Kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor membela nasib rakyat bukan saja diterjemahkan kepada rakyat Selangor tetapi turut dihulurkan kepada mangsa Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.Keprihatinan kerajaan Selangor itu dibuktikan dengan penyaluran sumbangan kewangan sebanyak RM1 juta di atas nama Yayasan Amal Malaysia.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Penasihat Yayasan Amal Malaysia telah menyerahkan cek bernilai RM1 juta itu kepada Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamaluddin Elias di tingkat lima, bangunan SUK, Shah Alam, petang tadi.
Yayasan Amal Malaysia akan menghantar kumpulan pertama atas nama Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Mynmar pada hari Sabtu, 10 Mei ini.
Kumpulan pertama diketuai Presiden Yayasan Amal, Haji Hussein Ismail bersama Jamaluddin dan tiga orang doktor perubatan iaitu, Dr Rani sebagai Naib Presiden Yayasan Amal; Pengerusi Cawangan Selangor, Dr Ahmad Yunus dan Ketua Biro Perubahan, Dr Hamdan Mohamed Khalib.
Kerajaan Selangor turut menyediakan ruang di Dataran Usahawan Bangunan SUK sebagai pusat operasi atau bilik gerakan sementara Yayasan Amal Malaysia.
Menurut Jamaluddin, sukarelawan Yayasan Amal yang telah melaporkan diri untuk menyertai misi itu kini mencecah 85 orang.
"Mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran bersedia ke Mynmar untuk memberi bantuan bagi meringankan bebanan dan tekanan rakyat yang ditimpa bencana alam," ujar Jamaluddin. Katanya, kumpulan Yayasan Amal pertama yang akan berlepas Sabtu ini cuba mengesan kawasan yang paling kritikal dan selamat untuk tenaga sukarelawan Yayasan Amal menjalankan tugasan.

InsyaAllah jika tidak ada aral melintang saya akan turut serta dalam rombongan ini, sama-samalah kita berdoa agar diberi kekuatan untuk terus beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan