27 September 2010 - Menyampaikan sumbangan peralatan untuk membantu sebuah keluarga yang mempunyai 12 orang anak di Kampung Bujang bagi menambah penghasilan jualan kerisik yang diedarkan ke kedai-kedai di Kampung Bujang hingga ke Pekan Merbok.

- Sumbangan payung untuk sebuah keluarga memulakan perniagaan mereka.

- Sumbangan Dana Skim Kafalah Negeri Kedah.




Majlis Jamuan Aidil Fitri Di sana-sini .........
- Jamuan Aidil Fitri Anjuran PA dan Pemandu EXCO di Tingkat 5 Wisma Darul Aman.

- Jamuan Aidil Fitri Anjuran KFA untuk JawatanKuasa Pengelola Pertandingan Bolasepak Negeri Kedah di perkarangan Foyer Stadium Darul Aman.


- Jamuan Aidil Fitri Anjuran TMJ Travel and Tours syarikat banyak membantu KFA.



- Jamuan Aidil Fitri Anjuran Sekolah Agama Integrasi Faizin, sekolah dimana 3 orang anak bersekolah.



- Jamuan Aidil Fitri Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.


25 September 2010 - Meraikan Program Gotong-Royong Membersihkan Makam Sultan Muzaffar Shah di Kampung Pengkalan Langgar, Bujang. Program ini disertai oleh penduduk-penduduk kampung dan pelajar-pelajar sejarah MRSM Merbok.



- Sempat juga meninjau perkembangan projek rumah keluarga mangsa kebakaran tahun 2008 yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

23 September 2010 - Menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada sebuah keluarga di Kampung Kepala Tanjung di Tanjung Dawai.


- Menyampaikan sumbangan jersi dan bola kepada pemuda di Tanjung Dawai.


- Menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Peniaga-Peniaga Arked Tanjung Dawai.

- Menyampaikan Dana Skim Kafalah Kedah.




23 September 2010 - Hadir untuk penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Esei Sejarah Tempatan Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kota Setar Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Muzium Negeri Kedah. (Berita lanjut ada di Lawan Web Warta Kedah)


22 September 2010 - Jamuan meraikan para petugas yang membantu menjayakan program bubur kanji Ramadhan PKWR Tanjung Dawai.
























