Isnin, 26 Disember 2011

Sumbangan Ramadhan dan Deepavali 2011


Hubungan antara pemimpin dengan rakyat adalah ibarat seperti pemimpin berada di puncak bukit manakala rakyat berada di bawah bukit. Pemimpin melihat rakyat hanya insan kecil di bawah dan begitu juga rakyat melihat pemimpin di atas bukit hanya manusia yang sama tarafnya.

Justeru, saya merasakan tidak ada perbezaan antara saya dengan rakyat. Bagi meraikan rakyat yang kurang bernasib baik, saya melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjong Dawai melaksanakan penyampaian sumbangan bagi masyarakat Muslim yang menyambut Ramadhan dan masyarakat Hindu yang menyambut Deepavali. Insya Allah, Tahun Baru Cina nanti saya akan turut membantu sedaya upaya saya. Semoga pemberian ini memberi seribu makna kepada semua. Banyak Tandanya Ada, Sedikit Tandanya Ingat.



Tiada ulasan: