... SELAMAT TAHUN BARU 2011 ...
31 Disember 2010 - Menyaksikan perlawanan persahabatan antara Pasukan Liga Super vs Pasukan Presiden Kedah. Perlawanan ini adalah sebahagian daripada Program Ambang Sejahtera 2011. Program-program lain diadakan pada sebelah malam, antaranya persembahan Simfoni Gendang pelbagai kaum, pertunjukan "Martial Arts" pelbagai kaum, persembahan pentas oleh Pak Long, Miel Wings dan Kumpulan Nasyid Remaja Harapan yang mendendangkan lagu-lagu ketuhanan, juga perutusan daripada YAB Dato Seri Menteri Besar. Acara sambutan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.



30 Disember 2010 - Mewakili Menteri Besar ke Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Kenaikan Bengkong Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gurun.





29 Disember 2010 - Bersama Pasukan Kebangsan menghadapi rintangan dan cabaran dalam menghadapi Pasukan Nasional Indonesia pada Perlawanan Akhir (2) Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta. Keadaan di Stadium Gelora Bung Karno sangat tegang namun segalanya telah dibuktikan oleh pasukan kita, ... kita menjadi juara dengan aggregat 4 - 2. Sejarah terukir setelah 14 tahun menanti untuk membawa pulang piala ini. Tahniah kepada pemain Kedah yang berada dalam pasukan ini - Sabree Abu, Ammar Rohidan, Khairil Muhymeen, Faizal Abu Bakar dan Khairul Helmi Johari.























27 Disember 2010 - Merasmikan Program Kempen Cintai Alam Sekitar dan menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada anak-anak daripada keluarga yang memerlukan.




26 Disember 2010 - Menyaksikan Perlawanan Akhir (1) Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium
Bukit Jalil antara Malaysia vs Indonesia. Berkesudahan dengan Malaysia menewaskan Indonesia dengan 3 gol tanpa balas. Malaysia akan ke Jakarta untuk Perlawanan Akhir ke-2 di Stadium Gelora Bung Karno. Syabas Malaysia !



20 - 23 Dis 2010 - Lawatan Kerja Lembaga Muzium Negeri Kedah ke Bangkok, untuk menjejaki "Bunga Emas" Kedah di Grand Palace dan sempat juga ke Kementerian Pertahanan Thailand untuk melihat meriam "Phya Thani" yang ditawan oleh Kerajaan Siam daripada Kerajaan Pattani.





18 - 19 Dis 2010 - Sebagai EXCO FAM dan juga JK Pasukan Kebangsaan, hadir ke Hanoi untuk bersama Pasukan Kebangsaan menentang Vietnam (Separuh Akhir ke-2) Piala Suzuki AFF 2010. Pasukan Kebangsaan mara ke pusingan akhir untuk menentang Indonesia.







17 Disember 2010 - Merasmikan Karnival Kenari Kid 2010 di Padang Istana Anak Bukit. Karnival ini disertai juga oleh pasukan jemputan daripada Singapura dan Thailand. Satu usaha pembangunan bolesepak di peringkat usia muda di Kedah.





16 Disember 2010 - Menyerahkan peralatan khemah kepada 4 buah kampung, penyerahan dilakukan kepada ketua-ketua kampung yang terlibat.





13 - 15 Dis 2010 - Menghadiri beberapa program Kerajaan Negeri di Pulau Langkawi Permat Kedah :
- Persidangan "LIFE" anjuran Koleh Universiti Insaniah.
- Lawatan Kerja MB bersama EXCO ke Pulau Tuba.
- Mesyuarat Mingguan EXCO Negeri Kedah.





11 Disember 2010 - Sebelah malamnya, memberi sokongan di Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-70 antara Kedah vs Kelantan. Kedah menjadi naib juara setelah tewas dengan tendangan penalti.





11 Disember 2010 - Mewakili YAB Dato Seri Menteri Besar untuk pelepasan program Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) - Larian Serentak Satu Malaysia peringkat Negeri Kedah di Taman Jubli Perak, Sg Petani.




29 Nov - 08 Dis 2010 - Lawatan kerja bersama pegawai-pegawai kanan negeri (KCS) ke Andalusia dan Morocco.






28 November 2010 - Hadir ke peringkat akhir Kejohanan Futsal FELDA-FAM 2010 di Pusat
Sukan Matsushita, Shah Alam. Sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM, sempat bermain dalam perlawanan persahabatan antara Jawatankuasa Futsal FAM dan Unit Sukan FELDA.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan