Selasa lepas ke Langkawi dan bermesyuarat exco kerajaan negeri di sana hingga rabu.
Lepas tu terus ke Kuala Lumpur sebagai wakil ke majlis perasmian Mihas pada hari khamis. Jumaat menggagahkan diri kemesyuarat bersama Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), ok juga kerana sempat bincang banyak benda dengan Leftenan Jeneral (B) Datuk Azzudin, SU Agung FAM
Niat nak ke Myanmar bersama misi kemanusiaan Yayasan Amal terbantut kerana halangan Junta Tentera Myanmar. Maafla kawan-kawan yang pesan batu cincin tu, lain kali2.

Di kawasan pula ada dua tiga tugasan yang perlu diberi muka.
Keluarga mangsa kemalangan yang tinggal di Jilid 1 perlu dikunjungi. Dalam kemalangan yang berlaku selasa lalu, anak mereka pelajar tahun empat meninggal dunia selepas dihempap tembok penahan longkang yang dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Batu Hampar, Merbok.
Ibu tunggal yang menderita diabetis dan kehilangan separuh kaki kirinya, diuji lagi apabila emaknya yang uzur yang tinggal bersama telah pergi buat selama-lamanya, teringin juga nak ziarah sekali lagi.

Sebak pula tengok anak pasangan india yang menganggur di taman perumahan sebelah AIMST yang menderita ketumbuhan di dalam otak, saya sendiri rasanya tak pernah dengar nama tumor yang disebut dalam laporan pakar yang mereka tunjuk.
Nak kata lupa, baru dua bulan lebih tak pi klinik. Tengok sendirilah kepala pelajar perempuan tahun tiga ini yang telah menjalani beberapa kali pembedahan.
Kakinya tak dapat digerakkan macam kena strok.
Jika ada sesiapa yang membantu meringankan beban keluarga ini, bolehla menghubungi saya di nombor yang tertera di dalam blog ini.