Sungai Petani: 1 Mei - "Hanya karnival jualan dibenarkan, persembahan pentas dilarang sama sekali". Itulah ketegasan yang ditunjukan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam membendung masalah sosial yang amat meruncing terutama dikalangan remaja di negeri Kedah khasnya.
Pengerusi Jawatankuasa Membasmi Gejala Sosial yang juga EXCO Kerajaan negeri Kedah YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib telah bertindak memanggil penganjur konsert sempena karnival yang akan diadakan oleh sebuah syarikat telekomunikasi di padang awam Taman Rias Jaya di sini.Pertemuan penganjur bersama Jawatankuasa Membasmi Gejala Sosial dan Jawatankuasa Kariah Taman Ria Jaya, Sungai Petani telah berbincang mengenai status konsert yang akan diadakan. Walaupun kelulusan dan permit telah dikeluarkan disaat akhir oleh pihak berkuasa namun kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik membatalkan sebarang persembahan pentas diadakan. Kehadiran artis yang telah pun dijemput hanya dibenarkan bersama pengunjung dikawasan karnival sahaja.
Jawatankuasa ini mempertikaikan kelulusan yang diberi tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
" Walaupun kerajaan baru Kedah belum mengeluarkan garis panduan lengkap dan polisi berkenaan hiburan, keputusan yang dibuat hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada kerajaan negeri kerana imej islam yang akan dibawa PAS yang menerajui Pakatan Rakyat di Kedah untuk dilaksanakan akan terjejas". ujar Dr Hamdan.
" Kita amat berharap polisi kerajaan negeri berkenaan hiburan akan dikeluarkan secepat mungkin bagi mengelakan sebarang salah faham seperti ini dan persepsi negatif dari masyarakat terhadap hala tuju kerajaan PR dalam membendung gejala sosial" tegasnya lagi.
Alhamdulillah, konsert tersebut dibatalkan dan diharap golongan remaja akan sedikit sebanyak terhindar dari program hiburan sebegini kerana dikonsert-konsert sebeginilah tempat berkumpulnya berbagai ragam manusia dan kita jangan lupa kisah hitam black metal satu ketika dahulu mulanya di banda Sungai Petani inilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan