Jumaat, 19 Jun 2009

Program Penyampaian Anugerah Cemerlang

Yang berjaya dalam PMR, anak kepada Tuan Imam Masjid Al-Amin,Sg Layar...Ust Ibrahim

Antara pelajar yang cemerlang dalam SPM

Program Penyampaian sumbangan kepada anak-anak di Taman Sri Tanjung yang berjaya dlm PMR dan SPM 2008..sebahagian daripada ibu-bapa yang hadir.

Khamis, 18 Jun 2009

Pemimpin Bersama Rakyat


18/6/09-Program Pemimpin bersama rakyat di daerah Sik. YAB Dato Seri Ustaz sedang memberi ucapan perasmian program tersebut.

YAB Dato Seri Ustaz menyampaikan geran tanah kepada penduduk-penduduk yang layak di daerah Sik.
bersama Dato' Amirudin

menikmati durian sik

Mesyuarat Agung Persatuan Tae Kwan Do Kedah


dalam mesyuarat ini Dr Hamdn telah dilantik menjadi Presiden Tae Kwan Do Negeri Kedah

Rabu, 17 Jun 2009

Sumbangan untuk majukan sukan

Majlis ramah mesra bersama Pemuda Kg Gok Arang, Semeling, sambil menyampaikan peralatan sukan seperti jersi / bolasepak /bola sepakraga kepada pemuda-pemuda.

Kedah Masih Yakin

PENYERANG Kedah, Khyril Muhymeen (jersi Hijau Kuning) diasak pertahanan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi.

Stadium Darulaman, Kedah terus mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan. Pelawat terlebih dulu mendahului menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak (m-35), sebelum tuan rumah bangkit hasil jaringan Sabre Abu (m-45), Khyril Muhymeen Zambri (m-64) dan Azrul Ahmad (m-86) untuk mengesahkan kemenangan.

Selasa, 16 Jun 2009

Program YB Bersama Masyarakat

Sambutan hangat daripada penduduk Kampung Teluk, Sg Layar

menyampaikan maklumat terkini negeri dan menjawap beberapa permasalahan yang dibangkitkan penduduk setempat
antara orang ramai yang hadir

menyampaikan sedikit sumbangan kepada yang memerlukan

untuk kegunaan masyarakat kampung, sebuah khemah 20'x20'
untuk remaja dan belia - peralatan sukan

Ziarah Rakyat Sakit




Untuk Rakyat

Khemah untuk kegunaan masyarakat kampung
Thye Eng Estate

Kg Sg Baru

Batu Hampar

Kg Banggol

Isnin, 15 Jun 2009

Kunjungan ke Selatan Thai

perkuburan mangsa

pintu masuk serangan

bersama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya

sumbangan kepada balu mangsa

gambar-gambar mangsa serangan yang dipamerkan

lagi gambar mangsa seranganlagi gambar mangsa serangan

kesan tembakan M16 pada dinding masjid

mendengar taklimat

suasana di luar masjid yang masih dikawal pasukan bersenjata

antara balu-balu mangsa serangan kejam tersebut

mendengar penerangan mengenai peistiwa menyayat hati itu

dari luar masjid

dari perkarangan masjid

sumbangan dari rombongan kami

melawat hospital

bersama YB Nasir Zakaria yang turut serta

Pengarah Hospital yang tidak membenarkan pelawat menziarahi mangsa serangan kejam tersebut

Ahad, 14 Jun 2009

Wacana Dunia Melayu

YAB Dato' Seri Ustaz Merasmikan Wacana Dunia Melayu

tetamu kenamaan

suasana persidangan

sebahagian peserta

Sabtu, 13 Jun 2009

Ahmadinejad Presiden Iran ke-10

PILIHANRAYA Presiden Iran ke-10 saya tidak ikut dengan cerap dan menyungguh. Hanya sesekali menyilau dan membaca laporan di akhbar dan internet seimbas lalu. Tidak mengikuti dari awal, maksudnya sebermula kempen pilihan raya berkenaan. Maka susah untuk membuat telahan siapa yang akan memenangi jawatan itu.

Laporan-laporan berita mengatakan pilihan raya presiden Iran kali ini sengit dan hebat. Dr Mahmoud Ahmadinejad dikatakan tercabar dan kemungkinan akan kehilangan jawatan itu. Beliau dicabar oleh tiga calon lain. Bagaimana pun calon yang mengikut rapat dan dikira akan memberi tentangan ialah Mir Hossein Moussavi.
Moussavi dikatakan reformis yang ingin membawa pembaharuan di Iran. Membuka Iran dari dunia terlungkupnya kepada dunia global dan liberal.
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri terakhir di zaman revolusi dikatakan mampu membawa keamanan di Iran serta mengurangkan ketegangan hubungan Iran dengan Barat khsusnya Amerika.

Moussavi juga dikatakan mendapat sokongan dari kalangan orang muda. Inilah modal atau pun aset mengatakan Moussavi akan menang.

Manakala Ahmadinejad pula lebih dilihat konservatif mempertahankan dasar dan polisi Iran yang bersifat anti Barat selama ini di samping akan terus meneruskan projek pembinaan tenaga nuklear yang ditentang Barat.

Saya bukan menyokong Ahmadinejad tetapi suka kepada kesederhanaan wataknya yang nampak tulus dan jujur. Wajahnya juga menggambarkan dia seorang pemimpin berwajah rakyat tidak hipokrit. Dari wajahnya tidak menunjukkan dia keturunan bangsawan dan suka bermewah atau bercakap besar. Karektornya juga sangat sesuai untuk memimpin rakyat Iran yang bermati-matian mempertahankan sebagai satu-satunya negara legasi ummah Islam di dunia ini dari disulupi pengaruh Barat.

Jadi apabila mendengar laporan Moussavi akan beroleh kemenangan apa lagi sudah ada dakwaan daripada manager kempennya yang bekas PM Iran itu menang besar hati sedikit terkedu. Dapat dibayangkan kalau Moussavi menang Iran akan dijajah seluruhnya oleh pemikiran dan politik Barat.
Bagaimana pun atas prinsip sesuatu itu tidak akan mutlak selagi ianya tidak diumumkan oleh panitia pemilih, berita itu saya terima sebagai angin lalu saja disamping hati terus berdoa agar Ahmadinejad memperolehi kemenangan.

Laporan hari ini ternyata berpihak kepada Ahmadinejad. Daripada 78% jumlah undi yang dikira sehingga ini Ahmadinejad sudah mendapat 64.9% undi berbanding dengan Moussavi yang memperolehi 32% undi. Kira-kira tidak sampai 25% undi saja yang belum kira. Setakat ini menurut Menteri Dalam Negeri Iran, Seyed Sadeq Mahsouli seramai 70% daripada 46 juta rakyat Iran yang layak mengundi keluar mengundi.

Keputusan hari ini tentulah mengejutkan Moussavi dan para penyokongnya. Ternyata provokasi dan psywar yang dilakukan sebelum ini tidak menjadi dan merombak keputusan mutlak yang ditetapkan Tuhan. Kepada Mossavi dan penyokong hendaklah menerima dengan redha dan gentlemen terhadap keputusan rakyat Iran itu dan jangan pula selepas ini ada dakwa dakwi mengatakan proses pemilihan itu tidak telus atau berlaku penyelewengan dan sebagainya. terimalah hakikat kekalahan jangan sampai menaikan sepanduk atau kain pemidang yang mengelirukan rakyat!

Sukan Kakitangan Kerajaan

Dato' Seri MB berucap merasmikan acara yg diadakan di Stadium Suka Menanti

perbarisan kontinjen