Jumaat, 31 Julai 2009

Bertemu dgn Persatuan Wau Negeri Kedah

bertemu dgn Persatuan Wau Negeri Kedah, mereka akan ke Bintulu, Serawak utk menyertai Festival Layang-layang Antarabangsa Sarawak

Berbagai jenis Wau yang akan di bawa, antaranya Wau Kucing / Wau Bulan dll.

Khamis, 30 Julai 2009

Majlis Penyerahan Elaun Majlis Ketua Kampung bagi DUN Tg Dawai

Majlis Penyerahan Elaun Majlis Ketua Kampung bagi DUN Tg Dawai/Bukit Selambau/Gurun di dewan Hotel Seri Malaysia.
Sekali-sekala dapat berhimpun utk berjumpa..

Selasa, 28 Julai 2009

Pertandingan Perahu Panjang Regatta Serawak

Pertandingan Perahu Panjang Regatta Sarawak Khas sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja..
Sedang menunggu ketibaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah
Pentas Di Raja...
Pasukan Negeri Kedah menduduki tempat ke - 4...

Penyokong Negeri Kedah..
Sempat juga bergambar dgn anak-anak Sarawak daripada pelbagai suku-kaum

Melawat Majlis Sukan Negeri Sarawak

Melawat Majlis Sukan Negeri Serawak, bersama Pengarahnya, En. Francis..

Isnin, 27 Julai 2009

Di Kuching Sarawak

Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuching, Sarawak

YAB Dato Seri Ustaz mengiringi Tuanku


Di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Serawak yang akan dirasmikan pada 27/7/09


Ahad, 26 Julai 2009

Di Festival Kedah Sejahtera

YAB Dato Seri Ustaz di program Nasi Lemak Kopi O bersama Aziz Desa di Festival Kedah Sejahtera

Orang kuat TV9, Tuan Hj Bukhari dan En Tajul..

Sempat juga belikan untuk anak2, Ipin dan Upin..dalam kesibukan seharian..

Khamis, 23 Julai 2009

Majlis Anugerah Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

antara hadirin yang turut memeriahkan Majlis Anugerah Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah berangkat ke Majlis Anugerah Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Festival Kedah Sejahtera.

KDYMM Tuanku Sultan menerima sembah cenderamata daripada YB Dato Ir Amiruddin Hamzah...

Sejenis Burung yang menjadi species yang terkawal.

Rabu, 22 Julai 2009

Ribut Lagi di Tanjong Dawai

Kejadian ribut di Kg Kepala Tanjong, Tanjong Dawai, melibatkan 2 buah rumah yang berlaku petang sehari sebelum Perasmian Festival Kedah Sejahtera
Sempat juga menziarahi tempat kejadian
antara rumah yang rosak dipukul ribut

Majlis Perasmian Festival Kedah Sejahtera

YAB Dato' Seri MB menyampaikan ucapan perasmian

view dari pentas utama


Selasa, 21 Julai 2009

Ceramah di Gurun

majlis penyerahan borang permohonan menjadi ahli PAS

antara pimpinan Kelab Penyokong

hadir berceramah bersama YB Dato' Mahfuz, Naib Presiden PAS dan YB Ust Firdaus Jaafar, MP Jerai

Kedah Serius Tangani Gejala Sosial

Oleh IZWAN ABDUL HALIM dan WAN NORDIN WAN YAAKOB

TANJONG DAWAI: Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib mengakui bahawa permasalahan sosial ada tanggung jawab sesebuah kerajaan yang mesti diberi perhatian.

Untuk itu, Kerajaan Negeri Kedah katanya, telah menubuhkan unit khas yang menggerakkan usaha-usaha mendekati, mendidik dan mengembalikan khususnya anak-anak muda bermasalah kepada jalan kebenaran.

“Peringkat awal ini urusetia ini mengenengahkan aktiviti dakwah di lapangan iaitu Latihan Aktivis Dakwah Menangani Gejala Sosial atau kita panggil Landas. Landas ini tujuannya kita hendak mendekati, mendidik dan mengembalikan semula anak-anak muda kita ke jalan asalnya, ke jalan yang benar dan baik. Tetapi pendekatannya agak lunak,” maklumnya ketika diwawancara oleh Harakah di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjong Dawai, Pekan Merbok, di sini 10 Julai lalu.

Menurut beliau, Landas bukan sahaja melatih kumpulan masyarakat dari golongan umur sebaya tetapi mahu meluaskannya kepada aktivis masyarakat seperti ketua kampung, imam, jawatankuasa kariah dan sebagainya untuk bersama dalam usaha tersebut mendekati anak-anak muda yang bermasalah.

“Sebab ini perkara yang susah, saya boleh cabar sesiapa pun, kalau kamu lihat satu kumpulan anak muda sedang hidu gam, bagaimana kamu nak ‘approach’ dia? Adakah kamu pergi marah halau mereka? Atau kamu akan duduk berbincang dengan mereka beri pujukan dan didikan? Atau kamu akan biarkan sahaja? Itulah persoalannya sekarang ini, kita tidak ada kebolehan mendekati anak muda seperti ini.

“Jadi kita wujudkan Landas ini kita hendak melatih masyarakat dan dalam masa yang sama mendekati, mendidik dan mengembalikan anak muda yang bermasalah ini ke jalan yang benar,” terangnya.

Maklumnya lagi, aktivis Landas juga turut memasuki premis-premis hiburan bertemu pengusaha terbabit dan mengingatkan mereka mengenai enakmen berkaitan larangan menjual arak kepada orang Islam.

“Kita cuma beritahu kepada pengusaha itu, jadi selepas ini kita harap dari portfolio berkenaan boleh merangka pula satu ‘team’ untuk tujuan penguatkuasaan. Jadi ‘team’ saya ini pergi mendidik dan bagi penerangan sahaja. Selepas ini ‘team’ ini perlu bergabung untuk kerja-kerja penguatkuasaan, itu yang belum berlaku.

“Apapun pada saya, saya melihat isu sosial ini isu yang mesti ditangani dan kerajaan kena bertanggung jawab! Itu tiada kompromi! Persoalan kenapa banyak disko, karaoke, pusat internet melebihi masa, itu tiada kompromi! Kerajaan negerilah kena buat sesuatu.

“Cumanya saya melihat memanglah, kita baru mengambil kerajaan, kita hendak mendekati pegawai-pegawai kita yang mungkin dahulunya tidak bersungguh-sungguh atau melihat isu gejala sosial ini tidak berapa penting. Jadi kita hendak mengajak mereka mungkin makan masa. Begitu juga kita hendak menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan, polis, pejabat agama, pejabat daerah, aktivis masyarakat, akan makan masa jugalah.

“Kalau boleh saya katakan, mungkin dahulunya ada isu rasuah dalam tugas penguatkusaaan. Kalau tidak contohnya macam mana boleh wujud siber cafe 24 jam? Padahal polis boleh ‘anytime’ pergi ambil tindakan. Jadi mungkin isu-isu itu ada. Saya nak kata prejudis itu adalah sebab itulah yang berlaku dahulu,” ujarnya penuh telus.

Berdialog dengan Rakyat

antara pimpinan yang hadir


Majlis dialog bersama masyarakat di Kg Pokok Pinang Sebatang, Simpang 3 Bujang/UiTM..turut hadir YB Dato Phahrolrazi.

Isnin, 20 Julai 2009

Exco Kedah Titip Nasihat untuk Pakatan Rakyat

Oleh IZWAN ABDUL HALIM dan WAN NORDIN WAN YAAKOB

TANJONG DAWAI: Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib melontarkan seruan kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat agar kekal mentadbir negeri mengikut acuan tersendiri dengan keupayaan yang ada selain menerima hakikat masih terdapat kelemahan untuk diperbaiki.

Dalam wawancara bersama Harakah di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjong Dawai, Pekan Merbok, di sini 10 Julai lalu, beliau turut menyeru agar tidak menganggap diri sebagai ketua sahaja sebaliknya bekerja kuat secara berperingkat selain menunaikan amanah dengan penuh tanggung jawab serta mempertahankan jati diri asal biarpun setelah bergelar Wakil Rakyat.

“Jadi kalau orang ‘komplen’ kepada kerajaan negeri, kita kena terimalah kelemahan itu, tidak boleh olah cara lain dah, kena terima kelemahan itu. Sebab itu saya beritahu kepada rakan-rakan saya, juga masyarakat India dan Cina, saya katakan Kerajaan Pakatan Rakyat ini tidak bagus lagi, masih ada lemah dan perlu diperbaiki, perlu menerima pandangan, teguran. Cumanya kita bernasib baik, rakyat sudah ‘confirm’kan BN memang tidak baik!

“Sekarang ini rakyat menerima itu lagi, tetapi kalau kita lama sangat tak baiknya, payah juga, serupa BNlah, jadi kita perlu perbaiki. Macam kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu jangan jadikan kita seronok, kita kena lihat masyarakat masih boleh menerima kita walaupun kita belum baik lagi. Tetapi kalau kita biarkan, kalau kita anggap kemenangan itu sebagai kehebatan kita, agak berisikolah kalau kita ada anggapan itu.

“Apapun kita kena bergerak berperingkat, jangan terlampau drastik nanti kita keletihan. Saya orang yang takut bercakap nanti tak boleh buat. Cakap tu kena ada batasannyalah, jadi kita kena buat berperingkat agar kita dilihat menuju ke arah itu. Sebab itu saya tidak kecil hati bila orang kata kepada Kedah, tak mengapa. Sebab kita ada kita punya acuan dan kita tahu kita punya acuan macam mana dan kita kena ikut pengisian acuan kita macam mana. Kita tak perlu tergopoh-gopoh.

“Di mana-mana saya cakap bila kita dapat kerajaan ini, saya anggap anugerah yang mutlak dari Allah Taala. Sebab kita memang lemah, tetapi diberi keizinan untuk memerintah. Kita memang lemah, PAS lemah, DAP lemah, PKR lemah, tiba-tiba diberi nikmat untuk memerintah,” muhasabahnya sebagai nasihat.

Beliau turut mengakui bahawa sebagai pemerintah baru perlu memulakan segala-galanya selain menuntut pengorbanan yang besar.

“Kalau kita hendak harapkan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri ini mereka baru menerima sistem kerajaan macam ni....akan ada unsur bekerja dengan lambat, ‘taboo’ mungkin, sabotaj dan sebagainya. Itulah senario yang kita hadapi sekarang ini.

“Jadi kita memulakan semuanya, bukan orang buat untuk kita, dulu orang buat untuk kita. Sekarang ini kitalah pengerusi semua program, itulah bezanya. Kita kena atur kita punya jawatankuasa, kena libatkan agensi berkenaan, so kena penat sikitlah.

“Saya harap YB kita pun jadilah YB yang bertanggungjawab kerana sekarang orang lihat kita, jangan kita leka. Macam kata Abraham Lincon, jika hendak kenal seseorang, berilah dia kekuasaan. Jadi dah dapat kuasa janganlah kita berubah, kalau sebelum jadi YB kita macam ni, bila jadi YB pun kena begitu juga. Jangan menyebabkan masyarakat jadi keliru.

“Memang dari segi kehidupan kita kena susahlah, banyak pengorbanan, nak kena buat ‘adjustment’ dengan keluarga, dengan masyarakat, dengan duit kita tidak ada kita kena korbankan duit isteri, duit bisnes dan sebagainya kita kena korbanlah. Tetapi yang pentingnya, niat kita kena betul, kalau korban, niat tak betul, rugilah. Jadi sesiapapun, cabaran hidup kita hadapi begitulah. Ringkasannya bukan mudahlah nak memerintah, banyak elemen yang kita kena bentuk diri kita dan jamaah kita bila memerintah. Tetapi bila dah beri amanah, kita kena jalankan,” katanya menitip peringatan.

Beliau turut mengingatkan kepada empat elemen yang perlu diberi perhatian iaitu hubungan dengan pihak istana, kerjasama dengan pentadbir, menguruskan gelojak perubahan rakyat masaa kini dan menggerakkan agenda dalam keterbatasan dana.

Selain itu, beliau turut melahirkan harapannya agar Harakah memainkan peranannya untuk memperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat dan menjadi rujukan utama masyarakat untu mengenali Pakatan Rakyat

“Kita juga harap Harakah kena berperanan dalam mempromosikan kerajaan kita dan kita punya dasar. Kena main peranan banyaklah supaya Harakah dilihat akhbar rujukan kepada masyarakat untuk dilihat di mana kerajaan kita,” ujarnya pada wawancara itu.

Ahad, 19 Julai 2009

Kejohanan TaekwanDo Jemputan Sekolah-sekolah Negeri Kedah


Menghadiri upacara penutup Kejohanan Taekwando Jemputan Sekolah-sekolah Negeri Kedah 2009 yang diadakan di SMK Selama, yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Panglima Besar Tunku Puteri Intan Syafinaz binti Ke bawah DYMM Tuanku Sultan Hj Abdul Halim Mu'azam Shah

Majlis Penyampaian Hadiah Larian Kedah Sejahtera


Hadir menyampaikan hadiah dalam upacara penutup Larian Kedah Sejahtera yang berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur

Sabtu, 18 Julai 2009

Majlis Bersama Rakyat Kg Pengkalan Langgar, Bujang

Hadir merasmikan Program Bersama Rakyat, Sukaneka Pra Sekolah dan Sukan Rakyat di Kampung Pengkalan Langgar
menerima cenderahati dari Ketua MKK Kg Pengkalan Langgar, En Ibrahim

melihat peserta pertandingan

kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara mewarna sedang tekun

Ketua Penerangan PAS Merbok, Mat Rawan Sudin sedang berucap

Malam Sireh Pinang Silat Minangkabau


Hadir ke Majlis Malam Sireh Pinang SIlat Minangkabau, Kelab Belau
Bersama kumpulan gendang silat

Jumaat, 17 Julai 2009

Sekolah Anak YB Terbakar

blok bangunan yang menempatkan Pejabat, Bilik Guru, Pusat Sumber dan bilik darjah di Sekolah Integrasi Faizin Guar Chempedak yang musnah terbakar.
Dua orang anak YB bersekolah di sini

tidak sempat merebak hingga ke Musolla

carta bergambar guru-guru tidak dijilat api