Selasa, 25 Januari 2011

24 Januari 2011 - Menziarahi Majlis Kematian sebuah keluarga Tionghua di Pekan Merbok. Ucapan takziah kepada keluarga mendiang.


23 Januari 2011 - Sebelah malamnya pula, menghadiri Majlis Jamuan Menjunjung Kasih sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di Dewan Besar Kompleks Sukan LADA, Langkawi.


23 Januari 2011 - Sebelah petangnya, merasmikan Liga Jemputan Bolasepak Veteran Langkawi di Padang Matsirat. Bintang lama seperti Sdr Zainal Abidin Hassan juga turut serta memeriahkan liga yang dianjurkan ini.


23 Januari 2011 - Sebelah pagi dijemput ke Majlis Pelepasan/Penamat Le Tour De Langkawi (LTDL) Peringkat Pertama di Langkawi. Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tiada ulasan: