Isnin, 21 Mac 2011

21 Mac 2011 - Menziarahi jenazah 5 aktivis seni silat (Pergendangan Seni Silat Kedah) yang telah terkorban dalam nahas jalanraya pagi ini ketika dalam perjalanan pulang dari mengadakan persembahan di Sg. Buloh, Selangor. Nahas berlaku di kawasan laluan Titi Teras, Pendang. Takziah diucapkan kepada ahli-ahli keluarga mangsa. .... Al-Fatihah ....


20 Mac 2011 - Sebelah tengahari, sempat menghadiri walimatul urus anak lelaki kepada YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang telah diadakan di Kg. Teras Jernang, Bangi Selangor.




... sempat juga menyaksikan CIMB KL Open Squash 2011 yang pada masa yang sama berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur ...




19 - 20 Mac 2011 - Sebagi Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Sukan FAM, dijemput menghadiri 4th AFC Conference 2011 on Science and Football Medicine di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


18 Mac 2011 - Sebelah pagi, merasmikan Kejohanan Ping-pong Perpaduan Piala ADUN Tanjung Dawai anjuran bersama PKWR dan Persatuan Ping-pong Melayu Kedah di Dewan Pekan Bedong. Manakala sebelah petangnya, merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Melayu Tertutup Kedah di Dewan Badminton Padang Temusu, Sg. Petani.

... Badminton ...

... Ping-Pong ...

17 Mac 2011 - Klinik Wakaf Sejahtera hari Khamis minggu ke-3 berada di Dewan RPA Sri Tanjung, Sg. Layar.

... Semasa program klinik wakaf berjalan sempat juga menyampaikan sumbangan peralatan sukan (jersi dan bola) kepada belia Kg. Teluk Che Lela ...


15 Mac 2011 - Sebelah malamnya, menghadiri jemputan Majlis Anugerah Sukan Negara di Hotel Mandarin Oriental, KLCC. Majlis Anugerah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Olahragawan Negara telah disandang oleh Mohd Azizulhasni Awang, manakala Datuk Nicol Ann David pula dipilih sebagai Olahragawati Negara.


15 Mac 2011 - Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan di Istana Negara Melawati, Putrajaya. Dianugerahkan Bintang Semangat Rimba Perak oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

.... Sempat bersama dengan salah seorang penerima anugerah ....


13 Mac 2011 - Pada sebelah petangnya, berada di sesi Ramah Mesra Penyokong Bersama Pemain Liga Super 2011 dan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Kedah di Foyer Stadium Darul Aman. Hadir bersama pasukan pilihan B-17 tahun Negeri Kedah dan pasukan B-17 tahun Daerah Chiang Mai, Thailand yang beraksi selepas acara ramah mesra ini.




13 Mac 2011 - Menyampaikan sumbangan Kafalah kepada para waris yang telah kehilangan ahli keluarga yang tersayang di sekitar DUN Tanjung Dawai.


13 Mac 2011 - Sebelah pagi, menziarahi keluarga sebuah rumah yang telah ditimpa musibah angin kencang di kawasan perumahan rumah murah Tanjung Dawai. Pihak PKWR telah dengan segera membaiki kerosakan yang dialami oleh keluarga ini.


12 Mac 2011 - Pada sebelah malamnya, perlawanan Liga Super 2011 diantara Kedah vs Terengganu telah berlangsung di Stadium Darul Aman. Kedah menang bergaya 2 - 1, walaupun pasukan berada di situasi yang sangat tertekan akibat dari desakan dan harapan menggunung para peminat hijau kuning ... Doa dipohon dari semua peminat-peminat, semoga Pasukan Bolasepak Kedah yang kita cintai akan terus beroleh kemenangan dalam kancah Piala Liga Super 2011 dan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2011.


12 Mac 2011 - Majlis Perhimpunan Belia Sejahtera 2011 di Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera. Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar. Penyampaian Anugerah Tokoh-Tokoh Belia Negeri Kedah (pelbagai kategori) juga telah disempurnakan. Hampir 2,000 orang belia dan beliawanis seluruh Negeri Kedah hadir ke majlis ini.


10 Mac 2011 - Majlis Perasmian 3 Tahun Kedah Sejahtera di perkarangan Stadium Darul Aman. Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Antara objektif sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera adalah :
  1. Mempamerkan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah kepada rakyat secara langsung.
  2. Memupuk dan mengukuhkan hubungan antara pimpinan kerajaan dan pentadbiran awam negeri bersama-sama masyarakat melalui pelbagai aktiviti sepanjang program sambutan.
  3. Mendapatkan maklum balas dan rancangan dari rakyat untuk kemajuan negeri.
  4. Memperkenalkan produk dan perkhidmatan dalam pentadbiran Negeri Kedah kepada seluruh rakyat.



... Laporan aktiviti-aktiviti yang terdahulu ...