Mesyuarat terakhir persiapan program pertama melibatkan PKWR DUN Tanjung Dawai dan Agensi Kerajaan iaitu Pejabat Daerah Kuala Muda diadakan bai memastikan kelancaran program pada 9 September itu. Beberapa perkara yang agak penting walaubagaimanapun telah terlepas pandang oleh para petugas, namun kita berharap program itu akan berjaya dianjurkan.Semua persiapan seperti barangan untuk sumbangan dan makanan untuk majlis berbuka sudah siap diatur. Persiapan khemah dan kerusi meja yang akan disediakan oleh pihak JKR pun sudah diatur. Senarai tetamu jemputan dan para penerima bantuan juga selesai disemak. Alhamdulillah, kita tunggulah nanti hasilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan