Khamis, 29 Mei 2008

Cabaran Baru Bermula

Meja pun makin penuh, kadang-kadang tak sempat kemas, selerak tak macam meja. Menjadi exco untuk semua rakyat Kedah dalam masa yang sama perlu jaga kebajikan dan perasaan seluruh pengundi dan rakyat di DUN Tanjong Dawai, dah serik rasanya. Apa pun tanggungjawab dan amanah ini perlu diselesaikan sebaik mungkin. Kalau lepas ni tak jadi exco dah, biarlah sebab nak beri peluang kepada rakan-rakan yang lain, janganlah sebab tak perform pula.
Rasanya banyak lagi rungutan dan hajat rakyat yang belum dapat dilunaskan, apa lagi permintaan penyokong dan pengundi kita sendiri. Banyak biji lagi bola yang perlu disumbangkan kepada para pemuda, itu belum lagi stadium mini atau komplek sukan yang jadi cita-cita untuk dibina.
Tak sempat lagi nak fikir trek untuk sukan bermotor, polisi hiburan juga belum boleh diselesaikan untuk diumum kepada rakyat walaupun beberapa kali dicabar pihak tertentu yang cuba nak meneruskan budaya hiburan melampau di negeri ini.
Apa pun kemenangan yang didoakan semua telah dimakbulkan Allah, mahu tak mahu perlulah digalas amanah yang amat berat ini.

Untuk kemudahan semua sekiranya tidak dapat menghubungi saya atau tiada masa ke Pusat Khidmat atau pun saya tidak sempat melayani temujanji anda, bolehlah dapatkan bantuan dari individu berikut;

1. Ustaz Azizan Hamzah - Wakil Khas
(019 548 9991)
2. En Elias Ibrahim - Setiausaha Khas
(017 400 1947)
3. Mr Teoh - Wakil Kaum Tionghua
(019 470 0400)
4. Mr Tiagu - Wakil Kaum India
(019 457 2983)

Tiada ulasan: