Merbok, 9 Sept 2008 - Jabatan Amal Negeri Kedah telah mengadakan lawatan mahabbah ke kawasan Merbok dan bertemu dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok yang diadakan di Merbok Chalet di sini. Lanjutan dari perjumpaan itu, satu mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah diadakkan di sini selepas solat tarawikh sempena Jambori Amal Negeri Kedah yang akan diadakan di Merbok pertengahan Desember nanti.
Sebelum itu Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Kedah telah diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama AJK Pemuda Merbok. Majlis tersebut turut disertai oleh YB Dr. Hamdan yang juga Penasihat Jabatan Amal Kedah. Kesempatan itu semua yang hadir telah berpeluang beramah mesra dengan EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan diberi sedikit taklimat mengenai perkembangan semasa kerajaan negeri. Jabatan Amal juga menerima sedikit sumbangan dari YB Dr Hamdan bagi menyokong kerja-kerja amal yang akan dilaksanakan.
Ceritala sikit2 pasai kerajaan kita.
alamak jalan licin, nasib baik ada Unit Amal tolong tolak, ni memang kerja depa.
di akhir program Ustaz Zahir, Ketua Pemuda Merbok bermurah hati jamu MORE di Radix Fried Chicken, sempoi..
1 ulasan:
Lain kali ajak kita sama, meleleh ayaq liuq ni duk teringat depa pekena nera ngan radixFC
Catat Ulasan