Jumaat, 12 September 2008

Rutin Bulanan

Merbok, 12 Sept - Kepadatan jadual sebagai wakil rakyat dan tugasan negeri serta peluang merebut habuan ramadhan tidak menghalang rutin bulanan iaitu bertemu dan bermesyuarat dengan kakitangan dan jawatankuasa Pusat Khidmat ADUN Tanjong Dawai. Mesyuarat ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat semalam membincangkan bebarapa program kebajikan sempena ramadhan dan Idul fitri yang akan menjelang tiba.
Antara program terdekat yang dibincangkan adalah Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Kebajikan kepada fakir miskin dan mangsa kebakaran di Merbok dan Tanjong Dawai sedikit masa dahulu. Alhamdulillah dengan adanya sedikit penajaan dari badan korporat dan Pejabat Daerah, insyaAllah program ini akan dilaksanakan beberapa hari lagi.
Bagi petugas parti, mungkin sesetengahnya inilah kali pertama berpeluang bergabung tenaga dengan agensi kerajaan untuk mengadakan program kebajikan dan pastinya akan memberi pengalaman baru bagaimana hendak berurusan dengan pihak-pihak berwajib khasnya bagi memastikan kesejahteraan dapat dibawa kepada semua peringkat rakyat.
Walaupun perantara antara rakyat dan kerajaan seperti Majlis Ketua Kampung masih belum dapat dilaksanakan, kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli jamaah diperingkat cawangan sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua.

Tiada ulasan: