Jumaat, 2 Mei 2008

Terrer la Kampung Bujang

Pemuda PAS Kampung Bujang telah mengorak langkah membantu merancakkan aktiviti sukan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Kg Bujang menganjurkan perlawanan bolasepak 9 sebelah yang telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Bujang pada 1 Mei 2008 sempena cuti umum hari buruh.
Pertandingan itu diadakan bagi mencungkil bakat baru pemain bolasepak untuk mewakili kampung mereka diperingkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada pemuda Kg Bujang.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada sebelah malam di Dewan Orang Ramai Kg Bujang dan telah disempurnakan oleh Setiausaha Khas ADUN Tg Dawai, Sdr Asri yang mewakili YB Dr Hamdan yang tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat tergempar Jawatankuasa Membasmi Gejala Sosial di Sungai Petani.
Diharap pemuda-pemuda dari kampung atau cawangan lain akan turut sama mengadakan program sebegini bagi memajukan sukan negeri Kedah khasnya.

Tiada ulasan: