Isnin, 2 Februari 2009

Menerima Jemputan Jabatan Agama Islam Sarawak

1 Februari 2009, Dr Hamdan telah berlepas ke Miri, Sarawak bagi memenuhi jemputan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak dan Yayasan Amal Cawangan Sarawak. Beliau yang juga Naib Presiden 2, Yayasan Amal Malaysia telah diundang menyampaikan penerangan sempena kempen membantu Rakyat Palestine di sana.

Sudah pastilah pengalaman beliau yang baru sahaja pulang dari Misi Kemanusiaan Palestine di Rafah ingin dikongsi oleh semua. Beliau yang menyertai misi pertama ke Palestine merupakan kumpulan perintis kepada misi-misi yang akan pergi selepas ini.
Banyaklah kisah-kisah menarik yang akan disampaikan kepada masyarakat dalam bentuk ceramah dan tayangan slide.

Tiada ulasan: