Jumaat, 31 Oktober 2008

Forum Remaja dan Isu Sosial : Peranan Qaryah

Satu forum membincangkan masalah remaja dan isu sosial serta peranan qaryah dalam menangani, membasmi dan menyelesaikan masalah yang makin membarah itu telah diadakan di Masjid Abu Bakar Assiddiq di Bakar Arang, Sungai Petani. Ahli panel yang dijemput adalah Ustaz Kamarudin Kassim, Penyelaras Urusetia Menangani Gejala Sosial dan Ustaz Hafiz Nordin dari Pulau Pinang. Forum dan program seperti insyaAllah akan diperhebat bagi meningkatkan 'peduli' masyarakat mengenali masalah sosial terutama dikalangan remaja melayu yang amat membimbangkan.






Isnin, 27 Oktober 2008

Bantuan untuk Kaum India

Walaupun banyak pertikaian ditimbulkan mengenai sambutan perayaan kaum atau agama lain, namun sebagai pemimpin pilihan rakyat, adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu ketika mereka memerlukan. Kebebasan beragama perlu diperlihat dengan kehebatan islam yang indah dengan akhlak, mengambil berat dan menjaga kebajikan rakyat dan tetangga.


Bergambar bersama keluarga wakil Thye Eng Estate




Sebahagian penduduk kaum India di Tupah


sedikit sumbangan diberikan



sedikit tanda ingat..


keluarga kaum India di Sg Batu


warga emas dan ibu tunggal yang perlukan pembelaan


Sg Batu akan menjadi komuniti kaum India contoh

Ahad, 26 Oktober 2008

Meninjau Mangsa Banjir di DUN Angkat

Alhamdulillah dalam kawasan Tanjung Dawai bebas dari ancaman banjir walaupun ada beberapa tempat yang kadang-kadang digenangi air tetapi tidak lah sampai ada mangsa yang perlu berpindah. Apabila dipertanggungjawab menjadi ADUN angkat kepada kawasan Guar Cempedak, barulah dapat lihat keadaan kawasan seperti di Titi Teras dan Teroi yang saban tahun dilanda banjir. Walaupun tak banyak yang dapat dilakukan kecuali sedikit sumbangan peribadi, kehadiran di pusat-pusat penempatan mangsa banjir dapat membantu berkongsi idea dan pengalaman menghadapi situasi bencana seperti ini.




Sabtu, 25 Oktober 2008

Perlantikan Ketua Kampung

Sungai Petani, 23 Oktober - Hampir 200 Ketua Kampung yang akan menerajui Majlis Ketua Kampung / Komuniti di kawasan masing-masing dari 3 DUN iaitu DUN Tanjung Dawai, DUN Bukit Selambau dan DUN Gurun menerima watikah perlantikan mereka dalam satu majlis yang diadakan disebuah hotel di sini.
Dr Hamdan dalam ucapannya menyatakan inilah saat yang ditunggu-tunggu kerana sejak menerajui kerajaan, wakil rakyat terpaksa bergerak keseluruh pelusuk kampung tanpa ada wakil masyarakat tempatan. Dengan terlantiknya Ketua-ketua Kampung/Komuniti ini saluran untuk membantu dan membela nasib rakyat akan lebih terbuka luas.

Beliau juga dalam ucapannya menghargai segala usaha Pegawai Daerah Kuala Muda dan kakitangannya yang menjadi daerah pertama dalam negeri Kedah yang mengadakan majlis sedemikian.


Sementara itu Dato' Khazali Din, Pegawai Daerah Kuala Muda dalam taklimatnya mengharapkan semua Ketua Kampung dapat mengubah persepsi bahawa mereka adalah dipihak pemerintah bukan lagi pembangkang. Mereka juga disaran agar bekerjasama dengan Penghulu Mukim masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
sebahagian Ketua-ketua Komuniti yang hadir


Dr Hamdan mnyapaikan watikah kepada Ketua Kampung

YB Arumugam turut hadir menyampaikan watikah kepada Ketua kampung dalam DUN Bukit Selambau






Sabtu, 18 Oktober 2008

Sua Rasa 2008 TV9

Alor Setar, 18 Oktober - Karnival Sua Rasa 2008 anjuran TV9 yang diadakan di perkarangan Stadium Darulaman di sini membuka lembaran baru apabila program dua hari bermula jumaat ini telah menampilkan dua tokoh kerajaan negeri dalam rancangan terbitan stesen televisyen swasta tersebut iaitu Nasi Lemak Kopi O. Semalam YAB Ustaz Dato Seri Menteri Besar telah bersiaran secara langsung dalam rancangan tersebut selama lebih setengah jam menjawab beberapa persoaalan dan menceritakan perkembangan terkini mengenai negeri Kedah.
Hari ini rancangan yang dihoskan oleh bekas orang kanan Tan Sri Sanusi Junid ketika menjadi Menteri Besar dahulu iaitu Aziz Desa telah memberi peluang kepada Exco Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib ke udara dalam rancangan yang sama.
Alhamdulillah beberapa persoalan berkaitan masalah sosial dan kebudayaan mendapat gambaran jelas dan secara langsung untuk pengetahuan semua penonton di seluruh tanahair apabila orang yang bertanggungjawab sendiri diberi peluang menjawab dan menerangkan mengenai poisi kerajaan negeri.
Kita amat berharap dimasa hadapan lebih banyak peluang diberikan kepada kerajaan negeri-negeri yang bukan dikuasai BN untuk memberi gambaran sebenar dan lebih jelas mengenai perkembangan dan isu semasa dalam negeri berkenaan.

Dr Hamdan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O yang disiarkan dalam TV9

Jumaat, 17 Oktober 2008

Pemain Baru Skuad Hijau Kuning

KEDAH menampilkan tiga pemain baru apabila mereka menandatangani kontrak selama dua musim bersama juara treble itu semalam.Pemain terbabit yang disahkan menjadi milik skuad Kenari ialah bekas pemain Pulau Pinang, Mohd. Farizal Rozali, 25 dan Mohd. Azrul Ahmad, 23.Manakala seorang lagi daripada mereka merupakan bekas pemain tengah Perak, Shahrulnizam Mustapha, 27.


Dr Hamdan sedang memerhati pemain baru Skuad Kenari meneliti kontrak pada majlis menandatangani kontrak di Alor Star semalam.


Setiausaha Kehormat KFA, Dr. Hamdan Khalib berkata, Kedah hampir menyelesaikan misi untuk memperkemas posisi yang ditinggalkan awang import selepas tiga pemain berkenaan bersetuju untuk beraksi bersama skuad Hijau Kuning.
"Mohd. Farizal akan ditugaskan di bahagian serangan dan Mohd. Azrul akan bermain di posisi sayap manakala Shahrulnizam akan mengetuai jentera tengah bersama Fauzi Shaari seperti yang dilakukan Nelson Sam Martin sebelum ini.
"Pencarian kami akan berakhir apabila kami berjaya mendapatkan bekas pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd. Hafif Amiruddin yang akan menggalas tugas sebagai pertahanan," katanya selepas majlis tandatangan kontrak pemain baru Kedah di Alor Star semalam.
Jelasnya, pemain-pemain baru yang dilamar itu juga tidak dijanjikan gaji yang lumayan dan sebarang kemewahan, sebaliknya mereka akan mendapat penjagaan kebajikan yang terbaik daripada KFA. Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin yang dipercayai sedang mendapat tawaran lumayan dari pasukan lain. Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, Mohd. Farizal yang menjadi buruan skuadnya akan digandingkan dengan Khyril Muhymeen Zambri manakala Mohd. Azrul terpaksa bersaing untuk mengambil kedudukan Mohd. Fadzly Baharom yang juga bintang muda Kedah.
Proses untuk memantapkan pasukannya akan berakhir sebelum latihan dimulakan semula pada 23 Oktober ini. "Ketika ini, Kedah mempunyai 23 pemain (termasuk pemain baru) dan dua kekosongan untuk mencukupi kuota 25 pemain akan mencukupi apabila dua pemain Piala Presiden dinaikkan pangkat selepas ini," ujar Azraai.

Ahad, 12 Oktober 2008

Konsert Citra Eidul Fitri

PENDANG: Program Citra Aidil Fitri anjuran Sekolah Rendah Islam Sri Nur dengan kerjasama Nisa’ Pendang dan Majlis Daerah Pendang bakal menjadi model kepada penganjuran aktiviti hiburan di negeri ini.

