Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos 2010 - Sebelah petangnya bersama-sama penduduk Kampung Thye Eng Estate dalam Program Sukaneka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 yang dianjurkan oleh Persatuan Pemuda Thye Eng.
























31 Ogos 2010 - Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Kemerdekan ke-53 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah Darul Aman.





30 Ogos 2010 - Berbuka puasa bersama sebuah keluarga ibu tunggal di Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai, bersolat Maghrib di Masjid Sg Pial dan solat Tarawikh di Masjid Tanjung Dawai.






29 Ogos 2010 - Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Kedah di Perantauan bersama YAB Menteri Besar Kedah di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.




28 Ogos 2010 - Majlis Berbuka Puasa Berjemaah / Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin / Sumbangan Bantuan Kewangan daripada Pejabat YAB Menteri Besar kepada pelajar IPTA kemasukan 2010 DUN Tanjung Dawai dan Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kampung Sungai Gelam di Masjid At-Thohir Sungai Gelam.

















27 Ogos 2010 - Sebelah petangnya Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan miskin di Rumah Penyayang As-Sakinah di Pekan Merbok.












27 Ogos 2010 - Majlis Penyampaian Sumbangan Hamper Makanan / Wang Tunai kepada yang memerlukan anjuran MKK Kg Sungai Jagung / Che Bema diadakan secara penyerahan berpusat dan juga pintu ke pintu.



















26 Ogos 2010 -
  1. Mesyuarat Perancang Negeri di Wisma Darul Aman.
  2. Majlis Berbuka Puasa bersama YAB MB dan penyampaian sumbangan kepada guru Al-Quran / Bidan Kampung di Masjid Teroi. (DUN angkat)

25 Ogos 2010 - Menghadiri Majlis Berbuka Puasa / Solat Maghrib / Solat Isya' dan seterusnya Solat Tarawikh di Istana Anak Bukit.



21 - 24 Ogos 2010 - Lawatan kerja Jabatan Muzium Negeri Kedah ke Palembang dalam usaha merapatkan hubungan Kedah - Palembang dan mendapatkan susur sejarah penghijrahan pengaruh keluarga Arab / keluarga Sayyid ke Kedah.











20 Ogos 2010 - Berbuka puasa bersama sebuah keluarga daif di Kampung Thye Eng Estate. Juadah berbuka dibawa oleh PKWR DUN Tanjung Dawai.








18 Ogos 2010 - Bersama petugas PKWR DUN Tanjung Dawai dalam penyediaan bubur kanji dan menyampaikan bubur kanji PKWR dari pintu ke pintu di kampung Segantang Garam. Di pusat khidmat sekitar 500 bungkus tersedia dan cuma bertahan selama 1 jam sahaja ... siapa cepat dia dapat ...






10 - 17 Ogos 2010 - Menghadiri Conference IFLA 2010 di Gothenburg, Sweden. Melawat British Museum dan British Library di kotaraya London, England. Turut serta adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah.
















10 Ogos 2010 - Program PKWR DUN Tanjung Dawai sepanjang Ramadhan 1431H .....
  1. Menyediakan bubur kanji PKWR DUN Tanjung Dawai di perkarangan Pejabat PKWR.
  2. Sumbangan Ramadhan untuk keluarga-keluarga miskin / anak-anak yatim / ibu tunggal.
  3. Berbuka puasa di rumah keluarga-keluarga miskin / rumah anak yatim.
  4. Iftar Jamaie di Masjid Sg Gelam.
  5. Berbuka puasa / Solat Tarawikh di masjid-masjid. (akan ditetapkan)
  6. Sumbangan sempena menyambut Aidil Fitri kepada keluarga-keluarga miskin.
09 Ogos 2010 - Menghadiri Jamuan Istiqbal Ramadhan 1431H di Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Cempedak.


08 Ogos 2010 - Mewakili YAB Menteri Besar Kedah ke Kejohanan TM Langkawi International Mountain Bikes Challenge 2010 di Telaga Harbour, Langkawi.























07 Ogos 2010 - Seminar Halatuju Pembangunan Bolasepak Masa Kini Negeri Kedah Anjuran KFA di Hotel Regency, Alor Setar.






06 Ogos 2010 - Gambar-gambar sekitar Hari Keluarga Muzium Negeri Kedah di Batu Feringgi Pulau Pinang.









05 Ogos 2010 - Program bersama pelajar-pelajar United Kingdom di Kediaman Menteri Besar Sri Mentalon.

04 Ogos 2010 - Temasya Sukan Sungai kali ke-79 Sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah yang ke-83.







03 Ogos 2010
  • Perhimpunan bulanan Wisma Darul Aman .

  • Perlawanan penutup tirai Liga Super 2010 Kedah vs Selangor di Stadium Darul Aman yang berkesudahan Kedah menewaskan Selangor ..... Menang Pulak ..... Kedah berkedudukan di tangga ke lima keseluruhan TM Liga Super.



02 Ogos 2010
  • Menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan kepada penduduk-penduduk miskin di Pejabat Majlis Daerah Yan oleh YAB Menteri Besar Kedah.


  • Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.

30 - 31 Julai 2010 - Gambar-gambar malam sebelum Kongres Tahunan FAM dan suasana Kongres Tahunan FAM kali ke-47 di Hotel Holiday Inn KL Glenmarie.











29 Julai 2010
  • Menghadiri Seminar Sejarah Sungai Petani di Hotel Park Avenue.



  • Mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Akhir dan Sidang Akhbar untuk Sukan Sungai sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
  • Keputusan Separuh Akhir ke-dua Piala Presiden antara Kedah vs Kuala Lumpur di Stadium Cheras, Kedah menang 1 - 0 namun tidak dapat melangkah ke perlawanan akhir kerana Kuala Lumpur mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan.

28 Julai 2010 - Perlawanan Liga Super Kedah vs Pahang di Stadium Darul Aman.


27 Julai 2010 - Ziarah pintu ke pintu menyampaikan Sumbangan Kafalah kepada keluarga yang layak menerimanya.




26 Julai 2010 -
  1. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
  2. Mempengerusikan Mesyuarat Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Budaya di Perpustakaan Awam Alor Setar.
  3. Ceramah Umum di Sungai Layar dalam DUN Tanjung Dawai. Penceramah jemputan adalah YB Nasir Mustafa Adun Kubang Rotan dan Ustaz Idris Ahmad adik kepada ustaz yang mendoakan semoga YAB Lim Guan Eng mendapat hidayah daripada ALLAH dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang.




25 Julai 2010 - Menyaksikan Perlawanan Bolasepak Persahabatan di antara Malaysia dengan Korea Selatan di Stadium Bukit Jalil yang berkesudahan dengan Malaysia berjaya menewaskan Korea Selatn dengan satu gol tanpa balas.




24 Julai 2010 - Mewakili YAB Menteri Besar Kedah ke Pertandingan Akhir Badminton Proton Terbuka Kedah di Dewan Badminton KBA Suka Menanti, Alor Setar.

23 Julai 2010 - Merasmikan Kejohanan Tomoi Jemputan Kedah Anjuran Persatuan Tomoi Garuda Pendang di Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah Pendang.