Rabu, 17 Jun 2009

Kedah Masih Yakin

PENYERANG Kedah, Khyril Muhymeen (jersi Hijau Kuning) diasak pertahanan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi.

Stadium Darulaman, Kedah terus mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan. Pelawat terlebih dulu mendahului menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak (m-35), sebelum tuan rumah bangkit hasil jaringan Sabre Abu (m-45), Khyril Muhymeen Zambri (m-64) dan Azrul Ahmad (m-86) untuk mengesahkan kemenangan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

menang lg,, tak sabar tggu team kedah turun pasir gudang 20 hb ni