober 2009
Masa : 3 - 6 petang
Tempat : Dewan Bola Keranjang MCA, Pekan Merbok



Seluruh lapisan masyarakat dipersilakan hadir

Ahad, 27 September 2009

Rumah Terbuka Idul Fitri PAS Kawasan Merbok

Rumah Terbuka Idul Fitri PAS Kawasan Merbok
Tarikh : 27 Septembr 2009
Masa : 3-5 petang
Tempat : Tapak Pasar Malam Taman Ria Jaya
Naib YDP, Ustaz Fakhrudin menyambut tetamu yang hadir bersama AJK PAS Kwasan Merbok Hj Fathorahman


ramai jugak mai

beratur untuk mendapatkan ABC

sate seperti biasa menerima sambutan yang paling hot





Jumaat, 25 September 2009

Kejohanan Kabaddi Remaja Asia Ke 2

24 September - Meninju persiapan Kejohanan Kabaddi Remaja Asia Kedua di AIMST, Semeling

tertarik dengan pakaian peserta wanita dari Iran

sesi menimbang berat peserta, berat yang dibenarkan mestilah tidak melebihi 60kg bagi peserta wanita dan 65kg bagi lelaki


Khamis, 24 September 2009

Majlis Rumah Terbuka MB

24 September - Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Idul Fitri YAB Dato' Seri MB di Sri Mentaloon

Rabu, 23 September 2009

Musibah Selepas Raya

23 September - Sebuah rumah roboh di Kampung Merbok Lama

melawat tempat kejadian dan menyampaikan sumbangan serta akan membantu menyelesaikan masalah ini melalui dana pusat

Selasa, 22 September 2009

Himpunan Mahasiswa Kedah

22 September - Himpunan Mahasiswa Kedah
bersama YAB Dato' Seri MB di Himpunan Mahasiswa Kedah di Dewan Sri Mentaloon yang disertai lebih seribu orang mahasiswa Kedah dari pelbagai IPTA/IPTS dalam dan luar negeri

majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid dari KUIN


Ahad, 20 September 2009

Idul Fitri 1430H


menyambut keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Idul FItri bersama rakyat jelata di Masjid Zahir, Alor Setar
selepas solat Idul Fitri, bersama keluarga beraya di Istana Anak Bukit

berhari raya bersama ayah, emak dan keluarga di rumah di Harvard GCC

Sabtu, 19 September 2009

Kemaskini Peristiwa Sebelum Raya

17 September - Hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Ibu Tunggal, Anak Yatim, Fakir Miskin dan Mualaf di Dewan Sri Mentaloon


YAB Dato' Seri Ustaz sedang berucap

YAB Dato' Seri Ustaz menyampaikan sumbangan
17 September - Majlis Sumbangan Idul Fitri kepada keluarga yang memerlukan di DUN Tanjong Dawai
program diadakan di Dewan Bola Keranjang MCA Merbok
19 September - Menyampaikan sumbangan di cawangan baru, Simpang Tiga Sungai Pial



Pemain dan pengurusan Skuad Bolasepak Kedah tidak dilupakan, turut diberi hadiah Hari Raya






Jumaat, 18 September 2009

Lawatan Perpustakaan Merbok

Bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah melakukan lawatan kerja ke Perpustakaan Cawangan Merbok, sekaligus meninjau tapak baru untuk perpustakaan desa negeri di DUN Tanjong Dawai

Kemaskini Peristiwa Sebelum Raya

16 September - Hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Fakir Miskin dan Orang Kurang Upaya di Dewan Seri Negeri oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah


KDYMM Tuanku Sultan bercemar duli, sudi berkenan menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri

Khamis, 17 September 2009

Sumbangan Idul Fitri di Hospital Sultan Abdul Halim

17 September 2009 - Program sumbangan Idul Fitri bersama Dewan Pemuda PAS Merbok di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

bersama rombongan Pemuda PAS Merbok dan wakil Muslimat PAS Merbok dan wakil pihak Hospital diketuai Pengarah Hospital, Dr Harif Fadhilah

lain kali jangan panjat tinggi-tinggila Pak Mud

selamat hari raya mak cik

sabaq-sabaq la no..

bergambar bersama kakitangan pentadbiran

hamper untuk Pengarah Hospital

Rabu, 16 September 2009

Berbuka Puasa Bersama Rakyat

15 September 2009 - Berbuka Puasa Bersama Rakyat

menghadiri majlis berbuka puasa di Surau Al Islah, Taman Seri Tanjung, Sungai Layar

Sumbangan untuk Warga KFA

15 September 2009 - Sumbangan untuk Warga KFA




menyampaikan saguhati kepada staff KFA sempena menyambut Aidil Fitri

Menerima Kunjungan BDB

15 September 2009 - Menerima kunjungan wakil daripada salah sebuah GLC Negeri Kedah, Bina Darulaman Berhad


Pelancaran Logo Kejohanan Badminton Remaja Dunia

15 September 2009 - Majlis Pelancaran Logo Kejohanan Badminton Remaja Dunia Yonex Sunrise 2009

Selasa, 15 September 2009

Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim

14 September 2009 - Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim anjuran Jabatan Muzium Negeri Kedah

bergambar bersama sebahagian anak-anak yatim yang hadir

YB Dr Hayati yang juga Timbalan Pengerusi Muzium, menyampaikan sumbangan

anak-anak yatim yang diraikan

Melawat jeti ikan bilis Tanjung Dawai

14 September 2009 - Melawat jeti ikan bilis Tanjung Dawai

Melawat jeti ikan bilis Tg Dawai yg akan diroboh untuk dibina jeti Kastam

Meninjau permasalahan yang dihadapi nelayan yan menggunakan jeti tersebut


Isnin, 14 September 2009

Isu Arak : Cadangan 'DPPP' Mesti Lebih Kemas Daripada Peraturan Sedia Ada

oleh: Muhammad Sanusi Md Nor - Setpol MB Kedah

Saya berada di sebelah MB Kedah sewaktu wartawan akhbar cina mengajukan pertanyaan tentang hasrat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengemukakan ‘pekeliling’ untuk menghadkan penjualan arak di kawaan majoriti penduduk Islam di Negeri Pakatan Rakyat.
Istilah ‘pekeliling’ ini yang mengundang jawapan daripada MB bahawa DPPP tiada local standi untuk mengeluarkan apa-apa pekeliling kepada kerajaan negeri. Pekeliling biasanya hanya dikeluarkan oleh KSU Kementerian, JPA dan Setiausaha Kerajaan.
Hari ini apabila akhbar menulis tentang ‘kertas cadangan’ (bukan pekeliling) daripada DPPP, barulah terang isu local standi dan ‘hak’ DPPP ke atas kerajaan negeri sebenarnya tidak timbul. MB menambah lagi bahawa isu penjualan arak ini perlu dilihat dari semua sudut (Enekmen Kerajaan Negeri, Akta Parlimen, penguatkuasaan undang-undang, hak bukan Islam dan kesan buruk arak kepada masyarakat umum seluruhnya - penulis), tidak boleh dibuat dasar umum bagi semua negeri sehingga wujud ruang bagi sesetengah pihak mendakwa Kerajaan Negeri menafikan hak bukan Islam meminum arak.
Arak bagi agama lain tidak dilarang, tetapi apabila peminumnya mabuk ia bukan sahaja memudaratkan peminum, tetapi mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat. Kedah sedang meneliti langkah-langkah yang perlu dari semua sudut dalam isu ini supaya dapat ditangani sebaik mungkin. Ia jangan sampai menimbulkan isu sampingan seterusnya ia bakal mengundang polemik yang berpanjangan seperti yang berlaku di sesetengah negeri.
Ini yang disebutkan oleh MB Kedah kepada wartawan. Buat masa ini, Enekmen dan undang-undang berkaitannya yang ada di Kedah sudah ada untuk membendung orang Islam dari meminum arak, yang tidak kemas ialah penguatkuasaan dan pelanggaran hukum agama oleh peminum arak. Kedah hanya membenarkan lesen premis menjual arak kepada kedai-kedai tertentu sahaja milik bukan Islam. Jika DPPP ada pandangan lain untuk melaksanakan tuntutan Islam dalam isu ini , sila kemukakan dengan cara yang betul, bukan dengan membuat sidang akhbar sahaja. Ini penegasan MB semalam.
Apa yang saya fahami dari sidang akhbar sambil berdiri di Istana Anak Bukit itu dan penjelasan dalam akhbar hari ini ialah:
1. Istilah pekeliling telah digunakan oleh wartawan, sedangkan ia adalah kertas cadangan. Istilah inilah yang mengejutkan MB lalu mempersoalkan hak DPPP untuk mengeluarkan pekeliling.
2. Kedah tidak bermaksud membiarkan sahaja arak yang diharamkan dalam Islam memusnahkan kehidupan beragama rakyat Kedah, tetapi sebarang cadangan penambahbaikkan mestilah lebih kemas dari apa yang sedia ada. Langkah-langkah menghadkan lesen premis sudah pun dibuat di semua PBT di Kedah.
3. Perlu ada perbincangan yang mendalam dari semua sudut, termasuk kajian terhadap Enekmen dan Akta berkaitan serta penguatkuasaan undang-undang yang ada dalam bidang kuasa kerajaan Negeri (khususnya dalam konteks Kedah) untuk memperkemaskan pelaksanaan hukum Islam berkaitan arak.
4. Negeri Kedah tidak berdiam diri dalam usaha melaksanakan hukum pengharaman meminum arak kepada umat Islam dan kesan arak kepada masyarakat seluruhnya, tetapi ia tidak dibuat menerusi publisiti di media.
5. Sebarang perubahan dalam dasar dan polisi kerajaan Kedah harus dipersiapkan dan dikemukakan dengan penuh kekuatan dari semua sudut sama ada strukturnya, kandungannya, kredibiliti dan integritinya, supaya ia boleh dilaksana dan dipertahankan. Jangan sampai sesuatu pembaharuan dalam pentadbiran dicabar dan kalah di mahkamah.
6. Kaedah ‘pukul anak sindir menantu’ tidak sesuai, dan tidak cukup kekuatan dalam isu perundangan dan pendekatan politik dalam bab melaksanakan tuntutan terhadap hal-hal yang sensitive (dalam konteks budaya dan sosio-politik Malaysia) seperti arak dan judi.
7. MB bersedia menerima cadangan dan saranan sesiapa sahaja untuk kebaikan, dan bersedia bertemu DPPP dalam isu ini.
Setahu saya, di zaman pemerintahan Khalifah Syaidina Umar Al-Khatab, beliau telah mengambil cukai ke atas arak, tetapi bukan bertujuan mencari dana negara, tetapi untuk membebankan industri itu. Hal-hal seperti ini perlu dibincangkan dengan serius dalam konteks Malaysia hari ini.
Harapan saya ialah supaya langkah awal DPPP dalam isu ini, walaupun bermula dengan sedikit ‘panas’, akan membuahkan hasil yang mampu membuka jalan keluar yang terang-benderang.
Kesan yang kita mahukan ialah kerajaan mampu menyelamatkan rakyat dari terus terjerumus dalam dosa dan kesan buruk arak selaras dengan tuntutan Allah s.w.t. Saya telah dihubungi oleh Setiausaha DPPP, Saudara Kamarulzaman Mohamad untuk mengadakan pertemuan dengan MB untuk memberikan maklumat lanjut DPPP dalam isu ini.

Lawatan Kerja Ke Kelantan

13 September 2009 - Melakukan LawatanKerja ke Kelantan dan menyaampaikan sumbangan kepada 4 keluarga kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan yang menjadi mangsa nahas maut.

bersama EXCO Kelantan dan keluarga mangsa nahas

suasana dalam Perpustakaan Awam Kelantan di Kota Bharu

Tak lupa singgah di Pasar Siti Khadijah yang kini berubah wajah untuk membeli serunding daging