Selain pemilihan artis yang sesuai, pihak penganjur juga mengadakan pengasingan tempat duduk antara lelaki dan perempuan serta keluarga.

Program tersebut yang diadakan di Stadium Mini Pendang, 11 Oktober lalu itu berkonsepkan konsert mini dengan menampilkan ikon baru nasyid iaitu Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan dan artis nasyid popular remaja, kumpulan UNIC serta persembahan marhaban.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan Negeri, YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib dalam ucapan perasmiannya menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri pada masa ini masih menangguhkan pemberian permit terhadap penganjuran hiburan terbuka di negeri Kedah.

Pun begitu katanya, permit boleh dipohon dengan kebenaran bersyarat daripada Kerajaan Negeri.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri tidak bermaksud menyekat aktiviti hiburan di negeri ini, cuma ianya bertujuan mengawal pengaruh negatif hiburan hingga memesongan kehidupan muda-mudi di negeri ini.

Maklumnya lagi, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan garis panduan pengurusan program hiburan tidak lama lagi.

“Dasar kebudayaan dan garis panduan hiburan sedia ada misalnya dari Jakim dan Kerajaan Kelantan, bahkan negeri Kedah sendiri mampu untuk mengawal hiburan-hiburan melampau tetapi ianya tidak dilaksanakan,” katanya menerangkan permasalahan tersebut

Menyentuh kebudayaan pelbagai kaum di negara ini, menurutnya, tidak ada budaya kaum di dalam negara ini mahu menjurus kepada perkara negatif.

Oleh itu beliau melahirkan harapan agar kebudayaan kaum dalam negeri ini disuburkan sebaiknya. Malah katanya, banyak kebudayaan kaum lain yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Haji Mohd Hayati Othman dan Pegawai Daerah Pendang, Tuan Haji Harun Jasin.


Tempat duduk khusus untuk kaum wanita

UNIC tarik perhatian peminat remaja

Persembahan oleh Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan menyentuh citra hadirin


Antara VIP yang hadir

Ucapan Perasmian oleh YB Dr Haji Hamdan

Sabtu, 11 Oktober 2008

Jamuan PIBG Sekolah Sin Hwa Merbok

berucap di majlis makan malam PIBG SRJK Sin Hwa Merbok.. di Dewan MCA Pekan Merbok

Align Center

dijamu nasi kandar..

Jumaat, 10 Oktober 2008

Pesta Kebudayaan Cina

Lima buah persatuan utama iaitu Kwangtung, Hokkien, Hakka, Hainandan Teochew bergabung tenaga untuk mempersembahkan satu lagi pestaiaitu Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-25 di Persisiran Tanjung Chali.
Objektifnya untukmemperkenalkan kebudayaan bangsa Cina di Negara ini kepada semua,termasuk bangsa-bangsa lain, pelawat-pelawat daripada luar negeri dannegara, di samping mempromosikan keistimewaan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang aman, damai dan sejahtera.
Satu simposium kebudayaan akandianjurkan dan di antara penceramahnya termasuklah ahli cendekiawandan penyelidik daripada Negeri China, Taiwan dan Singapura telah dijemput untuk berkongsi buah fikiran dan hasil kajian mereka.
Mengikut sejarah, perpaduan pelbagai kaum telah bermula di Lembah Bujang, Merbok di mana terdapatnya pelayar-pelayar kapal dansaudagar-saudagar daripada India, Arab dan China telah menjadikanGunung Jerai sebagai pedoman untuk berlabuh.

Isnin, 6 Oktober 2008

Melawat Kuil Sayur

keratan berita akhbar berbahasa cina, kalau pandai baca dan terjemah sendiri..


bersama jawatankuasa kuil sayur di Semeling
meraikan kaum cina yang menyambut 9 naga atau dewa yang baik

sumbangan untuk tabung kebajikan masyarakat cina

dihadapan sebuah kuil antara yang terawal di Sg Petani


Rabu, 1 Oktober 2008

Beraya di istana

8 orang kuat yang sentiasa memberi sokongan dan kadang-kadang runtunan, kali ini berkesempatan beraya di Istana Anak Bukit, macam mimpi rasanya...

Belakang dari kiri: Syazril, Syazwan, Syazmin dan Syazim
Depan dari kiri: Syazani Fitri, Ain Syamilah, Syamimi dan Syahiran