Sabtu, 5 September 2009

Dr Hamdan Kini Exco Penerangan Juga

ALOR SETAR, 3 September: Ahli Exco yang baru dilantik YB Lim Soo Nee akan mengangkat sumpah pada bila-bila masa mengikut tarikh yang diperkenan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Mesyuarat Mingguan Exco hari ini telah meluluskan YB Lim Soon Nee diberi portfolio Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Masyarakat Siam. Manakala YB Manikumar pula diberi portfolio Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India. “Porfolio Pelancongan memang sesuai dengan YB Manikumar sebab ini bidang dia sebelum dia menjadi Exco lagi,” kata Menteri Besar kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.
Turut terlibat dengan perubahan portfolio kali ini ialah YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah yang melepaskan portfolio Penerangan. “Dengan pengurangan portfolio Penerangan beliau hanya menumpukan kerja sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pertanain dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi” katanya.
Selain itu YB Dr Hamdan Mohamed Khalib yang sudah serasi sebagai Pengerusi Jawatakuasa Tetap Belia & Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan ditambah dengan portfolio Penerangan. Perubahan ini berkuatkuasa hari ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah YB dari Saya

Semoga Amanah yg di berikan ini dapat YB laksanakan dengan jayanya...

Sekadar cadangan utk YB supaya meningkatkan lagi kaedah Penerangan Utk negeri Kedah.

selepas 2 exco pegang jawatan ini saya sekadar mampu bagi 4/10 sahaja.. ini bukan apa dari perhatian kami Kerajaan negeri so far sudah banyak yg dilakukan utk rakyat tetapi medium utk disampaikan dan diberitahu kepada rakyat tak ada... rakyat tertanya-tanya apa yg Kerajaan negeri lakukan... oleh itu diharap YB ada satu inesitif yg baru utk medium maklumat dapat sampai kepada sasarannya...

bab maklumat nie kami rasakan kita ketinggalan dari Selangor dan penang... boleh dikatakan kesemua YB depa blog nya aktif.. mereka kenal apa itu facebook.. mereka jugak mempunya webTV utk makluman kpd rakyat.. kita kedah apa ada..??? Setiap kali MB Selangor buat sidang media ada di rakam dalam webTV selangor.. jadi boleh dikatakan pemimpin selalu dekat dgn rakyat... jangan dok harap buat majlis kenduri dan rasmi itu ini sahaja... itu kaedah lama dan jika dok buat camtu yg dok mai org yg sokong kita shj... yg tidak tentu tak mai jadi medium terpantas adalah INTERNATE.. kalau nak buat webTV bukan susah pon guna aja kamera digital pastu d/load masuk youtube.. bukan mahai pon..

satu lagi yg sayangnya saya tengok banyak blog2 YB kedah tak di update... sibuk terra mana tak tau sampai tak dan nak belek blog tuu...

nie belom cerita facebook lagi.. tentu taktau punya...

diharap penerangan kedah lepas nie xtif la sikit....