Ipoh, 5 Feb 09 - Tiada apa yang dapat diperkatakan lebih-lebih lagi bila berdepan isu yang melibatkan raja-raja melayu yang berdaulat. Kesedihan melihat sebuah kerajaan yang di rampas dengan cara yang tidak masuk akal dan di luar dari budaya orang melayu yang penuh dengan sopan santun dan berbudi bahasa.
Apa yang boleh dilakukan hanyalah memberi sokongan moral dan berdoa semoga pimpinan di negeri Perak dapat bersabar dan meneruskan perjuangan. Ujian sebesar ini mungkin tidaklah sehebat apa yang dilalui oleh pejuang terdahulu, namun ini membuktikan bahawa apabila cita-cita meninggikan islam itu menjadi asas maka inilah harga yang perlu dibayar.
Kejayaan memerintah negeri yang tidak disangka-sangka apatah lagi setelah Allah menggangkat orang yang menerajuinya dari kalangan pejuang islam sebenar. Inilah ujian dalam bentuk kemenangan yang sedikit yang perlu ditempuhi oleh setiap pejuang islam, supaya jangan sekali-kali kita leka dengan tipu daya musuh.
Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaludin tenang melayani tetamu yang bersimpati dengan apa yang berlaku
Anggota Unit Amal yang mengawal pintu kediaman rasmi beliau
Anggota Unit Amal yang mengawal pintu kediaman rasmi beliau
masih bersemangat mempertahankan hak rakyat
menandatangani bantahan di belakang ulama' muda tersohor PAS, Ustaz Idris Hj Ahmad
bersama YB Salahudin Ayob, Ketua Pemuda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan