Jumaat, 1 Ogos 2008

Bersama Naib Presiden PAS

Sedar tak sedar sudah lebih empat bulan tidak bertemu dengan pemimpin kanan PAS yang paling rapat iaitu Naib Presiden, Hj Mohamad Sabu. Banyak jugalah yang dia perli bila dah sibuk jadi wakil rakyat dan exco. Pengalaman bersama dalam beberapa misi antarabangsa iaitu misi kemanusiaan di negara-negara yang ditimpa bencana, banyak memberi pengajaran dan pendedahan penting dalam memahami rasa keperitan dan kesusahan rakyat.
Kesempatan bersama Abang Mat setelah sekian lama memberi sedikit suntikan semangat kerana sebagai antara pemimpin senior PAS, banyak nasihat beliau yang amat perlu diberi perhatian dalam menghadapi kerenah rakyat
Sempat juga berbincang mengenai isu-isu terkini dan mendapat sedikit sebanyak info dari pemimpin atasan seperti beliau.

Tiada ulasan: