Ahad, 30 November 2008

Skuad Hijau Kuning di Merbok

Merbok, 29 Nov 2008 - Jelajah Skuad Liga Super Kedah keseluruh negeri sampai ke vanue ketiga iaitu di daerah Kuala Muda. Berbagai acara telah diadakan seperti sesi beramah mesra dengan peminat, sumbangan kepada anak yatim dan perlawanan persahabatan bertempat di padang Maktab Rendah Sains Mara, Merbok di sini.



Hampir 5000 orang membanjiri padang MRSM Merbok untuk melihat dari dekat pemain kesayangan mereka. Rombongan pemain yang tiba dengan sebuah bas pada jam 3.30 petang diberi peluang untuk bersama penyokong setia mereka yang turut mengambil kesempatan mendapatkan tandatangan pada poster dan baju serta bergambar dengan pemain.


Selepas solat asar bejamaah bersama pemain dan pegawai pasukan, skuad hijau kuning telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Kuala Muda dimana berkesudahan Skuad Kenari berjaya menewaskan Pilihan Kuala Muda dengan 1 gol tanpa balas.


YB Dr Hj Hamdan Mohaemed Khalib dalam ucapan perasmiannya mengingatkan agar semua pemain bermain secara berhati-hatibagi mengelakkan kecederaan.


Ketua Jurulatih Kedah mewakili KFA menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Madrasah Zubaidiyah, Merbok.


Semua pemain dan pegawai turut diraikan dalam satu majlis makan malam ringkas dengan menu istimewa 'gulai ikan semilang' di Sungai Pial





Dr Hamdan menyampaikan cenderahati kepada Pengetua MRSM







solat asar berjamaah di khemah yang disediakan khas

kedua-dua pasukan bergambar kenangan


pavilion penuh sesak



kehadiran peminat setia yang mengelilingi padang

peminatjiga berpeluang 'merasai' 3 Piala yang dipamerkan




peminat mengerumuni pemain selepas perlawanan

gulai semilang yang beberapa kali dah masuk surat khabar dan tv





Rabu, 26 November 2008

Bolasepak


Jelajah Skuad Liga Super Kedah ke Daerah Kuala Muda
29 November 2008
3.00 Petang
Padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok
saksikanlah perlawanan persahabatan
KEDAH D.A.
vs.
Pilihan Kuala Muda
Datanglah beramai-ramai

Selasa, 25 November 2008

Pusat Diminta Tidak Sekat Hak Rakyat

ALOR STAR – Mengambil sikap berhemah, profesional dan tenang, AhliMesyuarat Kerajaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,Kesenian dan Warisan, Kebudayaan, YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib masih mengharap Kerajaan Persekutuan dapat memperuntukkan sejumlah perbelanjaan kepada Kerajaan Negeri Kedah dalam pembangunan belia dan sukan negeri.
Beliau berkata demikian semasa diajukan oleh Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Belantek, YB Tajudin Abdullah pada Sidang Dewan UndanganNegeri baru-baru ini. YB Tajudin ingin penjelasan daripada pihakKerajaan Negeri sejauh manakah hasrat kerajaan dalam pembangunan beliatelah dilaksanakan.


Setelah Pakatan Rakyat menerajui pimpinan Kedah selepas Pilihan Rayake-12, segala peruntukkan perbelanjaan negeri telah disekat oleh kerajaan pusat yang telah membantutkan proses pembangunan negeri danseluruh rakyat. Ini tidak sepatutnya berlaku, Kerajaan Persekutuan perlu reda dengan kekalahan yang dialami dan mengambil sikap kerjasama dengan seluruhnegeri tanpa mengira siapakah pemimpinnya bagi kemajuan danpembangunan Negara.


"Jika kerajaan pusat beri kerjasama dan tidak anak tirikan KerajaanNegeri, sudah tentu tak jadi masalah untuk melaksanakan pembangunan belia, jika mereka terus bersikap mengabaikan, saya tidak ragu-ragu untuk mewujudkan sebuah urus setia yang dapat membentuk pembangunan belia mengikut acuan Kerajaan Negeri yang mementingkan sahsiah diri dan dapat melahirkan pemimpin yang berketrampilan.


"Saya masih mengambil sikap mengharap, bersama-sama YB Bukit KayuHitam iaitu Ahli Majlis Belia Negeri bekerjasama dalam membentuk belia negeri Kedah. "Saya pernah bercakap dengan Setiausaha Majlis Belia Negeri (MBN), beliau berkata kepada saya, kalau saya menjejak kaki ke Wisma DarulAman, mungkin keseluruhan peruntukan belia daripada MBN tak dapat,"jelas beliau.

Rabu, 12 November 2008

Penyelewengan KFA: Itu Cerita Lama

ALOR STAR: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib menolak dakwaan mengenai laporan penyalahgunaan kuasa dan juga penyelewengan wang dalam KFA.
"Perkara itu merupakan kisah lama dan sekarang kita mulakan pengurusan yang baru mengikut nasihat Presiden KFA yang juga Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan penyalahgunaan kuasa dan juga penyelewengan wang dalam KFA.Satu laporan mengenai penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana oleh pegawai dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah dibuat baru-baru ini.
Anggota Majlis KFA, Mohamed Shariff Nawab berkata, beliau terpaksa membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai beberapa tindakan salah laku serta penyelewengan yang dilakukan beberapa pegawai dalam KFA."Saya tiada pilihan lain kecuali membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap kes terbabit disebabkan kegagalan pemimpin KFA mengadakan Mesyuarat Majlis menurut perlembagaannya," jelasnya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, sepatutnya mengikut perlembagaan persatuan, Mesyuarat Majlis perlu dijalankan setiap tiga bulan sekali bagi memberi peluang kepada anggota majlis berbincang, mengkaji dan membuat keputusan ke atas sesuatu isu dalam pentadbiran KFA.Beliau mendakwa, mesyuarat majlis terakhir diadakan adalah pada bulan Jun lalu dan kini tidak ada ura-ura yang mengatakan mesyuarat akan diadakan, jadi beliau sudah tiada pilihan lain kecuali membuat laporan kepada pihak berkuasa sebagai jalan keluar untuk mendapatkan kepastian terhadap segala keraguan dan syak wasangka yang timbul dalam KFA sendiri.

Selasa, 11 November 2008

Majlis Taklimat dan Dialog Ketua Kampung

Merbok, 10 Nov - Satu majlis Taklimat dan Dialog bersama Ketua-ketua Kampung / Komuniti telah diadakan di dewan PUTIM di sini. 57 orang Ketua Kampung dari seluruh kawansan DUN Tanjong Dawai hadir dalam majlis tklimat yang disampaikan sendiri oleh ADUN Tanjong Dawai.
Dalam majlis itu YB Dr Hamdan telah menerangkan secara terperinci peranan yang perlu dimainkan secara berkesan oleh semua Ketua Kampung supaya segala maklumat dan bantuan dapat diperolehi dan disalurkan kepada orang yang sepatutnya.
Mereka juga diminta bersedia pada bila-bila masa, sekiranya beliau berhajat turun ke sesuatu kampung, beliau hanya akan menelefon ketua-ketua ini.
Beliau juga turun menerangkan kuasa-kuasa yang ada dan boleh dilaksanakan oleh ketua kampung ini.
Dalam pada itu beberapa ketua kampung yang ditemui melahirkan rasa lega kerana beberapa masalah yang terbuku kini mendapat penjelasan dan selepas ini tiada alasan lagi selain melaksanakan tanggung jawab sebaik mungkin.
Beberapa orang ketua kampung turut mengambil bahagian dalam sesi dialog yang diadakan di penghujung program.
penerangan panjang lebar oleh YB Dr Hamdan
En Elias, Setiausaha Khas YB yang juga Ahli Majlis MPSPK turut memberi taklimat mengenai peranan dan hubungan Ketua Kampung dengan pihak berkuasa tempatan

antara yang hadir


Tuan Hj Shuib dari Taman Seri Tanjung mengemukakan soalan kepada YB

Mr Teoh, Ketua Komuniti Semeling turut mengambil bahagian

menjamah jamuan sambil bertukar-tukar fikiran






Isnin, 10 November 2008

Isteri YB di Program PASTI Merbok

Puan Norhanani Abdul Hamid, isteri kepada YB Dr Hamdan menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang dalam Majlis Ihtifal Pasti Kawasan Merbok 2008 yang diadakan di PUTIM

Jumaat, 7 November 2008

Hero Baru Skuad Kenari

ALOR STAR, 6 November: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menurunkan barisan muda dalam skuad Liga Super bagi musim depan.Setiausaha Kehormat KFA yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Keseniaan, Warisan dan Kebudayaan, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib berkata, pemilihan barisan pemain muda bagi musim depan dilihat sebagai satu formula baru."Formula ini adalah gandingan daripada pasukan sedia ada dengan pemain baru yang muda dan pantas agar mereka dapat mempamerkan aksi yang lebih lincah ketika beraksi di padang," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain bagi Skuad Liga Super Musim 2009 di Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman, di sini.Menurutnya, pemilihan pemain muda ini dilihat sebagai satu adunan baru dalam pasukan Kedah bagi memantapkan lagi prestasi serta mutu persembahan pasukan dalam mempertahankan kejuaraan Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia bagi dua tahun berturut-turut.Jelasnya, pemilihan barisan pemain baru bagi musim depan adalah dibuat berdasarkan kepada nasihat daripada pihak pengurusan dan juga jurulatih pasukan Kedah sendiri."Walaupun pada musim depan terdapat format baru iaitu tiada lagi pemain import yang akan beraksi, namun kita cukup yakin bahawa gandingan pasukan muda yang diturunkan musim depan bakal mempamerkan aksi yang lebih berkualiti dan memastikan pasukan Kedah berjaya mengukir kecemerlangan berlipat kali ganda lagi," ujarnya.Dalam pada itu, lapan pemain baru turut hadir bagi menandatangani kontrak bagi Skuad Liga Super musim depan yang membariskan empat pemain baru iaitu bekas pemain Perak, Shahrul Nizam Mustafa,27, bekas pemain pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM),Afif Amiruddin,25, dan dua orang bekas pemain Pulau Pinang iaitu Farizal Rozali,25, dan Azrul Ahmad, 23.Manakala empat lagi pemain adalah dari Kedah sendiri iaitu, pemain Kedah yang menandatangani semula kontrak dengan Kedah,Rafiz Abu Bakar,27, dan tiga orang pemain baru dari Skuad Piala Presiden iaitu, Fadly Baharom,17, Faizal Abu Bakar, 17, dan Manopsak, 20, yang diserapkan ke dalam pasukan Skuad Liga Super."Bagi pemain baru, mereka akan diikat kontrak selama dua tahun, manakala bagi pemain muda dari skuad Piala Presiden mereka akan diikat selama tiga tahun dan bagi pemain lama yang telah tamat kontrak, kita akan adakan kontrak yang baru kepada mereka," jelasnya.Beliau yakin dengan adanya gandingan pemain lama dan juga baru ini pasukan Kedah mampu mengekalkan aksi yang lebih cemerlang dan mampu mencapai sasaran jaringan yang banyak bagi musim depan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) masih lagi menjadi penaja utama bagi pasukan Kedah bagi musim depan