Isnin, 18 Ogos 2008

Kalah! : Tetapi Tetap Ke Final

Dengan bekalan selesa 3 gol tanpa balas dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama di Stadium Darulaman bagaimanapun belum menjamin langkah mudah untuk ke final. Tentangan sengit pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak yang mempunyai kapasiti kira-kira 60000 penyokong memantaskan degupan jantung penyokong Kedah di sana..Ketiadaan pembesar negeri Terengganu di Stadium maka kami bersantai di tempat duduk biasa
Sampai perlawanan tamat, muka Radhi Md Din masih gabra..
Badi rekod tanpa kemenangan di Terenganu diteruskan apabila pasukan Hiaju Kuning ditewaskan oleh pasukan tuan rumah. Serangan bertali arus pasukan jolokan penyu itu menyentap pertahanan mental pemain Kedah apabila berjaya memperolehi gol seawal minit keenam. Lihatla bilangan penyokong Kedah yang setia hadir di stadium. Nasib baik bawa modal 3-0, kalau tidah habislah.

Tiada ulasan: