Jumaat, 30 Mei 2008

Berlepas ke Terengganu

Saya akan ke Terenganu untuk bersama Kontinjen Kedah di Sukan Malaysia (SUKMA) sehingga Jumaat depan. Walaupun semua peserta dijanjikan habuan hadiah oleh kerajaan negeri, tetapi kehadiran di vanue-vanue sukan tentu akan menyuntik semangan atlet untuk bekerja keras bagi mencapai target membawa pulang 36 pingat emas.

Khamis, 29 Mei 2008

Cabaran Baru Bermula

Meja pun makin penuh, kadang-kadang tak sempat kemas, selerak tak macam meja. Menjadi exco untuk semua rakyat Kedah dalam masa yang sama perlu jaga kebajikan dan perasaan seluruh pengundi dan rakyat di DUN Tanjong Dawai, dah serik rasanya. Apa pun tanggungjawab dan amanah ini perlu diselesaikan sebaik mungkin. Kalau lepas ni tak jadi exco dah, biarlah sebab nak beri peluang kepada rakan-rakan yang lain, janganlah sebab tak perform pula.
Rasanya banyak lagi rungutan dan hajat rakyat yang belum dapat dilunaskan, apa lagi permintaan penyokong dan pengundi kita sendiri. Banyak biji lagi bola yang perlu disumbangkan kepada para pemuda, itu belum lagi stadium mini atau komplek sukan yang jadi cita-cita untuk dibina.
Tak sempat lagi nak fikir trek untuk sukan bermotor, polisi hiburan juga belum boleh diselesaikan untuk diumum kepada rakyat walaupun beberapa kali dicabar pihak tertentu yang cuba nak meneruskan budaya hiburan melampau di negeri ini.
Apa pun kemenangan yang didoakan semua telah dimakbulkan Allah, mahu tak mahu perlulah digalas amanah yang amat berat ini.

Untuk kemudahan semua sekiranya tidak dapat menghubungi saya atau tiada masa ke Pusat Khidmat atau pun saya tidak sempat melayani temujanji anda, bolehlah dapatkan bantuan dari individu berikut;

1. Ustaz Azizan Hamzah - Wakil Khas
(019 548 9991)
2. En Elias Ibrahim - Setiausaha Khas
(017 400 1947)
3. Mr Teoh - Wakil Kaum Tionghua
(019 470 0400)
4. Mr Tiagu - Wakil Kaum India
(019 457 2983)

Rabu, 28 Mei 2008

Meraikan Kontinjen Sukma Kedah

Setelah pada malamnya peserta kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu mengikuti majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat, paginya pula mendengar amanat pembesar negeri dan menerima bendera.


YAB MB turut sama meluangkan masa bersama kontinjen Kedah dalam majlis penyerahan bendera negeri yang diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintuk.





Selasa, 27 Mei 2008

Rasmi Program Silat Gayong

Banyak yang boleh dipelajari dari program yang dianjurkan Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia ini. Orang nombor satunya Cikgu Majid yang berucap dalam majlis tersebut berjaya menyorot sejarah dari zaman Hang Tuah hinggalah selepas Merdekamenarik minat saya walaupun beberapa fakta sedikit tersasar.
Penuh protokol walaupun majlis diadakan di kaki lima kompleks membeli belah SP Plaza, stratego promosi yang bagus tanpa perlu belanja yang tinggi.


Terima kasih saya ucapkan kepada persatuan yang bersusah payah menganjurkan program yang sepatutnya saya perlu fikir untuk adakan

Ahli Majlis ni pun turut sama meraikan pendekar-pendekar melayu..

Isnin, 26 Mei 2008

Rasmi Sukan Pasti

Saya amat teruja melihat kehebatan Jabatan PASTI Negeri Kedah menganjurkan Karnival Sukan PASTI 2008 di Stadium Sulan Abdul Halim Sukan Menanti. Bukannya apa, walaupun menganjurkan beberapa acara sukan untuk anak-anak PASTI, namun kepayahan mengendali 15 kontinjen dari kawasan-kawasan seluruh negeri pastinya menguji kesabaran dan memerlukan skill pengurusan yang tinggi. Menganjurkan sukan tanpa penaja korporat jauh sekali GLC memerlukan pengorbanan luar biasa kerana hadiah yang tidak seberapa tentu tidak dapat menarik kehadiran peserta kalau ianya bukan PASTI. Kalau dikira bilangan kontinjen, lebih kurang Sukma, tentulah berbagai kerenah perlu ditangani terutama dari guru, ibu bapa dan jawatankuasa Pasti Kawasan yang menyertai sukan ini.
Bagi saya, tenaga dan kemahiran yang ada di dalam PAS seperti ini kalau setakat nak jaga persatuan sukan lain yang punyai kemampuan kewangan, small matter!!
Lihatlah bagaimana susah nak menyusun peserta yang kebanyakan berusia enam tahun kebawah yang boleh dikira tak reti bahasa lagi, calang-calang orang tentulah habis dijerkahnya budak-budak itu..



Ahad, 25 Mei 2008

Siang berganti malam

Seharian menjelajah kawasan, tibalah pula malam. Ada lagi kewajiban jamaah yang perlu diberi perhatian. 19 Mei, 9.00 malam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Merbok. Inilah masanya untuk muhasabah dan menerima komen-komen dari sahabat AJK PAS Kawasan untuk gerakerja dan khidmat yang diberikan. Banyak perkara yang perlu dibincang untuk melancarkan tugas-tugas membela nasib rakyat,

Lagi Laporan Lewat

17 Mei - Mewakili MB ke majlis bersama DYMM Sultan di Langkawi dan terus ke Kuala Lumpur juga mewakili MB dalam satu majlis yang disertai SPB Yang Dipertuan Agung. Beberapa peristiwa berlaku di kawasan yang dilaporkan oleh para sahabat, terpaksalah ditangguh dulu.
19 Mei- Kembali dari outstation kebetulan cuti Hari Wesak, adalah sikit masa nak lawat kawasan. Beberapa hari berada diluar, banyak tugasan yang perlu diselesaikan, banyak hajat yang perlu dipenuhi..Memeriksa ubat aktivis Sg Layar, itulah satu-satunya kelebihan sebagai doktot..kenai ubat.
Hebat rasanya bila dapat ziarah keluarga "Syuhada' Merbok' yang berkhidmat sehingga keakhir hayat. Kak Zah, guru Pasti yang meninggal ketika hari Sukan Pasti Merbok merupakan seorang yang agak rapat sejak belum jadi YB lagi.
Ya Allah berilah kesihatan kepada satu-satunya Tok Guru di Merbok ini..

Semoga Allah memberi hidayah kepada pak cik ini dan melembutkan hati anak-anak cucunya. Dia merupakan veteren umno di Permatang Tok Sora dalam UPU Kg Pasir yang PAS tewas agak banyak.




Sabtu, 24 Mei 2008

Semua Kaum Dilayan Sama-rata

16 Mei, Semeling - Satu Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Tionghua diadakan disebuah dewan tokong cina di Pekan Semeling, di sini. Lebih 500 orang hadir yang kebanyakannya adalah kaum tionghua yang datang untuk bersama-sama untuk mendengar maklumat terkini kerajaan negeri dan berkongsi idea untuk kesejahteraan semua.
Dalam majlis tersebut, hadirin diberi peluang untuk memberi pendapat dan komen kepada kerajaan dan wakil rakyat mereka. Rata-rata orang-orang cina tidak mengharapkan pembangunan yang hebat dibawa kepada mereka, apa yang penting hanyalah kehidupan yang sempurna dari aspek kebersihan dan persekitaran yang tenteram dan harmoni.
Orang cina hanya nakkan sedikit perhatian, oleh itu masalah-masalah yang dihadapi di tempat tinggal mereka perlu diperbaiki seperti masalah sampah, longkang tersumbat dan banjir kilat.
Kita harap kerajaan yang ada dan juga pentadbiran majlis daerah dan perbandaran yang baru mengambil berat masalah seperti ini walau pun ia dikira remeh.


Beberapa aktiviti yang lewat disiarkan

15 Mei 2008- Mewakili Kerajaan Negeri ke Majlis Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan di Bukit Jalil. Walaupun kerusi disediakan di tempat yang agak belakang, namun sempat juga bertemu dan berbincang dengan beberapa EXCO Belia dan Sukan dari negeri-negeri di bawah naungan Pakatan Rakyat.
16 Mei 2008 - Balik dari Kuala Lumpur, kena la pulak melayan kakitangan Perbadanan Stadium Negeri Kedah sempena Hari Keluarga yang dianjurkan di perkarangan Stadium Darulaman.

Selamat Kembali

Assalamualaikum..

ADMIN memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana tidak dapat mengemaskini blog selama dua minggu, juga kepada YB yang ternanti-nanti bahan yang telah diberi disiarkan. Kesibukan menyelesaikan beberapa tugasan membataskan masa dan menyekat idea untuk update laman ini.

Ahad, 11 Mei 2008

Nasibla dah jadi exco..

Selasa lepas ke Langkawi dan bermesyuarat exco kerajaan negeri di sana hingga rabu.

Lepas tu terus ke Kuala Lumpur sebagai wakil ke majlis perasmian Mihas pada hari khamis. Jumaat menggagahkan diri kemesyuarat bersama Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), ok juga kerana sempat bincang banyak benda dengan Leftenan Jeneral (B) Datuk Azzudin, SU Agung FAM

Niat nak ke Myanmar bersama misi kemanusiaan Yayasan Amal terbantut kerana halangan Junta Tentera Myanmar. Maafla kawan-kawan yang pesan batu cincin tu, lain kali2.

Di kawasan pula ada dua tiga tugasan yang perlu diberi muka.

Keluarga mangsa kemalangan yang tinggal di Jilid 1 perlu dikunjungi. Dalam kemalangan yang berlaku selasa lalu, anak mereka pelajar tahun empat meninggal dunia selepas dihempap tembok penahan longkang yang dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Batu Hampar, Merbok.
Ibu tunggal yang menderita diabetis dan kehilangan separuh kaki kirinya, diuji lagi apabila emaknya yang uzur yang tinggal bersama telah pergi buat selama-lamanya, teringin juga nak ziarah sekali lagi.

Sebak pula tengok anak pasangan india yang menganggur di taman perumahan sebelah AIMST yang menderita ketumbuhan di dalam otak, saya sendiri rasanya tak pernah dengar nama tumor yang disebut dalam laporan pakar yang mereka tunjuk.
Nak kata lupa, baru dua bulan lebih tak pi klinik. Tengok sendirilah kepala pelajar perempuan tahun tiga ini yang telah menjalani beberapa kali pembedahan.
Kakinya tak dapat digerakkan macam kena strok.
Jika ada sesiapa yang membantu meringankan beban keluarga ini, bolehla menghubungi saya di nombor yang tertera di dalam blog ini.

Sabtu, 10 Mei 2008

Sebahagian Rakyat Terima Kenyataan

Dalam kesempatan masa yang amat terhad, sempat juga 'squeeze' untuk hadiri jemputan kenduri kahwin di DUN Tg Dawai. Kebanyakan majlis yang dikunjungi kebelakangan ini adalah dari atas hingga ke luar dari pagar perjuangan yang kita dokongi ini.
Respon yang sungguh memberangsangkan. Mungkin mereka dah menerima hakikat bahawa setelah sebelas kali, kali kedua belas mereka berkerajaankan pihak yang mereka anggap musuh turun temurun. Kita percaya ramai yang sebelum ini menyokong BN secara buta-tuli kerana keluarga dan orang sekeliling.
Lega rasanya bila dah kurang kelihatan mulut-mulut muncung yang mencebek apabila melihat kita. Kalau penyokong kita, nampak kenderaan kita dari jauh dah senyum dah. "Hmm YB mai kampung aku.."

Khamis, 8 Mei 2008

InsyaAllah Saya bersama Yayasan Amal akan ke Myanmar Sabtu ini

Kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor membela nasib rakyat bukan saja diterjemahkan kepada rakyat Selangor tetapi turut dihulurkan kepada mangsa Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.
Keprihatinan kerajaan Selangor itu dibuktikan dengan penyaluran sumbangan kewangan sebanyak RM1 juta di atas nama Yayasan Amal Malaysia.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Penasihat Yayasan Amal Malaysia telah menyerahkan cek bernilai RM1 juta itu kepada Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamaluddin Elias di tingkat lima, bangunan SUK, Shah Alam, petang tadi.
Yayasan Amal Malaysia akan menghantar kumpulan pertama atas nama Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Mynmar pada hari Sabtu, 10 Mei ini.
Kumpulan pertama diketuai Presiden Yayasan Amal, Haji Hussein Ismail bersama Jamaluddin dan tiga orang doktor perubatan iaitu, Dr Rani sebagai Naib Presiden Yayasan Amal; Pengerusi Cawangan Selangor, Dr Ahmad Yunus dan Ketua Biro Perubahan, Dr Hamdan Mohamed Khalib.
Kerajaan Selangor turut menyediakan ruang di Dataran Usahawan Bangunan SUK sebagai pusat operasi atau bilik gerakan sementara Yayasan Amal Malaysia.
Menurut Jamaluddin, sukarelawan Yayasan Amal yang telah melaporkan diri untuk menyertai misi itu kini mencecah 85 orang.
"Mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran bersedia ke Mynmar untuk memberi bantuan bagi meringankan bebanan dan tekanan rakyat yang ditimpa bencana alam," ujar Jamaluddin. Katanya, kumpulan Yayasan Amal pertama yang akan berlepas Sabtu ini cuba mengesan kawasan yang paling kritikal dan selamat untuk tenaga sukarelawan Yayasan Amal menjalankan tugasan.

InsyaAllah jika tidak ada aral melintang saya akan turut serta dalam rombongan ini, sama-samalah kita berdoa agar diberi kekuatan untuk terus beramal.

Jumaat, 2 Mei 2008

Terrer la Kampung Bujang

Pemuda PAS Kampung Bujang telah mengorak langkah membantu merancakkan aktiviti sukan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Kg Bujang menganjurkan perlawanan bolasepak 9 sebelah yang telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Bujang pada 1 Mei 2008 sempena cuti umum hari buruh.
Pertandingan itu diadakan bagi mencungkil bakat baru pemain bolasepak untuk mewakili kampung mereka diperingkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada pemuda Kg Bujang.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada sebelah malam di Dewan Orang Ramai Kg Bujang dan telah disempurnakan oleh Setiausaha Khas ADUN Tg Dawai, Sdr Asri yang mewakili YB Dr Hamdan yang tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat tergempar Jawatankuasa Membasmi Gejala Sosial di Sungai Petani.
Diharap pemuda-pemuda dari kampung atau cawangan lain akan turut sama mengadakan program sebegini bagi memajukan sukan negeri Kedah khasnya.

Konsert Gegeriuh Dibatalkan

Sungai Petani: 1 Mei - "Hanya karnival jualan dibenarkan, persembahan pentas dilarang sama sekali". Itulah ketegasan yang ditunjukan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam membendung masalah sosial yang amat meruncing terutama dikalangan remaja di negeri Kedah khasnya.
Pengerusi Jawatankuasa Membasmi Gejala Sosial yang juga EXCO Kerajaan negeri Kedah YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib telah bertindak memanggil penganjur konsert sempena karnival yang akan diadakan oleh sebuah syarikat telekomunikasi di padang awam Taman Rias Jaya di sini.
Pertemuan penganjur bersama Jawatankuasa Membasmi Gejala Sosial dan Jawatankuasa Kariah Taman Ria Jaya, Sungai Petani telah berbincang mengenai status konsert yang akan diadakan. Walaupun kelulusan dan permit telah dikeluarkan disaat akhir oleh pihak berkuasa namun kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik membatalkan sebarang persembahan pentas diadakan. Kehadiran artis yang telah pun dijemput hanya dibenarkan bersama pengunjung dikawasan karnival sahaja.


Jawatankuasa ini mempertikaikan kelulusan yang diberi tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.


" Walaupun kerajaan baru Kedah belum mengeluarkan garis panduan lengkap dan polisi berkenaan hiburan, keputusan yang dibuat hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada kerajaan negeri kerana imej islam yang akan dibawa PAS yang menerajui Pakatan Rakyat di Kedah untuk dilaksanakan akan terjejas". ujar Dr Hamdan.

" Kita amat berharap polisi kerajaan negeri berkenaan hiburan akan dikeluarkan secepat mungkin bagi mengelakan sebarang salah faham seperti ini dan persepsi negatif dari masyarakat terhadap hala tuju kerajaan PR dalam membendung gejala sosial" tegasnya lagi.

Alhamdulillah, konsert tersebut dibatalkan dan diharap golongan remaja akan sedikit sebanyak terhindar dari program hiburan sebegini kerana dikonsert-konsert sebeginilah tempat berkumpulnya berbagai ragam manusia dan kita jangan lupa kisah hitam black metal satu ketika dahulu mulanya di banda Sungai Petani inilah.

Cuti Hari Pekerja..

Cuti hari pekerja dimanfaatkan oleh sebilangan sahabat-sahabat dari Kampung Belau, Merbok untuk mengadakan program gotong-royong membersih surau.
Walaupun sekadar hadir untuk meraikan rakyat namun masa yang diluangkan sedikit memberi kelegaan kepada mereka yang sebelum ini mungkin tidak berpeluang mendampingi wakil rakyat mereka.
















Apa pun kami semua dikejutkan dengan kehadiran seorang makcik yang datang menghamburkan kemarahan kepada semua yang berada disitu.
"..hampa mai buat apa, ni bukan surau hampa, tu kerusi tu hak umno tu.."
Makcik tersebut turut bertindak mengunci pintu surau dan terus berlalu apabila gagal menghalau kawan-kawan kita yang ada di situ.
Walaubagaimana pun tiada kejadian tidak diingini berlaku dan program diteruskan sehingga selesai.



















Seperti biasa dihari cuti ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin. Apa lagi, lima jemputan kenduri diterima dan perlu dihadiri.


















Tanah masam yang perlu dicari jalan penyelesaian yang praktikal untuk membantu petani memperolehi pendapat yang setimpal ketika negara semakin dihimpit krisis makanan dan harga beras yang turun naik di negeri Kedah sendiri.

Kesempatan bersama rakyat bagi mendengar masalah yang dihadapi.


















Meraikan program bersama rakyat. Memilih pemenang gubahan dan kuah rojak paling sedap tu bukan kerja doktot, apa pun terpaksa compare dengan apa yang mak kita masak, tentu itulah yang paling sedap..

Khamis, 1 Mei 2008

Melawat Muzium

Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam menjaga warisan, maka sedikit masa diambil untuk melawat Muzium Negeri Kedah dan Muzium Padi. Lawatan ini telah memberi gambaran yang lebih jelas mengenai perjalanan muzium yang memainkan peranan menyimpan khazanah bangsa, selain dapat mengenali kakitangan yang bertugas dengan lebih dekat lagi.