Sabtu, 20 Februari 2010

Kedah-Satun Erat Hubungan Dua Hala

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

SATUN, THAILAND: Negeri Kedah dan Wilayah Satun di Thailand telah sekian lama menjalin hubungan dua hala melibatkan kepentingan, kerjasama dan penyertaan dalam pelbagai bidang antara kedua pihak.

Malah menurut sejarah, sehingga tahun 1813, Satun merupakan sebuah mukim Negeri Kedah yang dikenali sebagai Mukim Setul. Namun, akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, Setul telah diserahkan kepada Siam oleh Kerajaan British ketika itu.

Selain itu, menurut lagenda Mahsuri, penduduk di Pulau Langkawi berhijrah ke Setul ketika kepulauan itu melalui zaman-zaman sumpahan.

Jika pada pertengahan tahun lalu delegasi Kerajaan Wilayah Satun mengadakan kunjungan hormat ke Wisma Darul Aman, sebagai kunjungan balas, wakil dari Kedah diketuai Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib pula telah menemui Gabenor Wilayah Satun, Dr Sumeth Chailertvanitkul di Dewan Kerajaan Wilayah Satun di Daerah Muang, di sini 12 Februari lalu.

Kunjungan hormat itu dilakukan sempena penyertaan Kedah dalam Festival Layang-layang Antarabangsa Satun 2010 yang berlangsung di sini pada 12 hingga 14 Februari lalu.

Walaupun mempunyai jadual padat pada hari itu, namun setelah diberi maklum mengenai kedatangan rombongan dari Kedah, Dr Sumeth segera meluangkan masa untuk menerima kunjungan tersebut.

Pada pertemuan tersebut, Dr Sumeth begitu teruja menerangkan komitmen Satun berhubung rancangan bersama Thailand – Malaysia untuk membina Lebuhraya Satun – Perlis termasuk melibatkan pembinaan sebuah terowong sepanjang dua kilometer di sempadan kedua-dua negara.

Ujarnya, pembinaan terowong dianggarkan berharga RM200 juta itu akan dibiayai bersama kedua negara di mana dengan terbinanya lebuh raya itu nanti akan menjimatkan masa lebih satu jam berbanding laluan sedia ada.

Malah pembinaan itu katanya, akan merancakkan lagi perkembangan Wilayah Satun kerana akan menjadi laluan pantas dari Hatyai untuk ke Malaysia.

Beliau turut berbangga memaklumkan mengenai majoriti penduduk Muslim di wilayah itu selain masih ramai di kalangan mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu.

Sementara itu, Dr Hamdan dalam ucapan balasnya melahirkan harapan agar hubungan kedua pihak kekal dipererat dan diperluaskan termasuk pada portfolio dipegang beliau antaranya sukan, kebudayaan, kesenian dan warisan.

Pada kunjungan tersebut, rombongan Kedah turut menghulurkan sumbangan peribadi masing-masing bagi tujuan pembinaan terowong Lebuhraya Satun – Perlis itu.

Terdahulu, rombongan diraikan Timbalan Gabenor Satun, Chusak Maneechayangkoon dalam majlis makan malam di tepi pantai Ban Pak Bara, di sini pada malam sebelumnya.

Dalam pertemuan itu, rombongan berkesempatan mendapat penerangan dari Chusak mengenai pentadbiran kerajaan dan sistem politik yang diamalkan di negara itu.

Sepanjang di Satun, rombongan Kedah telah mendapat layanan penuh dari Timbalan Ketua Eksekutif Pertubuhan Pentadbiran Kerajaan Wilayah Satun, Rosee Baikadem.
Bersama Encik Bak, tokeh ladang buah mata kucing

Dihadapan replika patung bekas Gabenor Satun, Tengku Kudin Kume

Dihadapan pejabat pentadbiran Kerajaan Wilayah Satun bersama Encik Chusak

Selasa, 16 Februari 2010

Malam Kesenian Belia Sejahtera

Saya merasmikan program Malam Kesenian Belia Sejahtera peringkat Daerah Baling pada 2Februari (Selasa) - malam seusai bergegas dari Kota Bharu, Kelantan. Program julung kali anjuran Urusetia Belia & Sukan Kerajaan Negeri Kedah diadakan secara terbuka di Padang Awam Kupang.

Hadir sama Adun Kupang, Cikgu Johari Abdullah, Pegawai Daerah Baling, Haji Faisol dan Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

Antara artis yang membuat persembahan ialah Azhan Atan, Pak Long, Kump. Nasyid Insaniah & lain-lain

Seperti yang selalu saya tegaskan Kerajaan negeri tidak halang hiburan. Kawalan hiburan untuk elak budaya negatif khususnya di kalangan remaja.

Satu fenomena baru dapat dilihat, biarpun hiburan itu diadakan secara terkawal, namun tetap dapat sambutan besar. Malah, menjadi hiburan sekeluarga. InsyaAllah akan dilangsungkan ke daerah-daerah lain.

Pada majlis sama saya serah peralatan sukan kepada wakil belia dari kampung-kampung dalam daerah tersebut. Saya juga terima pelawaan Azhan Atan untuk berselaway sebagai penutup majlis.

Menyerahkan peralatan sukan

Azhan Atan

Pak Long

Kehadiran kira-kira 10,000

Kumpulan nasyid dari Insaniah

Bersama artis bersama melaungkan salawat sebagai penutup majlis.

Ahad, 14 Februari 2010

Happy New Year

.
.
.
.
TO ALL CHINESE FRIENDS & SUPPORTERS
HAPPY NEW YEAR
MAY THIS TIGER YEAR
BRING ALL OF YOU
BLESS
WITH HAPPINESS
JOY
&
PROSPERITY
.
.
.
GONG XI FA CHAI

Khamis, 11 Februari 2010

Edaran Kad Ucapan Tahun Baru Cina



Menjelang Maghrib pada 10 Februari lalu, saya bersama pegawai-pegawai PKWR dan Ketua Kampung/Komuniti Pekan Semeling, Encik Lim Kim Lai menyampaikan kad ucapan Chinese New Year dan jemputan program sambutan CNY kepada masyarakat Tionghua di Pekan Semeling.

Selasa, 2 Februari 2010

Perkongsian Pintar Budaya Kedah-Kelantan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

KOTA BHARU: Atas agenda bersama untuk memartabatkan seni budaya serumpun sebagai khazanah warisan yang dipusakai, Kedah dan Kelantan telah menjalin hubungan antara Majlis Kebudayaan kedua-dua negeri tersebut.

Hubungan tersebut dirakamkan melalui kunjungan rasmi Majlis Kebudayaan Negeri Kedah diketuai Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib selaku Yang DiPertuanya bertemu Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan yang juga dipengerusikan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan, di sini pada 1 dan 2 Februari lalu.

Menurut Dr Hamdan, Kelantan menjadi syor dari anggotanya kerana tertarik kepada pengalaman dan kejayaan seni budaya yang berkembang subur di negeri itu.

Sementara Takiyuddin pula mengalu-alukan hubungan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘perkongsian pintar’ memandangkan kedua negeri tersebut mempunyai perkaitan rapat dari aspek sejarah seni budaya yang banyak dipengaruhi pemerintahan Kerajaan Siam.

Dalam ucapannya, beliau berkongsi pengalaman Kelantan ketika berlakunya pertukaran tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada tahun 1990 dimana timbul perasaan was-was di kalangan budayawan dan seniman yang bimbang seni budaya akan terkubur berikutan kerajaan negeri ketika itu meletakkan Islam sebagai dasar pentadbiran.

Bagaimanapun ujarnya, selepas 20 tahun mentadbir, terbukti kerajaan negeri yang diterajui PAS itu dengan tema “Membangun Bersama Islam” tidak pernah menyekat atau memberi ancaman kepada aspek seni budaya.

“Sebaliknya dipelihara dan dijaga malahan dipupuk supaya ianya tidak pupus dimakan zaman. Kerana itu di Kelantan ada satu pegangan dalam aspek budaya yang berbunyi ‘Adat dibedung, budaya disanjung, syariat dijunjung’,” ujarnya menghuraikan ringkas pepatah tersebut.

Menurut beliau, bukan sahaja dikekalkan keasliannya, tetapi aspek kesenian dan kebudayaan juga telah diselaraskan sesuai dengan kehendak syariat dan akidah.

Hasilnya maklum Takiyuddin, selepas 8 tahun mentadbir, kerajaan negeri berjaya memperkenal Dasar Kebudayaan yang digariskan dengan penglibatan bersama tokoh-tokoh budaya, agama dan sejarah.

Pun begitu katanya, kerajaan terpaksa menghentikan sementara beberapa jenis acara kebudayaan seperti Wayang Kulit, Menora, Makyong dan Main Puteri atas nasihat tokoh agama kerana terdapat aspek-aspek tertentu dalam persembahannya yang dianggap bercanggah dengan akidah dan syariat.

Bagaimanapun selepas dibuat kajian dan diadakan pengubahsuaian melalui perbincangan dengan tokoh-tokoh berkenaan, hanya wayang kulit dibenarkan semula di mana tiada lagi jampi mentera dan pemujaan selain jalan cerita juga ditukar kepada kehidupan realiti.

Tegas beliau, kerajaan negeri akan tetap mempertahankan seni budaya sebagai satu amanah warisan dan hanya membuang perkara yang bercanggah sebelum ia dipersembahkan ke khalayak ramai.

Dalam mengawal segala aspek tersebut, kerajaan negeri ujarnya mewujudkan enakmen berkaitan yang turut mendapat kerjasama daripada pihak polis.

Semua anggota Majlis Kebudayaan Negeri Kedah yang mendengar taklimat daripada Takiyuddin nyata kagum dengan perkembangan tersebut khususnya berhubung dasar-dasar yang digariskan Kerajaan Negeri Kelantan.

Selain itu, anggota yang hadir turut menyuarakan cadangan untuk Dr Hamdan mengemukakan ‘Dasar Pandang Ke Pantai Timur’ dan membawa pulang segala keunikan seni budaya di Kelantan ke Kedah.

“Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) selalu pesan, kalau kita buat perkara baik dan orang tiru kita, kita akan dapat pahala. Jadi ambillah (dasar-dasar tersebut).

“Kelantan telah kemukakan dan terpulang untuk mana-mana pihak yang hanya perlu ambil laksanakan dan aplikasikan,” ujar Takiyuddin mengulas minat anggota rombongan terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri Kelantan ketika menyampaikan taklimat di Pusat Penerangan Pelancongan, di sini 2 Februari lalu.

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa banyak perubahan dan pendekatan yang dirintis Kelantan telah diambil pakai kerajaan-kerajaan negeri lain di negara ini.

Terdahulu, rombongan telah diraikan dalam majlis makan malam dan persembahan kebudayaan di Kompleks Gelanggang Seni, di sini 1 Februari lalu.

Menunggu bas di hadapanHospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani

Makan tengahari di Perpustakaan Awam Baling

Di ruang utama Perpustakaan Awam Baling

Nasi Palau resepi dari Timur Tengah, Izwan pelahap sampai 3 pinggan

Persembahan unik termasuk menggunakan bahan buangan

Ucapan simbolik saya menyentuh mengenai lebah dan kambing

Berbalas cenderamata

Orang-orang kuat saya di Majlis Kebudayaan

Tiga cikgu pencen yang masih tak lekang dengan buku

Cuba teka umur abang saya ni?

Jemputlah Kelantan mai Kedah pula

Semalam dapat dah, hari ni dapat lagi