Sabtu, 18 Oktober 2008

Sua Rasa 2008 TV9

Alor Setar, 18 Oktober - Karnival Sua Rasa 2008 anjuran TV9 yang diadakan di perkarangan Stadium Darulaman di sini membuka lembaran baru apabila program dua hari bermula jumaat ini telah menampilkan dua tokoh kerajaan negeri dalam rancangan terbitan stesen televisyen swasta tersebut iaitu Nasi Lemak Kopi O. Semalam YAB Ustaz Dato Seri Menteri Besar telah bersiaran secara langsung dalam rancangan tersebut selama lebih setengah jam menjawab beberapa persoaalan dan menceritakan perkembangan terkini mengenai negeri Kedah.
Hari ini rancangan yang dihoskan oleh bekas orang kanan Tan Sri Sanusi Junid ketika menjadi Menteri Besar dahulu iaitu Aziz Desa telah memberi peluang kepada Exco Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib ke udara dalam rancangan yang sama.
Alhamdulillah beberapa persoalan berkaitan masalah sosial dan kebudayaan mendapat gambaran jelas dan secara langsung untuk pengetahuan semua penonton di seluruh tanahair apabila orang yang bertanggungjawab sendiri diberi peluang menjawab dan menerangkan mengenai poisi kerajaan negeri.
Kita amat berharap dimasa hadapan lebih banyak peluang diberikan kepada kerajaan negeri-negeri yang bukan dikuasai BN untuk memberi gambaran sebenar dan lebih jelas mengenai perkembangan dan isu semasa dalam negeri berkenaan.

Dr Hamdan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O yang disiarkan dalam TV9

2 ulasan:

Kedah Baru berkata...

YB, jika merujuk kepada masalah2 sosial remaja dan belia seperti yang dilaporkan oleh harian metro minggu lepas,apakah langkah2 atau program yang yb ingin laksanakan untuk mengurangkan gejala tidak sihat tersebut?saya beranggapan yb mempunyai info/maklumat berkaitan.

Dato' Dr Hj Hamdan Bin Mohamed Khalib berkata...

Terimakasih atas keperihatinan saudara, insyaallah kita sedang merancang bberapa pendekatan melalui Urusetia Menangani Gejala Sosial yang ditubuhkan. Kerajaan negeri amat komited dalam menghadapai masalaah ini.
Sama-samalah kita berdoa semoga segalanya berjala lancar.